Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Keadaan Planet Kita Sekarang dalam Rancangan Spiritual Besar, Bahagian 3 daripada 4

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Sementara saya bercakap dengan anda, saya tak begitu tenang hanya untuk keamanan kerana saya ada rakaman audio baharu tentang perkara serupa yang sudah disediakan sejak beberapa hari yang lalu dan mereka perlukan saya baca pruf buat kali terakhir tetapi saya sibuk. Maksud saya, saya sibuk tdk buat apa-apa. Saya sibuk tidak membuat apa-apa kerana tenaga keamanan perlu dilaraskan sebagai pergerakan yang lembut dan lancar tetapi pergerakan perlahan seperti beberapa hari ini apabila TUHAN perintahkan begitu.

DIA tahu bahawa saya orang yang sangat aktif. Saya perlu begitu. Saya tak boleh duduk saja, tidak buat apa-apa. Jadi TUHAN pun perlu ingatkan saya supaya bertenang, relaks agar segalanya dapat berfungsi bersama dengan sumber tenaga yang lain untuk mendatangkan hasil terbaik akhirnya. Apabila TUHAN beritahu kita apa yang nak dibuat, kita tak boleh menolak. Kita perlu mematuhi Arahan, Perintah TUHAN kerana TUHAN hanya bermaksud Kasih Sayang terhadap kita. TUHAN ambil berat tentang hidup kita. TUHAN ambil berat tentang bagaimana kita dapat pulang ke Rumah supaya kita tidak menderita lagi.

Ada banyak peringkat Syurga. Jika anda masih benar-benar terikat pada segala benda duniawi, anda tidak perlu pergi ke Syurga tertinggi. Ada kebahagiaan, kedamaian, kegembiraan yang berlainan di Syurga-syurga yang berlainan. Hanya syurga Astral pun – di sana, anda akan rasa macam berada di dunia sekarang, tak banyak berbeza kecuali di sana, di alam syurga Peringkat Astral itu, ia cerah, terang, indah. Apa-apa pokok yang anda lihat, tiada ulat padanya, makan daunnya. Apa-apa bunga yang anda lihat, ia kekal macam itu selama-lamanya, dengan warna yang terang dan Cahaya memancar ke merata tempat tetapi Cahayalah yang buat anda rasa selesa dan dikasihi.

Meskipun anda tidak berada di Syurga setinggi mungkin, syurga Astral pun akan buat anda rasa begitu dikasihi, begitu diberkati sehingga anda tak nak kembali ke domain fizikal ini lagi. Kebanyakan orang yang alami pengalaman hampir mati pergi ke syurga Astral ini. Syurga astral juga ada banyak peringkat dan anda terasa macam anda berada dalam Keabadian, takkan perlu menderita lagi dan tidak pergi ke mana-mana domain yang lebih rendah lagi. Anda terasa macam akan berada di sana selama-lamanya dan malah akan nampak TUHAN menjelma untuk mengasihi anda, mengarahkan anda, mengajar anda banyak perkara. Jadi anda tak pernah bosan. Anda sentiasa sibuk, melakukan apa-apa saja yang anda mahu dan sentiasa hidup dalam Kasih Sayang dan Rahmat TUHAN sehingga anda tidak mahukan apa-apa pun lagi, apalagi mahukan apa-apa benda fizikal seperti di dunia fizikal rendah ini.

Orang Amerika yang alami pengalaman hampir mati, Robert Marshall, berkongsi bagaimana dia meninggal selama tiga hari setengah, habiskan masa 44 jam berjalan bersama Nabi Isa di Syurga, menerima penyembuhan ajaib sepenuh dan balik ke sini dengan pengetahuan Bible yang terperinci dan badan baharu. Robert, 76, telah menerima Nabi Isa (vegetarian) sebagai Nabi dan Penyelamatnya pada 1984 tetapi tidak hidup sebagai seorang Kristian yang komited. Pada 17 Mei 2024, dia pergi ke bilik kecemasan Fort Worth, sukar hendak bernafas dan menelan akibat ketumbuhan leher yang besar yang doktor percayai ialah kanser agresif. Selepas diintubat, Robert dimasukkan ke ICU (unit rawatan rapi). Dua hari kemudian, ketika doktor menanggalkan tiub pernafasan, ketumbuhan itu bergolek ke saluran nafasnya dan dia mati sesak nafas. Kakitangan perubatan melakukan CPR (resusitasi kardiopulmonari) selama 15 minit baru memulakan semula jantungnya.

Saya tinggalkan badan saya dan masih ingat terkatung-katung di atas badan saya, melihat ke bawah dan berkata, “Wau!” Saya tahu bahawa sesuatu tidak normal di sini. Saya tidak bersama badan saya. Kemudian dengan begitu pantas saya berdiri di Syurga. Saya tak nampak terowong. Saya terus berada di Syurga.

Robert mendapati dirinya berada di pinggir halaman dalam yang luas di Syurga.

Saya dapat rasa, dapat hidu dapat dengar, dapat buat segala-galanya. Ada pokok dan semak. Saya lihat pokok, bunga dan segala-galanya. Ia besar, begitu cantik dan terang. Warnanya begitu cerah dan terang. Itu tidak macam tiga dimensi. Itu macam segazilion dimensi. Warna-warna berlainan yang mereka tiada pun di sini. Saya rasai perasaan yang paling tenang, penyayang. Itu macam pelukan gergasi yang besar. Itu macam kita berhubung dengan segalanya dan segalanya memenuhi kita dengan kasih sayang. Kita sentiasa berkata bahawa Nabi Isa ialah Cahaya. Itu benar. Cahaya-Nya menerangi seluruh Syurga. Dalam Cahaya-Nya ialah Kasih Sayang yang menyayangi dan menenangkan kita, meresap ke dalam segala-galanya dan semua orang. Semua orang dihubungkan dengan Kasih Sayang itu. Itu macam pelukan gergasi. Setiap pokok, setiap bunga, setiap tumbuhan keluarkan apa yg saya panggil ton atau dengungan kecil bermelodi. Semuanya bergabung, (Untuk lagu.) itu nyanyikan pujian kepada Nabi Isa sepanjang hari. Setiap tumbuhan, setiap bunga, semuanya keluarkan bau harum kecil sendiri yang istimewa yang, sekali lagi, bergabung, menghasilkan bau udara yang paling wangi. Itu macam udara segar dan segala-galanya yang boleh kita bayangkan.

Saya nampak siluet Nabi Isa. Saya berjalan ke sana. Apabila saya hampirinya, saya tidak mulakan dengan lutut kanan dan lutut kiri. Saya bersujud saja sepenuhnya, muka terus menyentuh tanah, menangis macam bayi. Bukan air mata kesedihan – air mata kegembiraan dan kerendahan diri Saya berbaring di depan Nabi dan Penyelamat saya, Pencipta seluruh Alam Semesta. Saya berjalan bersama Nabi Isa, berpegangan tangan. Sementara kami berjalan di Syurga, kami berjalan dan berbual-bual. Dia bercakap kebanyakan masanya. Dia mengajar. Dia mengajar saya tentang Bible. Dia ajar saya tentang waktu masa bermula Penciptaan, dari Genesis hingga Wahyu. Dia ajar saya mengapa nampaknya ada perkara dalam Bible yang boleh ditafsirkan dengan cara-cara yang berlainan atau apa yang kelihatan macam percanggahan tetapi bukan. Mengapa Dia gunakan cerita ibarat, contohnya, apa yang perlu kita buat. Mengajar saya apa itu sebenarnya penyelamatan dlm kepercayaan, segalanya Dia berkongsi dengan saya apa yang Dia mahu saya kongsi dengan orang lain disebabkan soalan-soalan yang orang ada.

Nabi Isa menunjukkan kepada Robert rumah agam masa depannya di Syurga serta jelaskan Syurga baharu dan Bumi baharu. Akhirnya, mereka kembali ke halaman dalam.

Dan lain-lain…

Tiada bahasa yang dapat saya gunakan untuk gambarkan kpd anda tentang Syurga yang jauh lebih tinggi, apalagi bercakap tentang Syurga setinggi mungkin yang dapat didatangi, dapat dicapai yang kononnya anak murid TUHAN saya tahu, nampak, pergi, kunjungi dan didiami setelah meninggalkan badan fizikal, atau semasa tinggal sementara di planet fizikal ini pun, mereka tetap dapat melawat banyak Syurga yang lebih tinggi daripada Alam Astral yang mungkin. Kemudian mereka kembali, boleh mengatakan sesuatu tetapi tak dapat gambarkan kemegahan sebenar Syurga yang lebih tinggi atau tertinggi sebegini.

Biasanya, saya mematuhi saranan Guru untuk tidak berkongsi visi dalaman kita tetapi suara hati saya galakkan saya supaya berkongsi yang ini. Baru-baru ini saya alami visi dalaman di mana saya melawat Tushita dan bertemu dengan Buddha Maitreya. Pengalaman ini dedahkan kepada saya bahawa Guru sebenarnya ialah Buddha Maitreya yang diingini dan dihormati. Saya tidak baca banyak kitab Buddha, mungkin kurang daripada sebilangan kecil dan pasti boleh berkata bahawa pemahaman saya tentang agama Buddha sangat minimum dan terhad. Oleh itu, gambaran dan penggunaan kata-kata saya mungkin tidak betul secara konvensional tetapi saya beri sepenuh hormat dan keikhlasan dalam gambaran saya.

Dalam visi dalaman, saya dibenarkan untuk melawat Syurga Tushita untuk sendiri lihat Guru ialah Buddha Maitreya. Di tengah-tengah Tushita yang penuh dengan Cahaya, tenaga, berwarna putih lembut, terdapat platform bulat yang ada binaan Cahaya keemasan seperti menara buatan tenaga yang meninggi. Kemudian saya nampak Buddha Maitreya, duduk bersila, mengapung ke bahagian tertinggi sambil memainkan lagu Syurga dengan pelbagai alat muzik. Alat muzik yang khususnya saya ambil perhatian adalah berbentuk seperti rebab er-hu tetapi dimainkan seperti seruling. Suasana damai, tenang dan sangat terang di mana-mana saja! Saya terkejut dengan bentuk jelmaan Buddha Maitreya yang didedahkan kepada saya ialah sami juvenil, gembira, muda yg memakai kashaya (jubah) ketua biksu berwarna kuning dan merah, bersusuk badan bulat dan girang serta berair muka riang dan gembira. Maitreya mempunyai rambut keriting, bergelung simbolik Buddha juga. Cara Maitreya bergerak dan memainkan alat muzik, air muka dan karisma keseluruhannya membuat saya mengenal dengan pasti itu Guru. Dengan serta-merta tanpa sebarang fikiran lain, saya kata, “Ini Guru.”

Secara serentak, saya menaik ke atas dan bergerak di dalam terowong Cahaya keemasan. Saya berkata kepada sendiri, “Adakah aku akan pergi ke Alam Spiritual Baru Guru?” Hampir dengan serta-merta, saya nampak alam sfera keemasan yang penuh dengan tenaga. Apabila saya dapat lihat bentuk muka, itu Mahaguru Ching Hai Tersayang kita. Beliau bersinar dengan terang dalam Cahaya keemasan. Sebenarnya segalanya dalam Cahaya keemasan dan berkilauan seperti berlian. Guru bergaya rambut keriting, bergelung, macam biksu. Apabila saya bertumpu pd setiap gelungan keriting visi saya berkembang untuk dedahkan subalam yang terdiri daripada banyak Buddha. Apabila saya bertumpu ke luar pada kawasan sekelilingnya, terdapat Buddha yang tidak terhingga di belakang dan di sekeliling Guru. Tidak banyak pemisahan antara banyak Buddha. Sebenarnya semuanya kelihatan bersebelahan sesama Mereka tetapi alam ini tidak terhingga dan tidak terbatas! Guru ialah pusatnya dan bahagian paling penting Alam Spiritual ini. Semua Buddha ‘di luar’ atau bukan sebahagian daripada Guru macam berada dalam barisan yang datang kepada Guru dari semua arah. Itu macam Mereka ‘berbaris’ untuk sesuatu. “Mereka semua ialah orang yang dibebaskan oleh Guru dan telah capai peringkat Buddha,” kata mesejnya.

Visi saya menunjukkan bahawa Guru memakai pakaian keemasan, gaun keemasan cantik yang dipakai-Nya ketika Beliau persembahkan lagu ‘Lautan Kasih Sayang’ pada 1994. Topi keemasan Guru yang unik dan bergaya, dalam visi itu, sebenarnya ialah rambut keriting Guru. Setiap inci Guru itu sendiri ialah seluruh alam, terdiri daripada Buddha tak terhingga. Walaupun saya dapat bertumpu di dalam dan di luar, leretan gaun keemasan Guru, seluruh gaun Guru yang cantik dan seluruh Diri-Nya yang megah adalah tidak terhingga dan tidak terikat oleh ruang atau masa. Ini Alam Spiritual Baharu Guru dan kita akan dikasihi oleh Guru selama-lamanya, benar-benar dan betul-betul seperti yang digambarkan oleh Guru dalam lagu ‘Lautan Kasih Sayang’ dan ‘Aku akan Kasihimu Selama-lamanya’. Kami akan kasihi Guru selama-lamanya!! Terima kasih, Guru. Terima kasih, Santo. Dengan Kasih Sayang TUHAN, Brielle dari Kanada

Dan lain-lain…

Saya memang harap anda semua dapat alami sebahagian daripadanya, sekurang-kurangnya kadangkala, supaya anda tahu bahawa Syurga benar-benar wujud. Saya tidak harap anda pergi ke neraka baru tahu bahawa neraka benar-benar wujud juga.

Photo Caption: “Bersyukur atas Dunia yg Aman Damai”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (3/4)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-06
2288 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-07
1861 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-08
1813 Tontonan
4
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-09
1172 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Perjalanan Melalui Alam Estetik
2026-07-11
12 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-11
26 Tontonan
Filem Pendek
2026-07-10
332 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-10
846 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-07-09
275 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2026-07-09
302 Tontonan
Lagu, Gubahan, Puisi dan Persembahan Mahaguru Ching Hai (vegan)
2026-07-09
704 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun