Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Sudah tentu, pasti. Bukanlah meditasi yang melindungi kamu. Kebangkitan kuasamu sendiri di dalam dirimulah yang akan melindungi kamu. Mengetahui bhw kamu ialah Tuhanlah yang akan melindungi kamu.
“Satu-satunya Penyelesaian kepada Sebarang Masalah” Sesi Soal Jawab “Berkenaan dgn peperangan di Kosovo, bagaimana kita boleh bantu saudara-saudara kita? “Ada banyak cara kamu boleh bantu. Jika kamu percaya bahawa satu pihak adalah jahat, kamu boleh sertai pihak lain dan bunuh mereka. Kemudian saudara lelaki dan perempuan atau anak mereka akan datang bunuh saudara lelaki dan perempuan kamu. Anak lelaki mereka akan bunuh anakmu dan sebagainya. Satu lagi cara untuk membantu adalah lihat sesiapa yang menderita, contohnya pelarian, dan menyumbangkan wang untuk bantu kehidupan mereka jadi lebih baik. Kami buat begitu. Kami tidak sertai mana-mana pihak dan tidak bunuh sesiapa pun. Kami hanya membantu apabila situasi sudah sangat buruk dan hanya buatnya menjadi lebih baik sikit jika boleh. Cara terbaik untuk membantu adalah membuat dirimu menjadi bermakrifat. Jika tidak, mungkin giliranmu seterusnya. Setelah kamu menjadi bermakrifat, jika kamu ada saudara-mara dan kawan, kamu malah boleh berdoa untuk mereka dengan lebih baik kerana kamu boleh beritahu Tuhan apa yang kamu mahukan. Tuhan juga tahu apa yg kamu mahukan tetapi kamu tidak mengenali Tuhan. Kamu tidak tahu apa yg Tuhan hendaki. Itu masalahnya. Sebab itulah banyak doa tidak terkabul. Tuhan jawab tetapi kita tidak dengar kerana Tuhan berfirman dengan bahasa yang halus. Kita perlu bersenyap baru dapat menerimanya. Kita panggil ini meditasi, tafakur atau doa senyap. Tetapi kita perlu buka hubungan kita dengan Tuhan dulu. Kita perlu pasang balik palamnya, sambung semula telefon. Maka kita dapat bercakap dengan Dia dan dapat menerima jawapannya. Sekrg Tuhan beritahu kita supaya buat satu perkara tetapi kita buat perkara lain kerana kita tidak berhubung. Itu masalahnya di dunia ini. Jika orang yang berperang di Yugoslavia dapat berhubung dgn Tuhan secara langsung, mereka tidak akan mulakan peperangan. Tuhan tidak akan perintahkan mereka supaya berbuat demikian. Oleh sebab ia telah bermula, ia perlu berterusan hingga sesuatu masa. Sama seperti apabila enjin kereta telah dihidupkan dan ia menuruni bukit, ia perlu bergerak di laluannya, kemudian ia akan berhenti. Kita boleh membantu dengan berikan fikiran penuh kasih sayang dan kuasa kasih sayang tetapi doa kita mestilah berkuasa. Buat masa ini, doa kita tidak berkuasa kerana kita tidak berhubung dengan kuasa di dalam. Sebab itulah Nabi Isa tidak membuang masa-Nya cuba pergi ke sana sini untuk hentikan sebarang peperangan. Buddha tidak pergi ke sana sini, cuba wujudkan perdamaian antara negara. Mereka sibuk mengajar orang untuk mendapat makrifat kerana mereka tahu bahawa itu satu-satunya penyelesaian kepada sebarang masalah di planet ini dan mana-mana planet yang lain di alam semesta. Kita boleh bantu melalui doa yang ikhlas tetapi kita mestilah bermakrifat. Kita mestilah berhubung dengan kuasa Tuhan ini dulu. Maka apa-apa yang kita fikirkan akan menjadi kenyataan, apa-apa yang kita mahukan akan menjadi kenyataan. Buat masa ini, kita mahukan sesuatu tetapi kita tiada apa-apa pun untuk menyokongnya. Sama seperti kita ingin beli pakaian atau beli kasut tetapi tidak mempunyai wang di dalam bank. Ada wang di dalam bank dulu, maka apa-apa yang lain yang kita mahukan, kita boleh beli. (Tepuk tangan) Terima kasih.” Adakah Guru seorang Santo? “Apa yang kamu rasa? Adakah saya kelihatan seperti Santo bagi kamu? Saya tidak? Syukurlah! Jika saya kelihatan seperti Santo, saya akan alami lagi banyak kesusahan. Saya dah alami cukup banyak kesusahan tanpa kelihatan seperti Santo. Adalah tidak penting saya ialah Santo atau tidak. Adalah penting kamu akan menjadi Santo. (Tepuk tangan) Saya jamin bahawa kamu akan menjadi Santo jika saya mengajar kamu. Dengan nama Tuhan, saya janji. (Tepuk tangan)” “Perlindungan Datang Bersama dengan Kesedaran” Sesi Soal Jawab Bolehkah meditasi yang Guru tawarkan melindungi saya atau sesiapa sahaja daripada terpengaruh oleh kuasa negatif dari luar atau dalam diri kita? “Sudah tentu, pasti. Bukanlah meditasi yang melindungi kamu. Kebangkitan kuasamu sendiri di dalam dirimulah yang akan melindungi kamu. Mengetahui bhw kamu ialah Tuhanlah yang akan melindungi kamu. Bible nyatakan bahawa Tuhan tinggal di dalam dirimu. Saya hanya akan tunjukkan kepada kamu cara mencari Tuhan itu, kemudian Dia akan lindungi kamu. Meditasi hanyalah bermakna kamu menenangkan diri supaya dapat berkomunikasi dengan Tuhan di dalam dirimu. Lagi banyak kamu mengenali Tuhan itu lagi banyak kamu rasa selamat, dikasihi dan dilindungi. Ahli keluarga dan kawan kamu pun, orang yang telah meninggal dunia seratus tahun dahulu yang kamu tidak kenali pun akan dilindungi. Lima generasi di belakang kamu juga dilindungi dan dinaikkan ke Syurga disebabkan oleh kuasa kesedaranmu. Guru Ching Hai yang dikasihi, diketahui ramai bahawa pada Ogos 1999 akan terdapat bencana besar di dunia. Adakah itu bencana dalam hati manusia atau di dunia baharu? “Dunia ini dah lama, mengapa baharu? (Guru dan audiens ketawa) Bencana sentiasa berlaku. Jangan tunggu hingga Ogos 1999. Jika kita keluar dan tidak memandu dengan berhati-hati, kita alami kemalangan. Bencana sudah wujud untuk kita. Apa gunanya jika dunia masih wujud tetapi kita sendiri alami bencana? Jangan tunggu bencana dunia. Lindungi dirimu hari ini juga. Jangan minta saya ramalkan masa depan kerana tiada masa depan yang tetap untuk manusia atau mana-mana makhluk. Jika benar-benar ada sebarang jenis masa depan yang tetap, maka Nabi Isa tidak dapat buat apa-apa pun. Buddha tidak perlu datang dan kita tidak perlu bermeditasi. Kita tidak perlu berdoa pun. Apa gunanya, kan? Kuasa negatif mahu kamu percaya bahawa akan ada bencana ini dan itu dan yang lain. Saya mahu kamu tahu bahawa Rahmat Tuhan lebih besar daripada sebarang kuasa negatif, sebarang bencana atau sebarang ramalan. Kita perlu berhubung dengan Rahmat Tuhan ini, kemudian kita dilindungi. (Tepuk tangan) Terima kasih.” ‘Hubungan Langsung dengan Tuhan – Cara Mengecap Keamanan’ boleh dimuat turun secara percuma di SMCHBooks.com dan telah diterbitkan dalam bahasa Inggeris dan Âu Lạc (Vietnam).