Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Soalan seterusnya adalah daripada En. Koffi Jean Kissi. Beliau ialah Setiausaha dan Jurucakap Kebangsaan CAR yang merupakan sebuah parti politik.Mr. Koffi Jean Kissi: Selamat petang, Guru. (Selamat petang.) Tuhan berkati Guru atas segalanya yang Guru lakukan untuk umat manusia. Soalan saya adalah tentang ahli politik. Berkenaan dengan usaha Guru untuk melawan pemanasan global, Guru tahu bahawa kita perlukan penglibatan yang lebih kuat daripada ahli politik. Penglibatan mereka adalah perlu. Namun begitu, kita dapati bahawa itu bukan perhatian utama mereka. Soalan saya, apa yang boleh kita buat? Atau pada pendapat Guru, apa yang boleh kita buat supaya ahli politik lebih banyak terlibat dalam hal berkaitan pemanasan global, isu alam sekitar dan perjuangan melawan pemanasan global? Haruskah kita hantar mereka semua ke universiti sains alam sekitar?Master: Halo, En. Setiausaha. Betul kata-katamu. Sebaik-baiknya pemimpin kerajaan boleh jadi sebahagian drpd penyelesaiannya. Mereka boleh membantu orang faham mengapa begitu penting membuat perubahan kepada diet vegan. Untuk dekati pemimpin politik, pertama sekali encik boleh bersama orang lain yang sehaluan. Kemudian encik biar pemimpin tahu bahawa encik dan orang lain seperti encik sangat meminati subjek ini. Beritahu mereka bahawa encik mahu menyelamatkan planet ini. Itu saja. Menulis kepada pemimpin kerajaan tentang penyelesaian vegan. Pergi melawat mereka jika boleh. Bagi bahan sokongan, encik boleh minta ahli persatuan kami berikan maklumat yang diperlukan kepada encik. Daripada apa yang kita baca dalam berita, nampaknya lebih banyak pemimpin Afrika sekarang menjadi berminat dalam hentikan perubahan iklim dan menyedari keperluan untuk bertindak terhadap pemanasan global.Malangnya, pemanasan global pengaruhi negara-negara Afrika dengan cara paling teruk dan paling ketara. Tasik air tawar kedua terbesar di dunia, Tasik Victoria di Afrika Timur sekarang terancam akibat penangkapan ikan berlebihan, bahan cemar dan perubahan iklim yang saling berkaitan.Sungai dan tasik semakin mengering di Afrika. Glasier dan ais Gunung Kilimanjaro di Tanzania telah hampir hilang semuanya dan terumbu karang mati, meluntur. Terdapat krisis air dari Sierra Leone ke Afrika Selatan. Zimbabwe, Somalia, Mauritius, Mozambique dan Sudan, sekadar sebut beberapanya saja, telah mengalami kemarau lebih teruk yang buatnya sukar untuk menanam tanaman, dengan itu burukkan lagi kekurangan makanan dan kenaikan harga, burukkan lagi penggurunan dan penyahhutanan yang merosotkan lagi kualiti tanah.Peningkatan suhu bermakna hujan tak menentu, sama ada terlalu sedikit atau terlalu banyak pada satu-satu masa. Jadi kita alami banjir besar yang menenggelami tanaman dan kebakaran yang membakar hutan. Begitu juga, di Afrika Barat, kediaman bagi 43% daripada jumlah penduduk Afrika sub-Sahara, jika kamu seorang petani, kamu sudah dapat rasa bahawa iklim telah alami kesusahan. Terdapat kemarau, gelombang haba, banjir, ribut, musim cuaca sangat sejuk dan belalang juta yang lebih kerap daripada sebelumnya. Impak perubahan iklim ini tingkatkan ketakterjaminan makanan dan krisis makanan di Afrika.Terdapat juga peningkatan risiko penyakit seperti malaria kerana nyamuk tersebar ke altitud yang lebih tinggi. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu khuatir beratus-ratus juta orang di Afrika menghadapi risiko. Ini hanya sebahagian daripada semua laporan berita yang keluar tentang pemanasan global di negara encik. Saya pasti ada lebih banyak lagi. Bagi pemimpin – mereka sedar akan masalah serius yang dihadapi oleh negara mereka. Sekarang jika rakyat juga menyokong mereka, ingatkan mereka bahawa mereka ambil berat dan ini untuk kepentingan mereka, maka mereka akan lagi bertenaga untuk menangani perubahan iklim. Maka mereka akan ingat bahawa pemanasan global ialah agenda yang paling penting, bahawa itu tanggungjawab mereka – bukan sahaja secara profesional tetapi juga secara peribadi – kerana ia pengaruhi mereka sendiri dan anak mereka juga. Jadi mari kita cuba sedaya upaya untuk bantu ingatkan dan galakkan pemimpin kita supaya buat sesuatu. Terima kasih. Syurga berkati tanah Afrika yang megah dan memeliharanya. (Terima kasih, Guru. Terima kasih atas jawapan Guru.)Soalan seterusnya adalah daripada En. Kossi Toussaint Adigbo. Beliau seorang peguam di Mahkamah Rayuan Lomé.Mr. Kossi Toussaint Adigbo: Saya berterima kasih kepada encik. Saya juga berterima kasih kpd Mahaguru Mahaguru, berdasarkan ajaran-Mu, saya rasa penyelesaian kepada pemanasan global adalah mengamalkan diet vegan. Saya ingin tahu, Mahaguru, apa kesan yang boleh ini berikan atau bagaimana sistem dapat dibaharui dengan mengamalkan diet vegan? Terima kasih.Master: Terima kasih dan halo, En. Adigbo. Terima kasih atas soalan yang sangat relevan ini. Saya ingin sekali, seperti encik, dan tak sabar-sabar hendak lihat hari kita semua menjadi vegan, iaitu sebelum terlambat.Apabila kita jalani kehidupan dengan diet vegan, kita hantar kenyataan yang kuat bahawa kita mahu hidup, jadi kita akan beroleh hidup dan perlindungan untuk meneruskan hidup kita. Jika kita menjadi vegan sebagai individu, kita dapat mengurangkan bencana yang jika tidak mungkin pengaruhi kita sendiri. Jika dunia menjadi vegan sebagai satu kumpulan, kita dapat mengurangkan bencana yg pengaruhi kita secara global. Ia akan dihindari atau diminimumkan dan tidak memudaratkan. Planet ini akan mula memulihkan diri dengan cara menghairankan yang akan ahli sains rasa terkejut.Contohnya, ais akan berhenti mencair dan kembali seperti dulu. Hidupan hijau akan muncul semula. Lautan akan pulih apabila hujan dan suhu mula melaras semula, hasilkan keseimbangan terpulih. Kita ada tenaga untuk mengubah segala-galanya. Kita ada kuasa untuk menentukan apa yang berlaku di sekeliling kita tetapi kita mesti gunakannya. Kita mesti gunakannya demi semua makhluk. Kita mesti gunakannya untuk manfaat setiap makhluk di planet ini. Pemikiran kita, perbuatan kita perlu menghantar mesej kepada tenaga alam semesta bahawa kita mahukan planet yang lebih baik, mahukan hidup yang lebih selamat, mahukan dunia yang diselamatkan. Maka tenaga alam semesta akan buat begitu.Tetapi kita perlu bertindak selaras dengan tenaga ini. Faham? Jika kita mahukan perkara baik, maka kita perlu berbuat baik. Jika kita mahu hidup, kita perlu biar hidup. Jadi tenaga baik yang kita wujudkan dapat melakukan ini dan lebih banyak keajaiban lagi. Suasana berbelas kasihan, penyayang yang kita sebagai seluruh dunia jana dapat dan akan melakukan lebih banyak keajaiban untuk kita. Saya tahu ini kedengaran sukar dipercayai tetapi ini mungkin. Ini suatu fakta. Kita cipta segalanya yang kita mahukan – jika kita hidup mengikut Hukum Alam Semesta.Begitulah kuasa hanya menjadi vegan kerana ini bermakna kita biar hidup, kita mahu hidup, mahukan tenaga konstruktif – kita tidak mahukan kemusnahan. Jadi vegan ialah penyelesaiannya. Ini sesuatu yang semua orang Afrika dan semua penduduk di dunia boleh lakukan. Menjadi vegan. Jadi penyelamat dunia. Terima kasih banyak-banyak atas soalanmu tentang dunia ini boleh menjadi macam mana. Dunia boleh menjadi apa yang kita buatnya jadi. Kita akan buatnya menjadi dunia vegan, dunia berbelas kasihan, dunia aman damai dan dunia yang diselamatkan. Terima kasih atas soalan encik. Terima kasih. (Terima kasih atas jawapan Guru yang menakjubkan.)Interviews1:(Selamat malam, puan.) Selamat malam, dan selamat malam kepada (Supreme Master) Television. (Bolehkah puan memperkenalkan diri?) Nama saya Vanessa Worou. Saya seorang penyanyi klasik Afro dari Togo.(Apakah pendapat puan tentang persidangan mengenai pemanasan global ini?) Saya rasa ini tujuan yang baik untuk diperjuangkan. Kali ini adalah semula jadi dan mengenai alam sekitar. Kita semua berminat. Jadi saya rasa semua orang perlu terlibat.(Selepas persidangan ini, adakah puan sendiri bermotivasi untuk menjadi vegan dan mempengaruhi orang di sekeliling untuk menjadi vegan?) Saya rasa satu langkah sudah diambil. Saya sudah makan makanan vegan dan seronok menikmatinya. Saya rasa, secara terus terang, ia memang sangat menarik. Ada kacang hijau, nasi, tiada daging, tetapi daging yang dibuat daripada kacang soya, saya diberitahu. Saya rasa ini memang menarik. Rasanya saya memang akan memikirkannya – merenungkan cara saya makan, diet saya. Rasanya saya akan menilai semula diri sendiri dan lihat apa yg boleh dibuat. (Terima kasih banyak-banyak.) Sama-sama, terima kasih.Saya akan mengucapkan halo besar kepada Guru Agung saya. Saya belum habis bernyanyi. Beliau beritahu saya, “Ia memang merdu.” Saya memang ingin nyanyikan lagu kecil untuk Beliau tetapi saya tak faham bahasa Cina. Tetapi saya percaya saya akan dapat. Terima kasih. (Terima kasih.)Interviews2:Selamat pagi. (Siapakah namamu?) Nama saya Malick Ayeva. Saya bertanggungjawab untuk promosikan Togo Cellulaire. (Apakah yang encik rasa tentang persidangan ini?) Sangat menarik, khususnya sangat banyak memberi maklumat.(Apakah pendapat encik tentang penyelesaian yang diberikan oleh persidangan ini, khususnya diet vegan untuk selamatkan planet ini, iaitu melawan pemanasan global?) Saya rasa analisisnya jelas dan relevan. Ia saintifik. Ia realistik dan relevan. Saya rasa kita perlu mempertimbangkan ini. Apa yang paling menarik minat saya ialah peranan ahli politik. Dalam jenis gerakan ini, dalam jenis komunikasi ini, selagi ahli politik tidak melibatkan diri, takkan berkesan. Kita sentiasa memerlukan pemimpin di belakang kita untuk mendorong, membantu meningkatkan kesedaran. Jadi saya memang rasa bahawa ahli politik perlu dibuat sedar sangat akan isu ini. Itu saja.(Selepas persidangan ini, bolehkah encik memutuskan untuk menjadi vegan dan pengaruhi orang di sekeliling untuk menjadi vegan?) Saya rasa kita akan lakukan langkah demi langkah. Hari ini, kita juga telah dibuat sedar akan isu ini. Kita akan lakukannya langkah demi langkah, secara beransur-ansur. Kemudian apabila kita lakukannya, kita akan buat orang di sekeliling kita sedar akannya tanpa sebarang masalah. (Terima kasih.) Terima kasih.Photo Caption: Bergantung pada Tuhan yang Menjaga Kita Dengan atau Tanpa Manusia