“Pengamal yang berhasrat untuk memasuki keadaan Samadhi harus mematuhi peraturan hidup suci dulu untuk menghapuskan nafsu dalam minda DENGAN HINDARKAN DIRI DARIPADA DAGING DAN ARAK... Ananda, jika mereka tidak hindarkan diri daripada hawa nafsu dan pembunuhan, mereka tidak akan terlepas dari tiga alam RENDAH.” Samadhi bermaksud perhubungan suci. ~ Kitab Surangama“Pada masa itu, Bodhisattva-Mahasattva Arya Mahamati berkata kepada Buddha, ‘Orang Sanjungan Dunia, saya lihat di semua alam, KEADAAN MERAYAU DALAM KELAHIRAN DAN KEMATIAN, PERASAAN MARAH DAN KEJATUHAN KE DALAM JALAN BURUK, SEMUANYA DISEBABKAN OLEH PEMAKANAN DAGING DAN PEMBUNUHAN BERKITAR. Kelakuan itu menambahkan ketamakan dan kemarahan, dan BUAT MAKHLUK HIDUP TIDAK DAPAT TERLEPAS DARIPADA PENDERITAAN.’” ~ Kitab Lankavatara“Orang Sanjungan Dunia, ORANG YANG MAKAN DAGING MEMUSNAHKAN BENIH BELAS KASIHAN BESAR mereka sendiri, jadi ORANG YANG MENGAMALKAN JALAN SUCI TIDAK HARUS MAKAN DAGING.” ~ Kitab Lankavatara“Buddha beritahu Mahamati: ‘PEMAKANAN DAGING ADA KESALAHAN YANG TAK TERKIRA. Semua Bodhisattva harus mengembangkan kemurahan dan belas kasihan besar, jadi mereka tidak harus makan daging.’” Bodhisattva bermaksud pengamal spiritual. ~ Kitab Lankavatara“Mereka yang meninggalkan rasa daging dapat merasai rasa Dharma sebenar, benar-benar mengamalkan kaedah Bodhisattva dan mencapai Anuttara-Samyak-Sambodhi dengan cepat.” Dharma bermaksud ajaran sebenar. Bodhisattva bermaksud pengamal spiritual. Anuttara-Samyak-Sambodhi bermaksud makrifat sempurna tertinggi. ~ Kitab Lankavatara“Makhluk hidup lahir semula di enam jalan*. Bersama dalam kelahiran dan kematian, mereka saling melahirkan dan memelihara, dan berkitar menjadi bapa, ibu, saudara lelaki dan saudara perempuan sesama mereka... Mereka juga boleh dilahirkan di jalan lain (binatang, hantu, dewa dan sebagainya); sama ada mulia atau jahat, mereka sering menjadi saudara-mara sesama mereka. Disebabkan oleh hubungan ini, saya lihat SEMUA DAGING YANG DIMAKAN OLEH ORANG IALAH DAGING SAUDARA MEREKA SENDIRI.” (*Enam jalan: dewa, manusia, asura, binatang, hantu lapar, makhluk neraka) ~ Kitab Lankavatara“Jika mana-mana anak murid saya masih makan daging, tahulah bahawa dia salah satu daripada keturunan candela. DIA BUKAN ANAK MURID SAYA dan saya bukan gurunya. Oleh itu, Mahamati, jika sesiapa berhasrat untuk menjadi saudara saya, DIA TIDAK HARUS MAKAN DAGING.” Candela bermaksud pembunuh. Candela bermaksud pembunuh. ~ Kitab Lankavatara“SEMUA DAGING ADALAH DARIPADA BANGKAI KOTOR yang merupakan gabungan nanah, darah, kotoran, bindu merah, bindu putih ibu bapa. Oleh itu, tahu akan KEKOTORAN DAGING, BODHISATTVA TIDAK HARUS MAKAN DAGING.” Bodhisattva bermaksud pengamal spiritual. Bindu bermaksud titisan cerah. ~ Kitab Lankavatara“Semua daging adalah seperti mayat manusia... daging yang telah dimasak adalah busuk dan kotor seperti mayat yang telah dibakar, jadi mana boleh kita makan benda sebegini?” ~ Kitab Lankavatara“Pemakanan daging boleh menambahkan nafsu, pemakan daging adalah tamak... Bagi naluri melindungi dan menghargai nyawa, tiada perbezaan antara manusia dan haiwan... Setiap makhluk hidup, dia sendiri takut mati, mana boleh dia makan daging makhluk lain?... Sesiapa yang ingin makan daging harus tahu akan kesakitan mengerat badan sendiri dulu, kemudian tahu akan kesakitan semua makhluk hidup, kemudian HENTIKAN PEMAKANAN DAGING.” ~ Kitab Lankavatara“Akan ada orang jahil yang berkata rukun Buddha membenarkan pemakanan daging. Disebabkan oleh tabiat makan daging. Mereka berkata begitu mengikut pandangan sendiri. Tetapi sebenarnya BUDDHA DAN ORANG SUCI TIDAK PERNAH KATA BAHAWA DAGING IALAH MAKANAN.” ~ Kitab Lankavatara“Pemakan daging ada begitu banyak kesalahan yang tak terkira, jadi ORANG VEGAN ADA BANYAK PAHALA DAN SIFAT BAIK TAK TERKIRA.” ~ Kitab Lankavatara“Jika tiada orang makan daging, maka tiada orang bunuh makhluk hidup untuk dijadikan makanan... Penyembelihan adalah untuk pembeli; jadi membeli adalah sama dengan menyembelih. Oleh itu, PEMAKANAN DAGING BOLEH MENGHALANG JALAN SUCI.” ~ Kitab Lankavatara“Sentiasanya, semua jenis daging tidak boleh dimakan, tanpa kekecualian. Mahamati, saya larang pemakanan daging bukan untuk satu masa sahaja, maksud saya PADA MASA SEKARANG DAN MASA DEPAN, PEMAKANAN DAGING DILARANG.” ~ Kitab Lankavatara“Seorang anak murid Buddha TIDAK BOLEH SENGAJA MAKAN DAGING. Dia tidak harus makan daging mana-mana makhluk. Pemakan daging kehilangan benih Belas Kasihan Besar, memutuskan benih Sifat Buddha dan menyebabkan makhluk (haiwan dan transendental) mengelakkannya. Mereka yang buat begitu telah melakukan kesalahan yang tak terkira.” ~ Kitab BrahmajalaDan sebagainya...
Jadi mana boleh sesiapa berkata dia ialah Buddha tetapi tidak amalkan asas ajaran Buddha. Terlalu ketara, tak perlu bincangkan atau pertahankannya dengan silap! Jadi bijaklah sikit, jangan ikut syaitan.Banyak agama nyatakan bahawa jika anda selamatkan satu orang-haiwan, itu makhluk hidup, itu lebih baik daripada lafazkan banyak ajaran dan/atau bina banyak tokong. Tapi dah tentu, bukanlah hanya membina dan melafaz. Hati anda perlu tertumpu. Anda perlu benar-benar ikhlas semasa melafaz, bertumpu semasa membina dan bertaubat dalam hati. Bertaubat dengan rendah diri dan percaya bahawa anda membuat kerja baik. Demi memberi hormat kepada Santo, Orang Suci, Buddha, demi mengingati Tuhan, anda membina tokong, membina gereja, bukan hanya untuk orang lain tahu dan bubuh nama anda pada batu bersurat memorial di tokong atau gereja supaya orang tahu bahawa anda hebat, bahawa anda kaya, bahawa anda murah hati dan buat tawaran besar kepada Tuhan, Santo dan Buddha. Bukanlah perbuatan luaran yang penting. Yang penting adalah di dalam, dalam hati anda, dalam fikiran anda – sama ada anda ikhlas atau tidak.Photo Caption: Impikan Musim Bunga Abadi? Ia Ada di dalam Diri Anda!Rasa Terima Kasih Raja Keamanan dan Raja Kemenangan, Bahagian 5 daripada 11
2025-09-28
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Bukan semua orang yang kelihatan seperti manusia ialah manusia. Sesetengah daripada mereka ialah Santo dan Orang Suci, dan sesetengah daripada mereka ialah syaitan atau hantu yang merasuk badan manusia untuk membuat perkara yang tidak baik.Sesetengahnya juga meminjam badan, membuat perkara baik dan menjadi pengamal agama-agama yang berlainan untuk berkati orang. Tetapi tanpa Kaedah Quan Yin, tanpa Guru Tinggi Sebenar, roh mrk tak boleh mendapat pembebasan Contohnya, seperti pemimpin spiritual tertinggi dalam tradisi agama Buddha Tibet ialah Yang Suci Dalai Lama tetapi beliau perlu lahir semula secara berulangan, sangat meletihkan. Jadi kadangkala meskipun Lama tertinggi ingin berehat, namun mereka tak dapat. Mereka perlukan Guru sebenar yang datang dari Syurga setinggi mungkin, sekurang-kurangnya Syurga Kelima, untuk mengajar mereka, menyampaikan kepada mereka tenaga yang kita panggil Kaedah Quan Yin dalam kumpulan amalan spiritual kita.Banyak drpd anda sentiasa tanya saya, “Mengapa kita tidak wujudkan satu agama daripadanya?” Saya tak tahu sama ada ini membantu. Kadangkala saya memikirkannya tetapi saya rasa kita dah ada terlalu banyak agama, mengapa wujudkan satu lagi? Tetapi betul kata-kata anda, mungkin itu dapat bantu mengurangkan birokrasi yang menyusahkan, pengintipan atau fitnah. Tetapi saya tak benar-benar rasa pasti dengan itu. Karma berubah-ubah, kerajaan berubah-ubah, keadaan berubah-ubah sepanjang masa, sukar nak ikut!Buddha pun tidak menubuhkan agama Buddha. Ia wujud selepas Nirvana-Nya. Tetapi pada masa itu, ketika Buddha masih hidup, banyak orang juga menentang, memfitnah atau salah tuduh Baginda, segala jenis tentangan. Seperti mereka malah menuduh Buddha membuat wanita hamil sehingga hufa (pengawal) Buddha memeriksa dia, tanggalkan pakaiannya, kemudian kayu terkeluar sebaliknya. Dia tidak hamil sama sekali. Dia diupah, dibayar untuk pergi ke tempat Buddha hanya untuk merosakkan reputasi-Nya, untuk memfitnah-Nya di khalayak ramai, berharap anak murid Buddha akan lari dari Baginda, memfitnah Baginda dan membuat perkara buruk menjadi semakin besar. Nasib baik pada zaman Buddha, kita tiada internet, tiada televisyen. Tetapi mereka memang ada akhbar berkaki dua dan ‘rangkaian’ yang terbentuk oleh gosip berkumpulan! Agaknya di sesetengah kawasan, mereka adanya tetapi tak begitu besar dan meluas seperti akhbar hari ini. Jadi Buddha menderita sampai tahap tertentu tetapi tidak sebanyak jika Baginda dilahirkan atau hidup dalam hayat ini.Secara sampingan, bercakap tentang Buddha. Saya dah kata bahawa hari ini begitu banyak kononnya buddha pergi ke sana sini. Tetapi jika anda dengar sesiapa mendakwa diri, atau biarkan anak murid atau pengikutnya mendakwa dia sebagai Buddha dan membuat patung dirinya seperti Buddha, atau bercakap besar tentang apa-apa saja dan berkata bahawa dia ialah Buddha, maka jangan percayainya, tolonglah.Seorang guru Qigong beritahu wartawan bahawa dia makan apa-apa saja, makan daging orang-haiwan juga kerana orang-haiwan itu harus mati pada hari itu, pada masa itu, jadi tak mengapa. Mungkin begitu. Mungkin masa orang-haiwan itu sudah tamat dan dia mati pada hari itu, tetapi cara dia dibunuh, dibunuh di satu sudut dunia yang sunyi dan gelap, tiada sesiapa pun yang kasihani dia, dan dia jalani kehidupan dalam penderitaan, dalam seksaan. Dia juga mati dalam penderitaan, kesakitan dan seksaan macam itu. Jika anda makan jenis daging itu, anda akan diingatkan tentang bagaimana orang-haiwan itu jalani kehidupannya – dalam kesakitan, kesedihan, penderitaan, kegelapan – dan juga mati dalam kesakitan, kesedihan, seksaan, dalam penderitaan yang amat besar. Maka saya tak tahu bagaimana anda menelannya. Itu soalnya. Itu bukan soal orang-haiwan yang mati dalam penderitaan, kesakitan dan sebagainya. Itu soal anda. Di manakah belas kasihan anda? Bgmn anda boleh begitu tidak peka?Saya tahu saya menyinggung perasaan guru ini. Adalah sangat baik dia mengajar orang membuat tarian yang indah dan pergerakan untuk mengurangkan kerisauan mereka. Apa-apa yang anda amalkan, jika anda bertumpu padanya, ia akan membantu anda menjadi relaks dan berfikiran lebih jelas. Saya tak ingat mereka memanggil diri sebagai apa. Oh! Pháp Luân Công. Pháp Luân Đại Pháp. Guru itu mengajar pengikutnya sebaik yang dia tahu. Itu sangat patut dipuji, cuma jika anda makan daging orang-haiwan dan galakkan orang lain supaya makan daging dan anda juga menutup jenis orang-haiwan yang dibunuh itu, dan pemakanan daging, saya tak rasa betul mendakwa diri anda sebagai Buddha! Seglanya yang lain yang diajarkannya mungkin betul, apa yang dia tahu. Tetapi jika anda galakkan orang supaya mengikut jalan bunuh karma bunuh, maka anda takkan berkesudahan baik dengan Syurga dan neraka. Ada begitu banyak ajaran Buddha yang tidak galakkan pemakanan daging (orang-haiwan) dan galakkan orang supaya bermurah hati terhadap orang-haiwan.Buddha berkata bahawa “Jika kamu makan daging, kamu bukan anak murid saya.” Kitab Surangama dan banyak kitab yang lain juga nyatakan dengan jelas sekali tentang TIDAK MAKAN DAGING. Buddha sebut secara berulang kali bahawa semua makhluk ialah saudara-mara kita, jadi adakah anda makan datuk atau ibu anda yang telah meninggal dengan diet daging?? Jika anda makan daging orang-haiwan, anda akan pergi ke neraka, maksimum anda akan menjadi raja syaitan.