Ms. Tuyết: Nama saya Phạm Kim Tuyết. Saya tinggal di sebuah dukuh, komun Thới An Hội, daerah Kế Sách.Đoàn Như Phú: Puan Tuyết, bilakah kamu mula menemui kebolehanmu untuk berapung di atas air?Ms. Tuyết: Dah kira-kira lapan atau sembilan tahun sekarang, kerana pada masa itu, saya berhenti makan nasi pada sekitar 10 Oktober 2009. Kemudian pada suatu hari, saya terdengar suatu suara berbisik di telinga saya, berkata, “Turunlah ke dalam sungai. Engkau akan terapung di atas air.” Saya tak percaya pada mulanya. Tetapi kemudiannya saya nampak di TV bahawa seorang bapa dan anaknya boleh terapung. Jadi saya kata, “Baiklah, biar saya pergi cuba.” […]Đoàn Như Phú: Ya Tuhan, semua orang, ini begitu sukar dipercayai. Dia sebenarnya dapat berbaring di atas air dalam posisi teratai sepenuh, relaks sepenuhnya, biarkan arus membawa dia. Dia kata dia boleh kekal macam itu dari pagi hingga petang tetapi kebimbangannya ialah arus mungkin hanyutkan dia ke tempat yang ada tebing curam atau halangan, dan jika bot tiba-tiba datang, itu boleh sangat berbahaya kerana apabila seseorang berbaring untuk bermeditasi, mungkin dia tertidur. Nampak tak? Bermeditasi sementara berbaring di atas air. Ini kali pertama saya lihat sesuatu macam ini. Pertama kali nampaknya, kan? Lihatlah, dia sedang berbaring di sana untuk bermeditasi, relaks sepenuhnya, biarkan arus membawa dia. Tepuk tanganlah untuk dia, kanak-kanak! Ini sukar dipercayai. Dia malah boleh senyum sementara melakukannya. Saudara saudari, dia telah hanyut macam ini selama lebih lima minit sekarang. Dia kata dia boleh terus berapung macam ini pada bila-bila saja, selama yang dia mahu. […]Ms. Tuyết: Kali pertama saya turun ke dalam sungai, anak perempuan saya berkata, “Ibu, buatlah beberapa baris puisi untuk saya.” Jadi saya melangkah keluar dari sungai dan berkata, “Apa yang saya tahu tentang membuat puisi?” Tetapi saya berfikir sejenak dan berkata, “Berbaring di atas air, aku rasa begitu bebas dan senang. Buah-buahan dan sayuran saja yang aku makan untuk hidup sekarang.” Maksud saya: Saya memang hanya makan sayuran. […]
Makan sayuran saja pun, anda hidup dan kelihatan elok. Anda sejahtera. Anda tidak kekurangan apa-apa pun. Kentang, tomato atau kacang kecil sederhana pun akan berikan khasiat dan tenaga yang cukup kepada anda untuk terus hidup dan hidup dengan baik.Kami, pasukan berita dan saya, kumpulkan setiap hari apa-apa saja yang kami dapat, apa-apa saja yang saya dapat, dalam masa saya sendiri yang sedikit, kerana saya perlu buat banyak kerja. Saya perlu sendiri menyemak dan mengedit semua rancangan di Supreme Master Television. Saya mengambil gambar dan menyunting, memilihnya. Saya juga buat banyak kerja yang lain, kononnya kerja rumah, kerja isi rumah, sendiri memasak dan mencuci apa-apa saja yang boleh. Menggantung dan menanggalkan pakaian pun mengambil masa kerana tiada mesin basuh automatik di sini. Segala-galanya mengambil masa. Saya gembira dengan saya ada ruang yang sangat kecil untuk dibersihkan. Pakaian saya adalah sederhana, sangat mudah untuk dibasuh. Tapi segalanya tetap mengambil masa.Saya harap saya boleh buat lebih banyak untuk dunia. Tetapi untuk itu, saya juga perlu sangat banyak bermeditasi, sebanyak jam yang boleh. Saya juga perlu menerima dan menguruskan arahan dari dalam. Bukan sahaja arahan daripada Dewa-Dewa dan Triniti tetapi juga laporan daripada Raja-raja yang berlainan, Jabatan-jabatan yang berlainan di Syurga. Saya juga perlu habiskan tenaga untuk berkati orang. Yang terutama ialah anak murid saya kerana mereka masih belum matang sepenuhnya. Apa-apa yang mereka lihat dalam visi dalaman masih belum banyak. Mereka akan perlu terus berkembang. Tetapi saya bangga dengan mereka kerana kebanyakan daripada mereka berkembang dengan baik sekali. Mereka sangat ikhlas. Terutama hari ini, mereka lebih cemas, lebih rajin dalam amalan spiritual, jadi berkembang dengan baik sekali.Photo Caption: Dengan Kasih Sayang Tuhan, Hidup Rendah di Sudut Taman Anda untuk Bantu dgn Sebarang Cara yg BolehAkhiri Peperangan Tersembunyi Ini Maka Semua Peperangan akan Berakhir, Capai Keamanan Dunia Sebenar yang Berkekalan, Bahagian 2 drpd 9
2026-02-10
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Sekarang kita alami bencana setiap hari. Setiap hari, jika anda menonton mana-mana saluran, saluran TV atau saluran internet pun, anda sentiasa akan nampak bencana – bencana yang tak pernah berlaku dahulu di mana-mana saja. Orang mati, harta benda musnah, tanah pertanian atau tuaian musnah. Orang menjadi semakin terdesak. Semakin banyak orang tak tahu lagi apa maksud ‘makanan memuaskan’ pun. Mereka makan hari ini, tak tahu sama ada esok akan ada makanan. Mereka makan pada waktu pagi, tak tahu sama ada pada waktu malam mereka akan mendapatnya. Semuanya kerana kita hancurkan inti pati untuk terus hidup, inti pati KASIH SAYANG yang merupakan asas semua hidupan di alam semesta, iaitu memperlakukan semua makhluk sebagaimana kita mahu diperlakukan.Orang masih tidur di jalanan di dalam khemah yang sangat nipis di bawah cuaca beribut, bersalji, cuaca buruk, berhujan, di dalam khemah yg sempit, sangat nipis dan salji menutupi mana-mana saja. Mereka tak berumah. Mereka tidak dilahirkan tak berumah. Mereka tidak pernah tak berumah sebelumnya. Mungkin mereka menjadi tak berumah kerana hilang pekerjaan, cukai yang tinggi atau penyakit serius yang mereka tak mampu bayar untuknya tetapi terpaksa juga kerana perlu hidup. Selepas semua itu, mereka tiada apa-apa yang tertinggal. Jadi mereka terpaksa tinggal di jalanan, tiada makanan, tiada rumah, tiada air, tiada bilik mandi. Mereka terpaksa menelan maruah diri untuk keluar meminta makanan atau makan sampah dari tong yang kotor! Mereka terpaksa berhimpit-himpit bersama, itu pun jika boleh, di dalam khemah kecil itu.Sedangkan kita habiskan bertrilion-trilion dolar Amerika untuk bunuh orang lain. Mereka ialah orang lain yang kelihatan sama seperti kita, dengan hidung di tengah-tengah, mulut di bawahnya dan dua mata di kedua-dua belah tetapi kita terus habiskan semakin banyak untuk senjata lebih ‘hebat’ yang tak dapat kita bayangkan beberapa ratus tahun yang lalu atau kira-kira sepuluh tahun yg lalu pun, hanya untuk bunuh dengan lebih tepat, hanya untuk bunuh dgn lebih tepat dan menyebabkan lebih banyak kebinasaan, kemusnahan di merata tempat supaya orang lain, meskipun tidak terkena peluru, tetap mati akibat kelaparan, kesejukan kerana tiada tenaga elektrik yg tertinggal, tiada air, tiada makanan, tuaian mereka dimusnahkan. Saya tak tahu lagi siapa kita ini. Adakah perkataan ‘manusia’ masih lagi sesuai untuk kita?Kita lebih teruk daripada haiwan sekarang ini. Orang-haiwan tidak buat apa-apa yang buruk terhadap kita. Mereka hanya bantu kita, sayangi kita. Jika anda rasa orang-lembu berbeza dengan orang-anjing, fikirlah dua kali. Jika anda lihat video yang saya dan pasukan berita kumpulkan untuk anda, anda akan nampaknya. Tiada perbezaan antara orang-lembu, -kambing, -biri-biri dan -haiwan lain dengan orang-haiwan kesayangan anjing, kucing, burung anda. Jika mereka tak nampak anda, jika orang-lembu tak nampak anda untuk masa yang panjang dan anda pulang, dia akan merapatkan kepalanya ke badan anda untuk mengalu-alukan anda pulang. Kadangkala dia mengambil risiko dengan haiwan lain atau malah ular berbisa untuk melindungi anda – begitu banyak kisah sebenar seperti itu.Orang-ayam pun, makhluk yang anda tidak berfikir dua kali untuk mengunyah badan kecilnya dan menikmati penderitaan, darah dan daging itu. Mrk sayangi anda tanpa penghujungnya. Mereka ada kecerdasan. Mereka ada DNA, hampir seperti DNA manusia. Suatu kali saya bergurau dengan pembantu saya kerana mereka kata orang-ayam ada DNA yang hampir sama dengan DNA manusia. Saya berkata kepada mereka, “Oh! Saya kenali seorang lelaki yang ada DNA yg hampir sama dgn orang-ayam.” Tetapi itu bukan gurauan yang lucu, bukan. Itu lucu pada masa itu. Mereka ketawa. Tetapi langsung tidak lucu apabila nyawa mereka bergantung kepada belas kasihan anda dan anda tidak tunjukkannya kpd mereka.Kita ada begitu byk makanan utk dimakan Sesetengah orang di Âu Lạc (Vietnam) tidak makan nasi pun. Mereka hanya makan sayuran dan buah-buahan saja. Mereka berlatih macam itu supaya malah dapat berapung di atas air, bermeditasi di atas air. Saya telah kumpulkan beberapa kisah dan video ini tetapi kita ada terlalu banyak, jadi tidak sentiasa dapat memaparkan semuanya. Saya harap mereka dapat cari itu dan memaparkannya kepada anda. Hanya satu atau dua contoh tetapi ada sangat banyak.











