Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Orang Peringkat Ketiga di permukaan Bulan adalah berbeza dengan manusia Peringkat Ketiga. Mereka ada lebih banyak kestabilan dalam tahap frekuensi mereka. Tetapi manusia yang capai Peringkat Ketiga boleh sangat goyah. Kadangkala mereka berada di status Peringkat Ketiga yang lebih tinggi. Kadangkala mereka turun lebih rendah, bergantung kepada pengaruh kenegatifan di sekeliling mereka di Bumi ini. Tetapi di Bulan, mereka tiada jenis pengaruh negatif ini, jadi mereka sangat stabil dan sentiasa terus menaik ke atas. Dan dengan berkat Guru, mereka tidak goyah. Mereka ada lebih banyak kestabilan mental. Mereka juga ada lebih banyak kestabilan emosi. Mereka juga ada lebih banyak kuasa yang lain seperti kuasa ajaib, kuasa ajaib tulen, bukan sihir astral. Jadi mereka berbeza, berbeza sikit dengan Prgkt Ketiga yang dicapai oleh manusia. Mereka ada lebih banyak kelebihan untuk capai peringkat yang lebih tinggi pada masa depan. Mereka akan capainya. Tetapi manusia kadangkala capai, contohnya, Peringkat Ketiga pertengahan, setiap peringkat ada peringkat rendah, pertengahan dan tinggi, tetapi manusia, walaupun boleh capai Ketiga pertengahan, contohnya, dengan Berkat Guru yang mereka percayai dan beramal di bawah Dia tetapi mereka boleh kehilangannya dan boleh kembali ke Peringkat Ketiga rendah atau kadangkala malah turun lebih rendah lagi dengan sangat sedikit pun idea balas dendam, rasa cemburu atau pergolakan negatif sebegini dlm fikiran. Mereka boleh kehilangannya Mereka boleh turun lebih rendah, sangat cepat. Menaik ke atas adalah susah, turun ke bawah sangat cepat. Jadi secara sampingan, saya nak ingatkan anda semua supaya menjaga kesucianmu. Sentiasa berfikir secara positif, lebih baik tiada kebencian, tiada jenis mentaliti atau kecenderungan balas dendam. Jika anda ada fikiran sebegini, segera bertaubat dan lebih banyak bermeditasi untuk menghapuskannya bagi memastikan peringkat anda kukuh. Apabila orang marahi anda, membenci anda atau buat sesuatu yang memudaratkan anda, itu tidak buruk kepada anda. Itu mengambil karma anda. Karma itu akan pergi kepada orang yang membenci anda, marahi anda atau memfitnah anda. Di Âu Lạc (Vietnam), kami ada bidalan yang berbunyi ‘Thương người như thể thương thân, ghét người như thể vun phân cho người.’ Bermaksud jika anda sayangi seseorang, itu seperti anda tambahkan kasih sayang kepada diri sendiri, kebaikan sendiri. Jika anda membenci seseorang, itu seperti anda berikan khasiat kepada mereka untuk hidup dan bertumbuh, seolah-olah anda berikan baja kepada pokok. Jadi ingatlah itu. Orang memfitnah saya, membenci saya, menulis yang buruk atau berkata buruk tentang saya, saya tak pernah benci mrk. Saya tak pernah rasa terganggu atau apa-apa. Saya cuma khuatir dengan mencemarkan nama saya atau buat perkara buruk terhadap saya, karma mereka akan jadi terlalu berat. Saya tidak risau tentang diri sendiri. Saya juga risau mereka akan kumpulkan semakin banyak orang yang percayai mereka dan kuasa negatif daripada itu akan berlipat ganda, menjadi lebih besar. Itu buruk untuk planet ini dan manusia pada umumnya, secara keseluruhannya. Bukan disebabkan saya. Kerana orang yang memfitnah saya, marahi saya atau berkata buruk tentang saya oh, mengambil banyak karma dunia daripada saya. Pada saat itu, waktu itu atau berapa lama pun, saya rasa lebih ringan, lebih selesa. Cuma saya tak dapat terus menikmati ini tanpa risau tentang manusia serta keselamatan dan keamanan planet ini. Jadi kadangkala saya perlu jelaskannya kepada anak murid saya juga supaya jelas dalam fikiran mereka dan tidak goyah dlm kepercayaan mereka Jika tidak, mungkin mereka malah turun ke peringkat rendah. Atau jika mereka sudah berada di peringkat yang sangat rendah, mereka akan diheret ke dalam sistem kuasa negatif. Itu buruk untuk mereka. Saya akan ambil masa yang panjang untuk mengeluarkan mereka semula, jika saya dapat, bergantung kepada berapa banyak kepercayaan mereka kepada fitnah negatif atau kata-kata buruk tentang saya itu. Itu satu-satunya kerisauan kerana semua itu akan pengaruhi suasana damai di planet kita dan kepada anak murid itu sendiri. Jika tidak, saya harus berterima kasih kepada semua orang yang berkata buruk tentang saya, memfitnah saya, sama ada dalam percakapan, penulisan atau hati mereka. Mereka ambil banyak karma dunia daripada saya, jadi saya perlu bersyukur kepada Tuhan atas itu. Planet dari mana orang Bulan dalaman datang ialah planet yang hebat, indah, serupa dengan planet kita sekarang. Tetapi kuasa negatif begitu kuat sehingga berkembang di bekas planet orang Bulan, kemudian kumpulkan semua kuasa mereka dari planet jiran. Mereka datang, ingin menelan dan menyerap seluruh bekas planet orang Bulan. Oleh itu, orang Bulan terpaksa lari, bukan kerana mereka tidak lebih kuat tetapi mereka tak suka berlawan. Mereka tak suka merosakkan alam sekitar, planet dan menyebabkan kematian orang mereka. Jadi mereka terpaksa tinggalkan sana demi keamanan. Kemudian mereka boleh pergi ke Bulan kerana Bulan di dalam pada masa itu adalah kosong, tanah tak berpenduduk, jadi mereka boleh mengambil alih. Sekarang kuasa negatif berkembang dan mencerobohi planet kita dan dalam planet kita, ada niat yang sama seperti mereka yang mencerobohi bekas planet orang Bulan pada masa itu. Jadi jika kita tidak melawan balik dengan alat vegan, maka kita akan kehilangan dunia ini. Oleh sebab makhluk negatif, entiti negatif ini tiada badan, mereka takkan terbakar, jadi mereka boleh bakar seluruh planet ini tetapi masih boleh hidup di atasnya. Mereka nak mengambil alih dan buat manusia menjadi hamba sebenar mereka. Jika manusia mati, mereka juga akan terus menjadi hamba mereka. Seperti di neraka, mereka akan buat apa-apa saja yang mereka mahu dengan manusia. Manusia akan kehilangan segalanya, segala hak, segala kuasa, segala pengetahuan dan segala ingatan tentang mereka datang dari mana, tak dapat kembali kepada keadaan asal, tentang dulu mereka di mana atau dulu mereka ialah siapa di Syurga. Jadi yang penting bukan hanya tempat untuk didiami tetapi nilai spiritual dan maruah sebagai manusia, sebagai anak Tuhan. Jadi Tuhan perlu turun ke sini dan bantu kita dengan gunakan alat fizikal, seperti diri fizikal saya. Kerana pada waktu akhir tempoh ini, mana-mana Guru seorang diri, Anak Tuhan pun, tak dapat menguruskan semua ini sendirian. Tapi kita perlu bersyukur kpd Tuhan Yang Maha Berkuasa atas Belas Kasihan-Nya, membantu kita pada waktu susah. Kita masih ada harapan utk selamatkan dunia kita, selamatkan dunia ini jika manusia ambil baju besi mereka untuk pergi menentang kuasa negatif. Kita semakin menang tetapi belum sepenuhnya. Kita semakin menang. Kita ada keamanan di sesetengah negara seperti Syria dan Yaman, contohnya. Tetapi kita perlu teruskan lagi perjuangan kita. Okey? Kerana jika kuasa negatif mengambil alih tempat ini, umat manusia akan menjadi hamba, malah dimakan hidup-hidup – tenaga manusia, inti pati manusia, malah daging manusia – pada bila-bila entiti negatif mahukannya atau nafsukannya. Manusia di planet ini tidak sekuat makhluk yang sekarang tinggal di dalam Matahari. Lihatlah, mereka di Peringkat Keempat. Mereka ada segala kuasa dan segala jenis keupayaan ajaib. Mereka malah dapat jelmakan senjata untuk menentang kuasa negatif yang mencerobohi planet mereka. Mereka dapat membuat diri tak nampak. Katakan kita dapat pun – itu sangat kecil kemungkinannya – tetapi katakan mana-mana manusia dapat masuk ke dalam Bulan atau Matahari dan ingin ambil alih tempat mereka, musnahkan mereka, hambakan mereka atau apa-apa pun, kita tak dapat. Anda takkan nampak mereka jika mereka tidak mahu anda nampak mereka Mereka dapat membuat diri tak nampak. Jadi anda tak nampak makhluk fizikal tetapi mereka dalam badan fizikal, cuma mereka ingin menjadi macam itu, cuma jika terpaksa, jika dalam bahaya, mereka akan membuat diri tak nampak. Sekarang kita perlukan mereka juga. Mereka juga menjaga planet kita dari satu segi, dah tentu, belum kata lagi aspek spiritual tak nampak: Mereka beri kepanasan kepada kita. Tanpa Matahari, saya tak tahu sama ada apa-apa akan bertumbuh atau sama ada manusia dapat hidup lama dalam keadaan minda dan badan yang sihat. Jadi kita terhutang budi besar kepada Matahari – hutang budi yang sangat, sangat besar – belum kata lagi Guru lain yang hidup dalam keadaan Makrifat Tertinggi. Mereka berkati planet kita, cuma karma kita terlalu, terlalu, terlalu berat. Kita melitupi diri dengannya. Jadi banyak berkat tak dapat menembusinya. Sebab itulah manusia tidak rasai Kasih Sayang Guru, Tuhan Yang Maha Berkuasa, Anak Tuhan, Guru Tertinggi, contohnya. Photo Caption: Sesiapa Pun Boleh Menjadi Istimewa. Hanya Cintai TUHAN!