Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Interviewer, Elma: Pernahkah Guru baca mana-mana buku oleh (Deepak Chopra)? (Siapakah itu?) Dia bercakap tentang Guru-guru dari India yang belajar di sini. (Ya.) Dia bercakap tentang... Saya sentiasa dengar tetapi tak berapa faham (Okey.) bahawa kita ada Tuhan di dlm diri kita, (Ya.) bahawa kita ada ilusi. (Semua orang bercakap tentang itu. Itu masalahnya.) Betul. (Ia membuat orang jatuh ke dalam ilusi.) Dia bercakap tentang... Ia indah. Ia merupakan ilusi apabila kita bacanya. Tetapi apabila kita mula amalkannya, kita perlu memikirkan apa masalahnya. (Ya.) Dia kata kita hampir 90% ialah pendukung pemodenan. (Ya, betul.) Semua ini, bagaimana kita berupaya untuk berkomunikasi di dalam (Betul.) dan kita sepatutnya bermeditasi. (Betul.) Tetapi saya tak pernah memikirkannya (Faham.) sehingga dia jelaskannya macam itu. (Betul. Kerana itu betul bagi kamu mendengarnya melalui cara itu.) Okey. (Mungkin dia lebih saintifik.) Ya. Jadi dari waktu selepas Yogananda… Maklumat spiritual... (Ya.) Tetapi Deepak Chopra... Kita ada yang lebih praktikal... (...pengalaman yang lebih praktikal, seperti penjelasan yang lebih praktikal. Baik untuk kamu.) Dia telah menulis kira-kira empat atau lima buah buku. (Wau!) Ya, sebenarnya kita hanya bercakap tetapi sekarang saya memahami ini, buat kali pertama. Master: Ya, itu baik untuk kamu. Lihatlah, Yogananda lebih klasik kerana Beliau tahu akannya dengan cara Beliau tahu. Mungkin sukar bagi Beliau huraikannya menjadi penjelasan seperti Bumi, bersifat realistik, seperti yang kita harapkan. Oleh itu, kadangkala kita ada Guru-guru yang berlainan. Nampak tak? Sesetengah Guru muncul kepada orang-orang yang berlainan. (Kita tak boleh mendapat segalanya.) Ya, ya, tetapi itu pengaturan Gurumu juga. (Ya, semua ini.) Dia membimbing kamu supaya baca lebih banyak (Ya.) agar kamu tahu. Kerana sesetengah Guru, mana-mana Guru, ada masa yang terhad dan juga kepetahan yang terhad, pengetahuan duniawi yang terhad. (Betul.) Oleh itu, Guru-guru Alam Semesta bekerja melalui saluran-saluran yang berlainan untuk bawa kamu ke dalam gambaran yang lebih besar (Betul.) hingga suatu hari kamu sendiri tahu akannya, mencernakan semuanya dan ia menjadi kamu. (Ya.) Itu bukan daripada Yogananda, bukan daripada doktor itu. Diri kamulah yang tahu akannya. “Sayalah. Saya tahu akannya.” Faham maksud saya? Jadi ini ialah faktor yang membantu. Itu baik untuk kamu – apa-apa yang membantu kamu, kamu baca. (Wau! Saya tak baca banyak, hanya beberapanya. Karya Yogananda ialah buku pertama yang saya baca.) Faham. (Kerana Bible... Ajaran-Nya, bimbingan-Nya...) Ya. Saya tahu. Beliau juga ada pengalaman yang boleh dikongsi-Nya dengan kamu. (Ya.) Beliau sendiri tahu akannya. Beliau sendiri mengalaminya. Bible dikatakan telah dipotong, ditapis dan diubah banyak kali. (Beliau ada di sana juga.) Tetapi sangat senang untuk memahami Bible selepas kamu mengenali Yogananda – sekurang-kurangnya. (Saya perlu kembali kepada Beliau.) Beliaulah orang yang bawa banyak ajaran baik ke Barat dan buat orang Barat menjadi lebih biasa dengan jalan Makrifat, Cahaya, sesiapa saja dengan… Ya. (Saya ingin, dengan izin Guru, mungkin tanya beberapa orang soalan. Pasti boleh, silakan, apa-apa saja yg kamu nak tanya mereka. (Bolehkah kamu bawa mereka ke belakang bersama saya?) (Saya nak tanya kamu beberapa soalan. Adakah kamu anak murid? Atau kamu hanya berada di sini?) Saya beramal. (Dah berapa lama?) Sejak April. (Adakah itu baik? Siapakah... Saya kehilangan rentetan fikiran saya.) Master: Dia belum lagi ‘berusia satu tahun’. (Semua orang ini sangat tinggi.) Tak semestinya, sayang. ‘Usia’ tidak buat orang menjadi lebih bermakrifat. Ada sesiapa yang nak jawab soalan? Mari turut serta. (Saya perlu… Soalan yang akan saya tanya ialah, “Mengapa kamu kasihi Beliau, mengapa kamu suka akan Beliau?” Bagaimana kehidupanmu telah berubah sejak kamu mula amalkan teknik-Nya dari bila-bila saja?) Mari turut serta. (Kamu akan lakukannya di sesuatu tempat yang lain?) (Boleh kita lakukannya… Bagaimana kita boleh lakukan ini?) Dia seorang doktor. Doktor perubatan. (Okey. Dah berapa lama kamu menjadi anak murid?) Sejak Mei 1991. (Baiklah. Sekarang beritahulah saya mengapa kamu menjadi tertarik atau memutuskan utk mengikut Beliau? Ada apa dalam diri Beliau (Mahaguru Ching Hai)?) Q1: Dulu saya cari Syurga, berfikir Syurga ada di Bumi di sesuatu tempat dan suatu hari nanti saya akan jumpainya di Bumi, dan jika saya buat perjalanan, saya akan jumpainya, tetapi pada mulanya. Apabila saya dah lebih besar, saya berfikir ia tiada di sini. Tiada benda seperti khayalan imaginasi zaman kanak-kanak. Tapi sekarang saya tahu Syurga di mana. Dalam Bible, ia nyatakan bahawa “Kerajaan Tuhan ada di dalam dirimu,” dan banyak agama tradisional akan menyatakan itu, tetapi ia tidak beritahu kita bagaimana kita benar-benar berhubung dengan Kerajaan Tuhan di dalam diri kita, dan di mana. Sebab itulah kita perlukan seorang Guru hidup, kerana Guru hidup membuka sambungan itu – beritahu di mana sambungan itu – dan mengajar kita secara senyap melalui kaedah meditasi. Semasa kita bermeditasi pada Cahaya (Syurga dalaman) dan bermeditasi pada Bunyi (Syurga dalaman), itu perlu berada di bawah arahan seorang Guru. Sebagai hasil daripada itu, saya rasa ada kenyataan bahawa “Apabila pelajar sudah sedia, Guru muncul.” Saya rasa konsep lain yang Barat tidak faham adalah bahawa semua agama berkembang daripada Guru hidup, bermakna seperti yang Mahaguru Ching Hai katakan, Nabi Isa dilahirkan, ada pengikut, apabila Baginda wafat, agama Kristian diwujudkan tetapi Guru hidup dah tiada. Guru hidup adalah penting untuk hubungkan kita dengan Syurga. Jika tidak, kita tak dapat lakukannya. Saya sentiasa ingin… (Saya ada masalah dengan… Maaf, saat.) Pasti boleh. (Saya ada masalah apabila orang berkata – dalam fikiran saya sendiri – itu satu-satunya cara, kita perlu ada seorang Guru hidup. Apakah yang berlaku kepada berjuta-juta orang yang tiada Guru hidup tetapi cintai Tuhan juga? Kamu potongnya.) Tidak, tidak. Akhirnya mereka akan berhubung dengan Guru hidup apabila mereka dah sedia. Mungkin mereka tidak berhubung dalam hayat ini, mungkin dalam masa seribu tahun, tetapi akhirnya mereka akan berhubung. Tak apa-apa. Apabila afiniti dah terjalin kerana segalanya telah ditakdirkan. (Beritahulah saya bagaimana kehidupanmu telah berubah sejak kamu mulakan?) Lebih gembira. Sekarang kita faham kita datang dari mana. Kita faham mengapa kita berada di sini. Kita faham bahawa tujuan kita di dunia ini adalah untuk berhubung dengan Tuhan, kembali ke tempat asal kita. Itu bukan untuk membesarkan anak, mendapat pekerjaan yang baik, memperoleh banyak wang, mendapat kereta yang baik, memiliki banyak harta benda – kerana semua itu tidak benar-benar membuat kita gembira dan kita sentiasa mencari. (Tetapi Guru berkata bahawa kita tidak perlu menjadi miskin untuk mengenali Tuhan.) Oh, tidak, tidak! Tidak, kita tak perlu menjadi miskin. Kita terus… Sebenarnya kita teruskan secara normal sepenuhnya. Kita tidak tinggalkan kehidupan duniawi sama sekali, kecuali bagi tempoh masa tertentu yang merupakan takdir kita – kita boleh buat begitu beberapa tahun – tetapi kita sentiasa kembali kepada kehidupan duniawi seperti ini. Jadi, pada pandangan saya, kita terus hidup secara normal sepenuhnya dan terus bekerja keras. Kita juga boleh menambah ke dalam kehidupan kita. Kita menambah dalam erti kata kita bermeditasi dan mengikut diet vegan, mengikut Sepuluh Rukun. Dan… (Dan kehidupanmu lebih baik? Adakah kehidupanmu lebih baik?) Ya, ya. Kehidupan kita lebih baik dan kita lebih bijak. Saya sentiasa mahukan kebijaksanaan. (Ya, ya.) Tarikan besar bagi saya ialah kebijaksanaan. Dan secara keseluruhannya, kita menjadi lebih penyayang. Photo Caption: Jalan Mungkin Lekak-lekuk, tetapi Terus Berjalan dengan Stabil Anda akan Pulang ke Rumah