Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Biksu Costa Rica, Bahagian 2 daripada 7

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Q: Biar saya beritahu kalian bagaimana saya diinisiasi oleh Guru. Pada 6 April tahun lalu – saya masih ingat dengan jelas kerana itu hari yang begitu tak dapat dilupakan. Pada masa itu, saya masih bekerja sebagai wartawan untuk sebuah akhbar. Pada malam sebelumnya, ketika dlm perjalanan pulang ke rumah, saya ternampak sekeping poster. Itu poster Guru. Apabila saya nampaknya, saya rasa amat tersentuh dan terketar-ketar sehingga saya membuat keputusan: tidak kira berapa sibuknya saya dgn kerja saya mesti hadiri khutbah-Nya. Pd masa itu, saya memang sangat sibuk, bergegas untuk menepati tarikh akhir setiap hari tetapi saya memutuskan dengan tegas, “Saya harus hadiri khutbah ini sekurangnya satu kali.” Jadi pada 6 hb, saya pergi ke tempat khutbah Guru. Saya tiba lewat sikit pada hari itu dan tempat itu sudah penuh sesak dengan orang. Saya duduk di atas salah satu bangku tambahan yang diletakkan di tepi. Duduk di situ, saya tidak rasai apa-apa pada mulanya. Kemudiannya saya tidak sedar bahawa Guru telah masuk ke dalam. Saya hanya terdengar orang di sekeliling berseru, “Oh, Guru Dharma telah datang!”

Sebaik saja Guru masuk ke dlm dewan, belum sampai ke pentas pun – ketika Beliau hanya di separuh jalan – saya tiba-tiba menangis. Saya amat tersentuh. Itu tak terperikan. Pada saat itu, saya terasa, “Akhirnya saya telah temui Guru!” Perasaan itu timbul dengan serta-merta. Selepas Guru naik ke atas pentas, sepanjang khutbah malam itu, saya penuh dengan rasa kagum kerana saya bersifat sangat kritis, jenis intelektual yang persoalkan dan mengkritik segalanya tetapi dengan setiap ayat yang dikatakan oleh Guru, setiap soalan yang dijawab-Nya, saya tidak temui apa-apa yang boleh saya cabar. Pada masa itu, hampir semua keraguan yang saya bawa selama bertahun-tahun hilang. Sangat ganjil, satu demi satu, semua soalan saya dihapuskan. Oh, saya berasa senang sepenuhnya! Jadi saya memutuskan untuk hadiri khutbah sekali lagi pd keesokan harinya.

Pada hari kedua, perkara yang lagi sukar dipercayai berlaku. Saya pergi lebih awal kali ini untuk mendapatkan tempat duduk, takut akan tiada yang tertinggal. Selepas dapatkan tempat duduk, saya pergi makan malam di restoran bufet. Pada masa itu, saya belum lagi vegan, jadi saya memesan beberapa masakan sayur dan juga satu masakan saderi saute dengan orang-sotong – itu satu-satunya masakan bukan vegan. Jadi saya terus makan – masakan sayur pertama, kedua dan ketiga. Selepas semua masakan vegan dah habis, saya beralih untuk makan saderi saute dengan orang-sotong. Saya makan saderi dulu, kemudian teruskan untuk makan orang-sotong. Tetapi potongan pertama yang saya gigit – saya tak dapat terus makan lagi. Mulai hari itu, pada 7 April, saya menjadi vegan secara rasmi kerana saya tak dapat makan daging (orang-haiwan) lagi.

Kemudian pada hari ketiga, saya bawa bersama seluruh kumpulan kawan untuk dengar khutbah. Sekali lagi, banyak perkara penuh misteri berlaku. Contohnya, seorang kawan, lepas masuk ke dlm tempat itu, sentiasa menyusun sepuluh jari, menyembah secara berulang kali tanpa berhenti. Selepas itu apabila kami pergi beli-belah, sesuatu yang ganjil berlaku – pada bila-bila dia melalui kedai yang menjual masakan daging (orang haiwan) seperti kedai mi daging lembu, tangannya diturunkan secara automatik. Kemudian selepas berlalu, tangannya akan terangkat semula dalam posisi doa. Banyak daripada jenis gerak balas spiritual itu berlaku. Selepas khutbah hari ketiga, diumumkan bahawa inisiasi akan diadakan pada keesokan harinya.

Beberapa hari ini, beberapa orang Cina luar negeri sering bersembang dengan kami. Sesetengah daripada mereka sebut tentang kesulitan mereka. Mereka ingin sekali menerima inisiasi tetapi khuatir mungkin tak dapat mengekalkan diet vegan dan sama ada diet vegan tulen cukup berkhasiat. Saya akan beritahu kalian secara terus terang: diet vegan memang cukup berkhasiat. Lihatlah kami – setiap daripada kami sihat. Itu dah pun bukti yang mencukupi. Adakah mengamalkan diet vegan sukar? Saya rasa banyak perkara dalam kehidupan adalah sukar. Ini bergantung kepada sama ada kita sanggup memilih dan melakukannya. Contohnya, sebagai seorang wartawan, saya perlu bergegas ke sana sini setiap hari dan bersosial dengan banyak orang. Tetapi setelah kita membuat keputusan, kita boleh bawa bekal makanan vegan dan masih keluar bersosial, masih makan bersama orang lain – langsung tiada masalah. Kita boleh sendiri memasak hidangan vegan, beri perhatian kepada pemakanan seimbang. Saya rasa pemakanan bukanlah masalah.

Ini cadangan kecil saya mengenai inisiasi. Cepatlah pulang ke Rumah, pulang ke Rumah sebenar kita. Terima kasih.

(Terima kasih, Saudara Seguru Li. Sekarang kita dengan penuh hormat menjemput Mahaguru Ching Hai menyampaikan khutbah.)

Master: Terima kasih. Terima kasih banyak-banyak. Saya sangat gembira dengan kita dapat saling berjumpa lagi. Dalam kehidupan yg sibuk, kalian masih meluangkan masa untuk datang dengar Dharma (Ajaran sebenar) dan cuba mendapat tahu siapa kalian sebenarnya. Ini sangat baik… Macam mana kata ‘tanda’? (Tanda.) Tanda. Ini bermakna di dunia yang begitu cenderung kepada materialisme ini pun, masih ada banyak orang yang inginkan makanan spiritual. Di Costa Rica sini, populasinya tidak besar, kira-kira 2 juta saja. Dengan tanah yang begitu luas, semua orang berselerak. Begitu pun, tetap ada begitu banyak orang yang bergegas dari jauh sangat, bergegas datang ke sini walaupun ada kesulitan pengangkutan. Saya rasa sangat senang hati melihat kalian curahkan begitu banyak usaha untuk datang ke sini dan dengar khutbah. Kebanyakan daripada kita ada agama, kepercayaan agama, tetapi meskipun kita tiada kepercayaan agama, tak menjadi hal.

Kita semua ada Tuhan di dalam atau Sifat Buddha di dalam. Sifat Buddha ini, atau Tuhan, akan menjaga kita. Kita percayai diri kita, bahawa sejak dilahirkan, sifat manusia adalah baik secara inheren. Kebaikan inheren sifat kita ini ialah agama kita. Kita boleh sertai kumpulan Katolik, boleh sertai kumpulan agama Buddha, tetapi tidak kira agama mana, semuanya memelihara ajaran kebaikan inheren sifat manusia ini. Semua agama galakkan orang supaya menjaga kebaikan inheren ini.

Tetapi jika kita baik secara inheren, mengapa sesetengah orang masih melakukan kononnya perbuatan jahat? Pada masa itu, ke mana kebaikan inheren itu dah pergi? Siapa tahu? Tiada sesiapa yang tahu? Fikirkanlah itu. Kata dengan lebih kuat sikit, berani! (Kebaikan inheren telah disekat oleh syaitan.) Pada masa itu, kita lupa, kan? Adakah itu apa yang kamu maksudkan? Adakah itu apa yang dimaksudkannya? Ya, ya. Betul.

Jadi itu sebabnya kita mesti berhati-hati. Kita perlu berada dekat dengan orang berakhlak mulia, kawan baik dan orang bernilai moral supaya mereka berpeluang untuk mengingatkan kita tentang kebaikan inheren ini agar kita tidak lupa akannya. Saya salah satu daripada kawan berakhlak mulia itu, teman yang baik, di sini untuk ingatkan semua orang: Kalian benar-benar agung. Bukanlah disebabkan oleh Guru, kalian menjadi agung, tetapi kerana kalian sudah pun agung, cuma kalian dah lupa, diselubungi oleh kebimbangan, terkubur di bawah tekanan masyarakat, dikuasai oleh tekanan, jadi apabila kita hadapi keadaan mendadak, kita bertindak balas dan terlupa akan sifat sebenar kita. Kita terlupa akan kebaikan inheren ini, atau Sifat Buddha, atau Kerajaan Syurga Tuhan di dalam.

Kerajaan Tuhan adalah macam ini: Itu apabila kita sangat ceria, sangat gembira, sangat girang, sangat murah hati, sangat toleran. Itu Kerajaan Tuhan. Pada waktu itu, kita boleh alami sebahagian daripada Kerajaan Tuhan di dalam. Tetapi Kerajaan Tuhan sebenar jauh lebih hebat daripada itu. Itu tidak bermakna hanya gembira untuk seketika, kemudian menangis atau bimbang pada detik berikutnya. Kegembiraan abadi ialah Kerajaan Tuhan yang sebenar di dalam. Ini apa yang dipanggil Kerajaan Tuhan, apa yang dipanggil Syurga atau Nirvana. Mencari Kerajaan Tuhan ini tidaklah susah tetapi bukan senang untuk mengekalkannya kerana kita sering diselubungi oleh kebimbangan, terpengaruh olehnya dan terlupa. Maka kita mengikut kebimbangan itu. Kita terpengaruh olehnya. Kita terlupa untuk mengawal situasi kita. Kita terlupa untuk menjadi Guru dalaman kita sendiri.

Hari ini, seorang wartawan datang menemu ramah saya. Dia tanya, “Dari mana datangnya kuasa Maya ini, bermakna kuasa negatif, kuasa penyangkalan?” Saya jawab, “Ia datang daripada Tuhan juga.” Dia kata, “Huh? Mana boleh ia datang daripada Tuhan?” Saya kata, “Kerana Bible nyatakan Tuhan mencipta Alam Semesta dan segala-gala di dalamnya. Tiada apa-apa yang bukan dicipta oleh Dia. Jadi jika kuasa negatif bukan dicipta oleh Tuhan, maka siapa yang menciptanya?” Kemudian dia kata, “Ah! Benar tu.”

Tetapi mengapa Tuhan mencipta kuasa negatif ini? Saya beritahu, “Ia sangat berguna, sangat berguna kepada kita kerana ia membolehkan kita belajar bagaimana mengubah kuasa negatif ini menjadi kuasa yang boleh digunakan.” Ambil tenaga elektrik sebagai contoh – ia sangat berbahaya. Jika kita sentuhnya atau terlalu dekat dengan kawasan voltan tinggi, kita boleh terkena renjatan elektrik, membahayakan nyawa kita. Tetapi setelah kita belajar cara mengurus dan mengendalikan tenaga elektrik, maka kita tiada masalah. Satu lagi contoh ialah wang. Ia menyebabkan banyak orang melanggar undang-undang, melanggar rukun dan melakukan perbuatan jahat. Tapi jika kita belajar cara gunakan wang dan tidak digunakan oleh wang, maka wang menjadi sangat berguna. Faham? Daripada dikawal oleh wang, kita mengawalnya. Kita menjadi penguasa wang dan tidak biarkan wang menguasai kita. Tanpa wang, kita tak dapat hidup. Namun begitu, sesetengah orang menjadi terlalu tamak akan wang. Demi wang, mereka boleh membunuh, mencuri, menggunakan banyak cara jahat dan melakukan perbuatan jahat. Pada masa itu, wang bertukar menjadi kuasa negatif. Tetapi jika kita tahu cara gunakan wang dengan bijak, maka wang menjadi kuasa positif.

Sama seperti tenaga elektrik – ia ada dua bahagian. Satunya ialah kutub negatif dan satu lagi ialah kutub positif. Satunya positif, satunya negatif – hanya apabila kedua-duanya bersama baru boleh arus elektrik mengalir. Bukankah begitu? Jika ada yang positif saja, takkan ada kuasa. Di dunia ini, ada dua jenis kuasa juga. Satunya kuasa positif, kita panggilnya kuasa positif – Kuasa Tuhan. Kita panggilnya belas kasihan, kasih sayang, keprihatinan dan kuasa berkat. Ini ialah kuasa positif – Kuasa Positif. Satu lagi ialah kuasa negatif yang kita panggil Maya, ilusi. Kuasa Raja Maya. Kuasa Maya mengkhusus dalam mengikat orang di dunia ini, menguji ketamakan, kemarahan, kejahilan, kebijaksanaan dan keupayaan mereka untuk mengatasinya. Kuasa itu sendiri tidaklah baik atau buruk. Ini bergantung kepada cara kita kendalikannya dan mengikut itu ia menjadi baik atau buruk.

Photo Caption: Bertumbuh di Mana Mungkin untuk Menampung Hidup!

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (2/7)
1
Kata-kata Hikmah
2025-09-29
784 Tontonan
2
Kata-kata Hikmah
2025-09-30
697 Tontonan
3
Kata-kata Hikmah
2025-10-01
450 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-10-01
442 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2025-10-01
450 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-10-01
777 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-09-30
806 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-09-30
1 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2025-09-30
697 Tontonan
Jejak Budaya di Seluruh Dunia
2025-09-30
1 Tontonan
Veganisme: Cara Hidup Mulia
2025-09-30
1 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-09-30
1237 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android