Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kasih Sayang & Kebijaksanaan Guru dalam Setiap Pertemuan, Bahagian 5/12

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
(Guru terkenal dengan menggalakkan kedamaian. Di Amerika Syarikat dan di bandar ini sini, ada begitu banyak keganasan di seluruh Amerika Syarikat.) Ya.

(Begitu banyak keganasan. Bagaimana kita menangani keganasan ini terutama dengan remaja?) Ya. Ia datang drpd sumber-sumber berlainan daripada masyarakat kita. Kita senang memperoleh pistol. Kita senang memperoleh filem dan jenis rancangan video ganas dan sebagainya. Kemudian satu orang galakkan orang lain Jadi kita perlu uruskannya dari akar umbi. Contohnya, di banyak negara yang lain di mana mereka tiada begitu banyak pistol, keganasan adalah kurang sikit. Kamu faham maksud saya? Dan di mana mereka tiada begitu banyak TV yang memaparkan keganasan, maka mungkin kurang. Kita perlu kaji apa perbezaan antara Amerika dan negara-negara lain. Maka kita nampak sebabnya.

(Kita tidak lakukannya.) Ya. (Orang yang membuat keputusan tidak lakukannya. Kita hilang kawalan pistol.) Ya. (Kita belum meluluskannya di Kongres. Kita tak boleh singkirkan televisyen.) Betul. (Itu di teras kehidupan kita.) Tidak, jangan singkirkan televisyen. (Kami tak dapat mengawal televisyen. Itu di teras kehidupan kita.) Kita tak boleh buat begitu tetapi kita hanya... (Guru kata televisyen dan pistol tetapi itu ialah dua...)

Tidak, kita hanya mengubah rancangan. Contohnya, bukan sahaja televisyen, sayang – segala-galanya, seperti surat khabar atau segalanya yang lain. Kita cenderung untuk terlalu banyak lihat sebelah negatif kehidupan. Orang Amerika taklah begitu negatif. Sekarang apabila kita lihat akhbar, kita begitu takut nak pergi ke Amerika. Tetapi semasa saya di Amerika, saya selamat. Saya baik-baik saja. Cuma cara kita memberi perhatian kepada segala perkara negatif, kemudian mengulangnya, mengulangnya dalam fikiran kanak-kanak. Kanak-kanak tak berdaya. Mereka tiada pilihan. Mereka tiada bakat diskriminasi seperti orang dewasa. Lihatlah, apabila kita baca surat khabar sebagai orang dewasa, kita ada perlindungan daripada diskriminasi intelektual kita sendiri tetapi kanak-kanak tak dapat. Itu saja. Tetapi orang Amerika baik-baik saja. Amerika baik-baik saja. Saya berjalan di jalanan pd waktu malam saya baik-baik saja. Tiada masalah. Tetapi apabila kita baca surat khabar, kita takut. Ya, tak apa-apa.

(Beritahulah saya tentang matlamat Guru dalam hidup.) Matlamat saya? (Matlamat Guru, tujuan Guru.) Saya tiada matlamat lagi. Saya hanya buat apa yang diperlukan pada masa itu. (Seperti?) Contohnya, hari ini kamu minta saya berada di sini, jadi saya di sini semasa saya dapat bantu. Itu saja. Apa-apa yang seterusnya akan datang seterusnya. Saya tidak berfikir. Saya tiada sebarang matlamat.

(Mengapa Guru berada di Houston?) Kerana saya diundang secara berulangan dan berterusan oleh orang-orang ini. (Guru mendapat banyak minat orang Âu Lạc (Vietnam)...) Bukan orang Âu Lạc (Vietnam) saja. Contohnya, dia bukan orang Âu Lạc (Vietnam). Dia orang Yahudi Amerika. Dia salah seorang ahli perniagaan yang berjaya di negaramu. Dia asyik menarik saya ke sini. Dah tentu, oleh sebab undangannya baik untuk orang lain juga, jadi saya datang.

(Bagaimana Guru mengajar orang berhubung dengan Tuhan?) Bagaimana saya mengajar? Okey. Ada dua jenis. Satunya secara lisan, seperti saya akan... Jika mereka tanya saya, atau jika saya diundang utk berkhutbah, saya akan beritahu mereka: mengapa kamu menderita, mengapa kamu perlukan ini dan itu, mengapa kamu bernafsu, mengapa kamu tak pernah rasa puas – kerana kamu tidak mengenali Tuhan. Jadi jika kamu mengenali Tuhan, kamu akan rasa lebih selesa. Jadi sekarang saya ajar mereka bagaimana mengenali Tuhan dan itu bukan secara lisan. Apabila mereka menerimanya, bahawa mereka harus mengenali Tuhan, maka saya akan mengajar mereka tetapi dalam kesenyapan. Pada masa itu, saya tak perlu mengajar mereka. Tuhan akan mengajar mereka. Mereka akan mengajar diri sendiri.

(Adakah itu daripada inisiasi?) Ya, ya, ya. (Itu bukan sesuatu yang boleh Guru sampaikan secara lisan.) Bukan. Saya hanya duduk secara senyap. Mereka duduk secara senyap. Saya tak perlu berada di sana pun. Kerana Makrifat ialah sifat kamu sendiri. Tuhan ada di dalam dirimu. Sebenarnya kamu tak perlukan Guru untuk mengenali Tuhan. Oleh sebab kamu dah lupa akannya, jadi Guru perlu ingatkan kamu. Adalah lebih senang apabila seseorang dah tahu. Itu saja. Saya tak dapat berikan Tuhan kpd kamu. Kamu ialah Tuhan. Kamu ada Tuhan. Saya tak dapat berikan Makrifat kepada kamu. Kamu ada Makrifat. (Saya tiada.) Kamu ada, cuma tak tahu. Oleh itu, kamu perlukan seseorang menunjukkannya kepada kamu. Saya tak dapat berikan sesuatu yang kamu tiada kepada kamu. Jadi kamu mesti tahu bahawa kamu dah ada Makrifat.

(Beritahulah saya bagaimana orang, orang bermakrifat akan berubah apabila mereka jelas dengan mereka ada.) Oh! Itu kamu perlu tanya anak murid saya. (Oh! Okey.) Bagaimana kamu ubah kehidupanmu? (Baiklah, saya akan tanya mereka. Saya akan tanya mereka.) Ya, itu lebih baik. Sesetengah drpd mereka beritahu saya bahawa mereka takkan menukarkannya dengan apa-apa pun di dunia ini selepas itu. Mereka takkan menukarkannya dengan sebarang harta benda – dengan apa-apa pun di dunia ini.

(Bagaimana Guru jumpainya?) Bagaimana saya jumpainya? Saya ada seorang Guru di pergunungan Himalaya, jadi saya mendapat Makrifat. Saya tahu bahawa Tuhan sentiasa bersama saya. Itu bagaimana saya mengenali Tuhan. Ya. (Dan membuat orang lain menjadi bermakrifat.) Ya, ya, ya – itu penting. Saya membuat orang lebih gembira drpd saya membuat diri sendiri gembira. Kadangkala saya perlu mengorbankan kegembiraan saya. Saya perlu beritahu kamu kebenaran. Tapi dalam erti kata yg lebih mendalam, saya sentiasa gembira kerana saya sentiasa di Rumah di mana-mana pun, bersama sesiapa pun, dengan diri sendiri.

(Orang di bahagian dunia ini di sini tak benar-benar ada hubungan Guru atau Guru Spiritual dengan anak murid.) Betul. (Mungkin Guru boleh jelaskan itu?) Mereka tak perlu. (Mereka tak perlu.) Ya, kamu tak perlu. Anak murid saya tidak menyembah saya. Mereka memanggil saya ‘Guru’ kerana itu hanya jenis gelaran yang kita gunakan di dunia ini. Sama seperti kita panggil ‘kakak’ atau ‘abang’. Tak mengapa, tiada masalah. Tetapi kami tiada kononnya ‘hubungan’ – maksud saya, dijelaskan secara lisan. Tetapi mereka kasihi saya. (Baiklah, tetapi mereka di sini dan mereka ialah anak murid Guru. Mereka mengikut Guru, hormati Guru. (Ya, memang.) Jadi beritahulah saya mengapa itu perlu bagi mereka.) Saya tak tahu. Mereka sendiri rasa perlu. Saya tidak menetapkannya.

(Kerana Guru dapat ajar mereka cara berhubung dengan Tuhan dan tiada orang lain yang dapat. Bukankah begitu?) Mungkin begitu. Oh, ya, kamu tahu lebih daripada… (Ya, tetapi saya katakannya. Itu bukan apa yang penting.) Ya. Okey. Itu saya juga tertanya-tanya mengapa. (Ah, Guru... Oh, itu tak benar!) Itu benar.

(Biar kita lihat... di manakah... Joe, Joe, kamu ada soalan tak? Baiklah, kamu ada soalan tak? Ada sesiapa lagi yang ada soalan yang mereka mahu saya tanya Beliau? Tiada sesiapa pun? Saya sedang cari…)

(Sebenarnya saya ada soalan tentang menjadi vegetarian (vegan). Mengapa itu penting?) Oh, ya! (Mengapa itu penting?) Kamu tanya saya... Okey, baiklah. (Mengapa itu penting? Menjadi...) Menjadi vegan? Kerana Tuhan ialah Kasih Sayang. Kita sayangi hidupan. Kita nak menjadi lebih dekat dgn Tuhan, jadi kita mahu menjadi sepenyayang yang boleh terhadap semua hidupan. Adalah menyakitkan apabila kita bunuh. Jika kita makan daging (orang-haiwan), maka orang lain perlu membunuh untuk kita – membunuh orang-haiwan. Bukankah mereka menawan, orang-haiwan? Ya. Saya rasa kita harus beri mereka keistimewaan yang sama untuk nikmati hidup seperti kita. Itu saja.

(Guru tak rasa bahawa Tuhan cipta sesetengah orang-haiwan supaya kita boleh (Makan?) makan mereka?) Maka orang-harimau boleh berkata begitu dengan kita juga – bahawa Tuhan mencipta manusia untuk dia makan. Orang-harimau. (Orang-harimau.) Ya, semua orang-haiwan yang sangat ganas yang lain akan berkata bahawa mereka berhak untuk makan kita juga. Jadi kita harus datang beri makan kepada mereka?

(Tetapi kita...) Apa? (Kerana kita mengawal...) Apa? (... dan kita ada lebih banyak kemungkinan dari segi fizikal untuk pergi bunuh orang-haiwan supaya manusia boleh makan.) Saya faham. Tetapi itu tak adil, menganiayai mereka yang lebih lemah, kurang cerdas dan lebih tak berdaya. Mereka hanya seperti kanak-kanak. Tidakkah kamu rasa begitu? Kita boleh berlawan dgn yang sama kuat tetapi jika kita berlawan dengan yang lebih lemah,itu dah di bawah maruah kita Jangan bercakap tentang makan atau apa-apa lagi.

(Jadi itu hanya soal memudaratkan orang-haiwan dan bukan soal mudaratkan badan kita?) Itu juga, sayang. Semua orang tahu akan itu. Okey. Sekarang, belakangan ini, kajian daripada banyak ahli sains telah buktikan bahawa pemakanan daging (orang-haiwan) ialah punca banyak penyakit yang tak dapat disembuhkan, contohnya kanser. Semua orang tahu bahawa orang Amerika ada kadar kanser yang tertinggi di dunia kerana kita makan lebih banyak daging (orang-haiwan) daripada di negara-negara lain. Contohnya, seperti di China atau Rusia – barangkali situasi politik mereka tak benarkan orang makan begitu banyak daging (orang-haiwan) seperti kita. Kadar kanser mereka sangat rendah berbanding dengan kita – berbanding dengan orang Amerika. Itu daripada kajian saintifik. Itu bukan daripada saya.

Dan juga, semua orang tahu bahawa kita dilahirkan dengan gigi yang sesuai untuk orang vegan, bukan jenis gigi seperti yang dimiliki oleh orang-haiwan yang makan daging. Usus kita lebih panjang juga. Ia dibuat untuk diet vegan. Orang-haiwan yang makan daging ada usus yang lebih pendek supaya ia dapat dikeluarkan dengan cepat. Oleh itu, jika kita makan daging (orang-haiwan), ia berada di dalam usus kita dengan terlalu lama. Itu menyebabkan banyak kanser dan segala jenis masalah beracun.

(Ada tak sebarang cara akan tibanya hari kita ada keamanan di dunia ini?) Biar kita berdoa untuk itu. Jika semua orang mengikut jalan Tuhan, jalan Kasih Sayang dan lebih banyak memikirkan Tuhan daripada benda material yang lain, atau sekurangnya sebahagian daripadanya...

Sebenarnya dalam amalan spiritual kami, kami tidak berharap orang lari dari dunia dan pergi ke pergunungan Himalaya. Hanya satu persepuluh daripada masamu untuk Tuhan dan sembilan persepuluh untuk dunia sudah pun terlalu banyak. Contohnya, kita bermeditasi dua jam atau tiga jam saja sehari dan kita ada 24 jam sehari. Kita bekerja untuk dunia selama 10 jam, lapan jam sehari dan bermeditasi selama dua atau tiga jam saja pun tetapi kita tetap merungut. Kita memikirkan Tuhan selama tiga jam saja sehari tetapi orang berkata, “Terlalu banyak!” Jadi apa yang nak dibuat? Kita tak dapat mengecap keamanan selagi kita tidak sedar bahawa Tuhan lebih penting daripada semua benda material ini. Asalkan kita ada Tuhan, kita akan ada benda material kerana Dia ialah Pemberi semua benda. Kita hanya beri perhatian kepada hadiah dan bukan Penderma. Itu gambaran perkara yang terbalik. Sebab itulah kita ada masalah.

(Adakah Guru penganut Buddha?) Ya, ya. Saya penganut Buddha, penganut Katolik, penganut Protestan, penganut Kristian. Saya Muslim, penganut agama Hindu. Saya telah jelaskan bahawa semua agama datang daripada Guru-guru zaman dahulu. Contohnya, Nabi Isa – selepas Christ wafat, orang menggelar diri sebagai penganut Kristian. Selepas Buddha wafat, mereka menggelar diri sebagai penganut Buddha. Selepas Nabi Muhammad SAW wafat, mereka menggelar diri sebagai Muhammadan. Tetapi Guru-guru ini ajarkan benda yang sama, seperti Yogananda. Selepas Mereka wafat, hanya bahagian teori yang tertinggal. Kemudian itu secara perlahan-lahan membentuk mazhab agama dan mereka lupa akan asasnya. Asasnya ialah Guru-guru mengajar tanpa bahasa dan itu apa yang paling penting. Sebab itulah kita perlukan seorang Guru hidup. Jika tidak, kita boleh hanya baca buku-Nya dan menjadi bermakrifat.

(Mengapa kita perlukan Guru hidup?) Kerana sama seperti tenaga elektrik – kita perlukan wayar. Kita perlukan wayar yang baik untuk menyalurkan tenaga elektrik ke dlm peralatan rumah utk digunakan. Wayar mati, wayar terputus, wayar rosak tak dapat menyalurkan tenaga elektrik.

(Adakah pendeta ialah guru spiritual?) Ah, ya! (Adakah dia seperti Guru hidup atau hamba?) Jika dia berada dalam Tuhan, jika dia berhubung dengan Tuhan, maka dia ialah seorang Guru juga. ‘Pendeta’ atau ‘Farisi’ hanyalah suatu gelaran – sama seperti doktor atau guru. Tanpa Makrifat, tiada orang ialah sesiapa pun.

(Beritahulah saya Guru pergi ke mana.) Saya pergi ke mana? (Seperti hari ini, apa yang akan Guru lakukan hari ini?) Oh! Agaknya mereka ada satu lagi program utk saya. (Tetapi takkankah Guru adakan... Adakah Guru ada seperti...) Sidang akhbar, sesuatu macam itu. (Kemudian akankah Guru pergi ke…?) Bergantunglah... sama ada mereka mahu atau tidak. (Saya mahukannya.) Kamu mahu? (Ya.)

Orang ada banyak jenis ilusi tentang Makrifat. Saya perlu jelaskan. Orang ada jangkaan intelektual sendiri tentang Makrifat. Sebenarnya Makrifat ialah sesuatu yang kita tahu saja tetapi tak dapat dikatakan. Sekarang, apabila kononnya ‘inisiasi’ diadakan, kamu akan mengetahuinya – tetapi bukan orang di sebelah kamu, bukan pasanganmu atau sesiapa pun. Dan bukanlah semua masalahmu akan hilang selepas Makrifat – tetapi mungkin ia hilang sampai tahap tertentu, bergantung kepada apa yang Guru lihat, apa yang perlu kamu buat kerana kadangkala kita perlu lihat juga. Masalah kita ialah suatu proses pembelajaran juga. Jika kita tidak menentang masalah, maka masalah dah akan menjadi kurang. Kita perlu memanggil Guru di dalam – maksud saya, kebijaksanaan kita sendiri, Makrifat kita sendiri supaya bangkit dan selesaikan masalah ini untuk kita, maka kita akan rasa berbeza.

Photo Caption: Bukan Sahaja Menawarkan Tanda Cantik tetapi Juga Sifat Bermanfaat

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (5/12)
1
Kata-kata Hikmah
2025-07-28
1154 Tontonan
2
Kata-kata Hikmah
2025-07-29
1011 Tontonan
3
Kata-kata Hikmah
2025-07-30
929 Tontonan
4
Kata-kata Hikmah
2025-07-31
920 Tontonan
5
Kata-kata Hikmah
2025-08-01
737 Tontonan
6
Kata-kata Hikmah
2025-08-02
689 Tontonan
7
Kata-kata Hikmah
2025-08-04
373 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Kata-kata Hikmah
2025-08-04
373 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-08-04
705 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-08-03
893 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-08-03
106 Tontonan
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-08-03
1313 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-08-03
951 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android