Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
(Di jalan spiritual anak murid Guru semasa mereka mengikut Guru… Semasa di jalan itu, Guru mainkan peranan yg sangat penting. Guru, selain mengajar mereka tentang Buddha, Tao dan prinsip spiritual, adakah Guru juga merekomenkan mana-mana buku atau kitab khusus untuk mereka baca? Boleh Guru bercakap tentang beberapa kitab yang penting?) Ini terpulang kepada mereka.Contohnya, banyak agama ada kitab yang sangat baik yang boleh kita kaji. (Ya.) Kadangkala mazhab atau agama lain juga ada kitab yang baik. Kita boleh menerokai itu juga. Saya tidak melarang anak murid saya membaca mana-mana buku. Contohnya, dalam agama Buddha, ada banyak kitab yang baik. (Ya.) Jika mereka memahaminya, mereka boleh baca. Jika mereka memahami Bible, mereka boleh baca. Tetapi biasanya mereka tak benar-benar memahaminya. Hanya selepas makrifat baru mereka lebih faham. Jika ada sesuatu yang mereka tak faham, mereka akan datang tanya saya. (Ya.)(Guru, bolehkah saya tanya satu soalan lagi? Orang sering mendakwa bahawa kaedah atau agama yang mereka percayai ialah Dharma sebenar dan yang lain adalah ‘di luar Tao’ (bidaah). Apakah pandangan Guru tentang bagaimana ‘di luar Tao’ (bidaah) harus didefinisikan?) Okey. ‘Tao’ bermaksud Kebenaran. (Ya.) Ia merujuk kepada Sifat Diri kita, Mahaguru kita sendiri. Jika kita belum berada di dalam-Nya, maka kita berada ‘di luar’. Apabila kita sudah berada di dalam-Nya, maka kita berada ‘di dalam’. (Di dalam Tao Guru?) Di dalam alam Sifat Diri kita sendiri di mana kita memahami diri sendiri. Pada masa itu, dikatakan bahawa kita berada di dalam dan bermakrifat. Jika kita belum menyedari siapa kita (Ya.) dan masih mencari-cari di luar, maka kita berada di luar Tao. Bukanlah agama ini menyeleweng atau orang itu ialah pembidaah. Sesiapa yang belum menyedari diri sendiri dan tidak berhubung dengan Tuhan atau Mahaguru sendiri adalah berada di luar Tao – tidak kira agama atau mazhab mana yang dipercayainya. Adakah kamu faham maksud saya? (Ya.) Itu ‘di luar Tao’.(Sekarang Guru ada banyak anak murid di Taiwan (Formosa) dan di seluruh dunia.) Saya memang ada sebilangannya. (Dalam kalangan anak murid Guru, berapa banyak berkeupayaan untuk selamatkan dan bebaskan makhluk hidup seperti Guru? Mampu mentransmisikan Tao dan membebaskan makhluk hidup.) Banyak daripada mereka dapat, sampai tahap tertentu. (Sampai tahap tertentu?) Ya, dengan cepat sekali. Tapi dah tentu, masih ada sedikit perbezaan. (Begitu ke?) Hanya berbeza sikit. Tetapi mereka semua ada keupayaan – jenis-jenis keupayaan yang berlainan. (Jenis-jenis yang berlainan.) Mereka semua dapat bantu orang lain faham, percaya dan ada keinginan untuk mencari diri sebenar itu. (Terima kasih, Guru. Terima kasih.) Sama-sama. Jika ada apa-apa yang tidak jelas, jangan malu-malu untuk tanya. Tak apa. Atau jika kamu tak bersetuju dengan apa-apa, kamu boleh katakannya.Adakah kamu nak tanyakan apa-apa? Bagaimana dengan orang lain? Kamu semua di sini utk berseronok, huh? Okey. Kamu boleh tanya jika mahu. Okey. (Edarkan mikrofon.)(Halo Guru.) Halo. (Saya nak tanya tentang frasa “Penderitaan ialah Bodhi.” Kita pernah dengar tentang ini.) Ya. (Tetapi penderitaan sangat menyakitkan dalam hati sementara Bodhi merujuk kepada kesedaran.) Ya. (Maka bagaimana dua ini boleh sama?) Saya dah jelaskan ini sebelumnya.Ia macam itu kerana orang tersalah menterjemah. Kadangkala ia tersalah diterjemahkan sebagai ‘penderitaan’ tetapi dalam bahasa Sanskrit, sebenarnya ia merujuk kepada ‘ilusi’. Maya. Maya bermaksud sesuatu yang tidak benar, bayang. Contohnya, kita boleh kelihatan berupa tertentu, tinggi dan besar, tetapi bayang kita boleh kelihatan herot-benyot, pendek, hitam dan leper. Ia daripada kita juga tetapi ia tidak benar – kita tak dapat sambarnya. Tanpa cahaya matahari, tanpa cahaya, bayang tidak wujud pun. Faham maksud saya? Sesetengah orang beri terlalu banyak perhatian kepada bayang itu dan gagal melihat Diri sebenar. Contohnya, katakan saya bersembunyi di belakang dan bayang saya di depan saya. Dia lihat bayang itu dan menilai saya berdasarkan itu – berkata hidung saya terlalu panjang atau kepala saya terlalu besar dan sebagainya, tetapi sebenarnya diri sebenar saya sangat bersimetri, sangat mengikut nisbah. Sama juga, apabila kita lihat dunia ini, ada kesusahan, penderitaan dan banyak perkara bodoh, dan kita ingat dunia adalah macam itu. Sebenar tidak. Sebenarnya dunia hanyalah bayang. Hidup sebenar, Alam sebenar, kita perlu lihat dgn kebijaksanaan kita. Kemudian kamu akan faham, “Oh! Jadi dunia ini juga datang daripada Dunia Sebenar.” Tetapi alam sebenar itu tak begitu menyakitkan seperti yang kita fikirkan. Pada masa itu, kita boleh kata “ilusi juga datang daripada Kebenaran” dan bukan “penderitaan ialah Bodhi”. Faham apa yang saya katakan?(Jadi ‘penderitaan bukanlah Bodhi (Makrifat)’?) Memang, juga. (Penderitaan ialah ilusi… sesuatu ilusi?) Tetapi itu juga bayang berilusi, bayang berilusi daripada Bodhi. Oleh sebab kita tak nampak Kebenaran, kita hanya nampak bayang, jadi kita berfikir, “Woah! Segalanya ialah penderitaan, penderitaan dan penderitaan.” Sebenarnya segalanya daripada Bodhi. Bodhi adalah benar dan cantik. (Jadi Bodhi ialah Kebijaksanaan yang dapat lihat bahawa sesuatu adalah palsu.) Ya.Dalam bahasa Sanskrit, itu ‘Bodhi’, bermaksud Makrifat, bermaksud ‘kesedaran’. Kita semua ada Bodhi itu, kuasa Makrifat. Selepas kita menjadi bermakrifat, selepas kita memperoleh bodhi, kita lihat penderitaan secara berbeza... kerana kita lihat dari sudut pandangan tuan rumah. Sebelumnya kita lihat dari sudut pandangan tetamu.(Maka jika kadangkala saya rasai penderitaan yang mendalam, kemudian tiba-tiba perasaan gembira datang – adakah itu makrifat juga? Adakah itu Bodhi juga? Atau adakah itu sejenis ilusi juga.) Bergantunglah – tak sentiasanya. (Tak sentiasanya. Macam mana saya boleh tahu?) Ya. Kamu harus lihat… Contohnya… Selepas makrifat, kegembiraan yang kamu rasai berkekalan dan sangat seimbang. Kegembiraan dari luar tak berapa sama – ia lebih cetek, tidak mendalam. Contohnya, seseorang sayangi kamu hari ini dan kamu gembira, tetapi jika esok dia marah dengan kamu, kamu tidak gembira lagi. Jenis kegembiraan itu sangat tidak stabil dan sangat banyak bergantung kepada faktor luaran untuk wujud. Bagi orang bermakrifat, kadangkala dunia tidak stabil, dunia di luar kacau-bilau, kadangkala orang lain tidak perlakukan kita dengan baik tetapi kita masih seimbang dan ceria. Faham maksud saya? (Terima kasih.) Tetapi kamu akan masih mengenalnya. Jika seseorang perlakukan kamu dengan buruk hari ini, mungkin kamu rasa kurang senang sikit dengan situasi itu dan berkata, “Ah! Situasi saya tidak baik hari ini. Ia lebih baik semalam.” Tetapi itu takkan pengaruhi kegembiraanmu di dalam yang mendalam dan stabil. Faham maksud saya? Pada masa itu, kamu tahu bahawa kegembiraan selepas makrifat bukanlah kegembiraan biasa. Okey? (Terima kasih.) Sama-sama. (Guru, saya nak tanya sesuatu lagi, walaupun Guru dah jawab begitu banyak...) Nampaknya mikrofonmu tidak dibuka. (Saya tutupnya tadi.) Okey, cakaplah.(Apakah kaedah utama yang Guru transmisikan kepada anak murid? Maksud saya…) Faham. (Kaedah Guru… Bolehkah Guru ringkaskan Kaedah Guru dalam hanya beberapa ayat ringkas?) Okey. Saya faham. Segalanya yg saya katakan dgn kata-kata hanyalah teori saja. Apabila saya perkenalkan benda sebenar kepada kamu… Contohnya, saya beritahu kamu bahawa saya ada biskut vegan di rumah, biskut British yang paling lazat, sangat manis, wangi dan sebagainya. Itu hanyalah teori dan pengenalan saja. Biskut sebenar ada di rumah. Apabila akhirnya kamu makannya, tak perlu jelaskan lagi. Jadi apa yang saya katakan hanyalah teori dan pengenalan saja. Setelah kamu menerima dan mahukannya saya tak perlu katakan apa-apa pun. Apabila saya berhenti bercakap, kamu hanya duduk di sana secara senyap dan mendapat makrifat. Bagaimana kita dapat beritahu jika kita bermakrifat? Dalam bahasa Cina, huruf bagi ‘makrifat’ ditulis dengan gunakan huruf untuk ‘Matahari’ dan ‘Bulan’, kan? Ini bermakna cahaya atau kecerahan. Itu ialah ‘makrifat’. Bukankah begitu? Huruf itu terdiri daripada Bulan dan Matahari, menandakan ada cahaya. Sama juga, dalam bahasa Inggeris, macam itu juga. ‘Makrifat’ bermakna ada cahaya. Oleh itu, apabila bermakrifat, kamu akan nampak Cahaya (Syurga dalaman). Ini suatu tanda. Faham maksud saya? Seperti apabila kamu berkahwin, suamimu akan berikan cincin kepada kamu. Cincin itu bukanlah perkahwinan itu sendiri tetapi merupakan lambang kamu dah kahwin dan dia cintai kamu.Jadi kamu akan nampak Cahaya (Syurga dalaman) yang merupakan Sifat Diri kita sendiri, Kuasa Mahaguru – mula berfungsi. Kamu juga akan dengar Bunyi (Syurga dalaman). Bunyi ini tidak seperti bunyi bahasa pertuturan kita. Itu Bunyi Buddha – Suara Tuhan – cara Dia berkomunikasi dengan kita, bahasa sangat istimewa seperti muzik yang akan buat kita rasa semakin selesa, buat kita menjadi lebih bijak, lebih penyayang, dan beri kejelasan yang lebih besar kepada kita tentang hidup.(Bolehkah saya tanya Guru, dalam sesetengah agama yang lain seperti I-Kuan Tao di Taiwan (Formosa) yang juga mengajar orang untuk bermeditasi – melalui meditasi mereka juga nampak cahaya – sesetengah pengikut berkata bahawa mereka terdengar bunyi juga.) Okey. (Selepas nampak cahaya, mereka tak benar-benar memperoleh makrifat. Sesetengah daripada mereka terasa mereka belum menjadi bermakrifat.) Faham. (Jadi adakah makrifat sesuatu yang sangat abstrak atau apa?) Faham. Ada banyak jenis cahaya. Sesetengahnya rendah dan sesetengahnya tinggi. Seperti semasa kita pergi ke sekolah, ada sekolah rendah dan sekolah menengah. Di sekolah rendah, ada darjah satu, darjah dua, tahun satu, tahun dua. Sama juga dengan kolej. Jadi cahaya biasa, cahaya yang sangat mudah adalah seperti cahaya dari Peringkat Pertama. Contohnya, cahaya Peringkat Pertama senang dilihat. Kadangkala semasa tidur, kamu dapat lihatnya juga. Namun begitu, kamu tetap perlukan banyak pengembangan dan bimbingan Guru untuk mengetahui jenis cahaya mana benar-benar lebih tinggi dan lebih baik, bagaimana memelihara cahaya ini dan bagaimana meningkat maju ke peringkat yang lebih tinggi. Jika tidak, mungkin kamu hanya nampak cahaya sekilas tetapi mungkin gagal mengekalkan disiplin moral dan fikiranmu mungkin tidak cukup bersih. Tiada sesiapa yang membimbing kamu tentang cara mengembangkannya. Sebab itulah saya juga mengajar mereka supaya mematuhi rukun, mengamalkan diet vegan, rajin bermeditasi dan berbuat baik. Semua amalan ini bersama-sama membantu kita mengembangkan Sifat Diri agung kita. Kemudian beransur-ansur kita akan sedar bahawa nampak sedikit cahaya saja adalah tidak cukup baik.(Okey. Guru baru bercakap tentang berbuat baik, mematuhi rukun dan amalkan diet vegan.) Ya. (Tadi Guru berkata bahawa nampak Cahaya (Syurga dalaman) bermakna makrifat. Umumnya, bagi anak murid Guru, apakah sebenarnya yang mereka sedari apabila mereka mendapat makrifat? Apakah makrifat mereka?) Okey, saya dah jelaskan ini sebelumnya. Apabila kamu menjadi bermakrifat, katakan kamu tak pernah lihat sebarang Cahaya, tak pernah mengetahui apa-apa pun atau tak pernah benar-benar percaya juga, tiada apa-apa pun sama sekali – tiada pengalaman, tiada meditasi, apa-apa pun, tetapi selepas belajar dengan saya, kamu akan alami pengalaman dalaman dengan serta-merta. Sesetengah orang perlu bermeditasi untuk masa yang panjang baru nampak Cahaya (Syurga dalaman), tetapi jika kamu ikut saya, kamu dapat segera nampaknya. Sebab itulah ia dipanggil ‘Makrifat Semerta’. Pengalaman makrifat pertama itu hanyalah permulaannya. Itu hanya hari pertama. Selepas itu, saya ajar kamu bagaimana terus mengembangkan makrifat itu, menerokainya dengan lebih lanjut dan semakin banyak mengenali Dirimu. Itu bukan hanya satu kali saja. Itu seperti belajar bahasa Inggeris, ada banyak untuk dipelajari. Jika kamu hanya boleh berkata ‘Apa khabar?’, itu tetap dikira sebagai bahasa Inggeris. Ini bermakna kamu tahu akan sedikit bahasa Inggeris. Tetapi adakah cukup?(Boleh Guru gambarkan dengan kata-kata yang paling mudah tentang makrifat hari ke hari Guru – apa jenis Kebenaran yang telah Guru sedari? Boleh Guru beri bayangan kepada kami?) Di manakah saya, kan? Saya dalam keadaan tak terhingga. (Keadaan tak terhingga?) Ya. Namun begitu, gunakan bahasa manusia untuk gambarkannya adalah membosankan. Memang sukar untuk gambarkannya. Ia tak terhingga dan tak terbatas tetapi ia juga tidak tak terhingga dan tak terbatas. Oleh sebab pada asalnya kita ada segala-galanya, jadi berapa banyak kita nak gunakan, begitu banyak keluar. Jika kamu tidak gunakannya, ia hanya kekal dorman. Jadi kamu tak boleh berkata bahawa kamu tiada keadaan tak terhingga dan tak terbatas. Kamu memang ada, cuma oleh sebab kamu tidak gunakannya, maka kamu lupa akannya. Jadi jika ada seorang Guru yang mengajar kamu cara menggunakan kebijaksanaanmu, maka kamu akan rasa, “Oh, saya memang adanya!” Saya datang bukan untuk berikan makrifat kepada kamu. Saya datang untuk membimbing kamu cara untuk menemui semula bahagian Dirimu yang terang dan megah itu. Kamu faham tak apa yang saya katakan? Saya tak dapat berikan apa-apa kpd kamu kerana kamu dah ada segala-galanya. Kamu hanya tak tahu bagaimana menuntutnya balik. Kamu terlalu sibuk, sibuk menulis sesuatu, sibuk mencari duit, sibuk mengejar teman lelaki dan teman wanita, sibuk dengan segala jenis perkara, kemudian lupa akan Khazanah terbesarmu di dalam. Sesuatu macam itu. Okey?Photo Caption: Bulan di Rumah Lama Kita Bulan yang Akan Datang ke Sini Kedua-duanya Pun Bukan dari Rumah Sebenar Kita