Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Dalam episod ini, Howard Lyman (vegan) bercakap tentang kesan buruk penternakan orang-haiwan kepada alam sekitar dan kesihatan manusia. Beliau juga bincangkan bagaimana kita harus hidup secara harmoni dengan alam semula jadi dgn beri makan kepada orang yang sihat dan bukan menanam bijirin untuk diberikan kepada orang-haiwan, kemudian bunuh mereka. Howard: Mereka keluarkan tumor sebesar ibu jari saya. Saya berjalan keluar dari hospital dengan pembedahan satu dalam sejuta. (Wau!) Tapi saya jamin kepada kalian bahawa saya berjalan keluar sebagai individu yang jauh berbeza. (Wau!) Saya tahu yang penting bukan soal lebih banyak tanah, lebih banyak lembu atau lebih banyak alat. Ada benda yang lebih penting daripada hanya menjadi lebih besar dan lebih kaya. Saya pergi jumpa jurubank saya dan berkata kepada dia, “Saya perlukan bantuanmu. Kita perlu mula bertani bersama alam semula jadi.” Jurubank saya melayah ke belakang di atas kerusinya dan berkata, “Apa maksud itu?” Saya kata, “Rasanya kita perlu menjadi petani organik.” Dia lihat saya dan berkata, “Kamu mahu saya pinjamkan wang? Kamu takkan kongsinya dengan pelanggan saya yang lain – peniaga bahan kimia, peniaga farmaseutikal, peniaga baja?” Dia kata, “Takkan ada hari macam itu!” Jadi pada 1983, saya jual ladang saya. Saya langsaikan hutang saya. Saya mula bekerja bersama petani lain untuk mula mengeluarkan makanan dengan betul. Saya dapat tahu bahawa ada banyak pihak yang tidak mahu orang tahu akan kebenaran. Saya mula bercakap dengan orang tentang tidak makan haiwan, bercakap dengan mereka tentang penyakit lembu gila. Mereka rasa sayalah orang yang berfikiran tidak waras kerana mereka tak pernah dengarnya. Tapi akhirnya saya muncul di ‘Rancangan Oprah [Winfrey]’. Saya beritahu beberapa juta orang bahawa kita mengisar lembu dan beri makan balik kepada lembu, bahawa kita gunakan haiwan yang mati di jalanan – rusa, elk, oposum, rakun – dan beri makan balik kepada lembu. Kemudian kita ambil haiwan peliharaan, anjing dan kucing yang dimatikan, penuh dengan bahan kimia yg digunakan untuk bunuh mereka. Di bandar Los Angeles saja, 200 tan anjing dan kucing sebulan dikisar dan dimasukkan balik ke dlm makanan untuk haiwan peliharaan atau haiwan pedaging. Oprah, matanya sebesar piring. Dia menoleh, melihat orang daripada Persatuan Daging Lembu Penternak Kebangsaan dan berkata, “Dr. Weber, adakah kita beri makan kepada lembu dengan lembu?” Saya takkan lupa apa yang terpaksa dikatakannya, “Uh… ya… Ada jumlah terhad yang berlaku.” Kata-kata seterusnya yang keluar daripada mulut Oprah buat kami didakwa! Dia kata, “Itu buat saya terpegun! Saya takkan makan burger lagi!” Sekarang saya tahu bahawa 13 negeri ada apa yang dipanggil Undang-undang Penghinaan Makanan. Tapi Undang-undang Penghinaan Makanan nyatakan bhw adalah melanggar undang-undang mengatakan apa-apa yang kita tahu adalah palsu. Saya bercakap benar. Tekalah apa yang berlaku? Penternak lembu mendakwa. Mereka tidak mahu orang mengetahui kebenaran. Kesudahannya mereka mendakwa kami selama enam tahun. Beratus-ratus ribu dolar mempertahankan hak kita untuk beritahu rakyat Amerika kebenaran! (Ya Tuhan!) Saya mahu kalian sedar, yang duduk di sini hari ini, bahawa jika kita tidak mengetahui kebenaran, jika kita tidak menyedari hakikat bahawa majoriti rakyat Amerika hari ini mati akibat kesakitan yang disebabkan oleh garpu mereka, kita menggali lebih banyak kubur dengan garpu kita daripada mana-mana alat lain yang ada. (Woh!) Kita perlu lihat apa yang berlaku di dunia. Kita perlu faham bahawa Pulau Easter, contohnya, yang ada monumen batu besar yang didirikan di pantai ini, pada suatu ketika dahulu ialah masyarakat yang makmur. Tanih yang subur, pokok, bot, ikan. Tapi di sana, kedudukan kita adalah berapa besar monumen batu yang kita dirikan. Ada penumpang gelap yang datang ke pulau itu – tikus! Mereka tak peduli kerana tikus tidak makan makanan manusia. Mereka makan biji daripada pokok palma. Apabila mrk tebang pokok utk main kereta luncur, monumen besar hingga ke pantai, terdapat pokok yang semakin kurang kerana tiada pokok baharu yang bertumbuh. Boleh kalian bayangkan macam mana rupanya apabila itu monumen terakhir, tebang pokok terakhir dan tiada pokok lagi di Pulau Easter? Monumen ada di sana hari ini. Orang dah tiada kerana mereka tak dapat belajar untuk hidup dalam persekitaran mereka. Sama juga dengan apa yang kita hadapi hari ini. Kita perlu faham bahawa titik tak berbalik antara segalanya baik-baik saja dan bencana besar ialah garis yg sangat halus. Jika kita lihat Pulau St. Matthew, contohnya, pada 1943, mereka menempatkan 29 rusa kutub di pulau supaya mereka akan ada bekalan makanan sokongan untuk detasmen tentera yang berada di sana. Mereka tidak perlukannya. Dua puluh sembilan rusa kutub di pulau seluas 128 batu persegi tanpa pemangsa semula jadi! Dua puluh tahun, 29 haiwan itu menjadi 6,000 haiwan yang gemuk, anggun, sihat dalam masa 20 tahun! Lepas 20 tahun, tiada satu haiwan hidup pun yang tertinggal di pulau itu kerana mereka tidak belajar untuk hidup dalam persekitaran yang mereka ada. Kita ada masalah yang sama sekarang. Ketika orang bot datang ke Amerika Syarikat hampir 300 tahun dahulu, kita ada tanah atas yang paling dalam, paling kaya di permukaan Bumi. Dalam 300 tahun, kita kehilangan 75% drpd semua tanah atas yg dulu ada di sini. Masa 500 tahun diperlukan untuk hasilkan satu inci tanah atas. Kita belum cukup lama berada di sini untuk hasilkan satu inci tanah atas tetapi kita telah kehilangan tiga suku daripada apa yang dulu ada di sini. Pada 1850, di Iowa, mereka bina sebuah gereja. Dari 1850 di Iowa hingga hari ini, gereja itu terus digunakan. Pada 1850, mereka ambil gambarnya. Semua tanah di sekeliling gereja itu ialah ladang. Semuanya berada di ketinggian yg sama. Lepas lebih 150 tahun, mereka ambil sau lagi gambar gereja yang sama ini. Semua tanah di sekelilingnya masih merupakan ladang. Satu-satunya perbezaan ialah gereja itu terletak 10 kaki (~ 3.05 meter) lebih tinggi hari ini daripada semua tanah ladang di sekelilingnya. Jika kita ingin terus hidup sebagai spesies Homo sapien, kita perlu memahami hakikat bahawa 80% daripada semua bijirin yang dihasilkan di Amerika Syarikat hari ini disumbat ke dalam tekak haiwan. Kita perlukan 16 paun (~ 7.26 kilogram) bijirin untuk menghasilkan satu paun (~ 0.45 kilogram) daging. Enam belas paun bijirin – kita boleh beri makan kepada 32 orang yang lapar. Yang mana ialah penggunaan sumber kita yang terbaik? Kita perlu faham bahawa masa depan adalah beri makan kepada orang yg sihat, bukan haiwan untuk bunuh mereka. Saya habiskan 45 tahun dalam hidup saya dalam pengeluaran haiwan. Saya akan beritahu kalian bahawa apa yang kita buat hari ini memang tidak mampan sepenuhnya. Saya telah berubah daripada orang pengeluar haiwan yang makan daging kpd orang hari ini yang merupakan vegan, tidak makan apa-apa yang ada muka, hati atau ibu. Saya ubah diet saya untuk kesihatan diri. Saya buat apa yang saya buat hari ini sebagai seorang vegan tegar atas kasih sayang terhadap haiwan. Saya tahu bahawa tiada haiwan yang perlu mati untuk saya hidup. Jika kita ingin terus hidup sebagai suatu spesies, kita perlu faham bahawa kerja kita bukanlah buat segala-galanya. Kerja kita adalah buat segala-galanya yang dapat kita buat. Saya menugasi kalian hari ini dengan suatu tugas yang sangat mudah, terus terang: Apa yang perlu kalian buat ialah apa yang dapat kalian buat. Jadilah Vegan! Pelihara Alam! Selamatkan Planet Kita! Terima kasih banyak-banyak. (Terima kasih banyak-banyak, Howard, atas pandangan mendalammu, atas kisah yang luar biasa ini.) Itu memang sangat informatif dan bersifat mendidik. Seperti yang boleh kalian bayangkan, sesetengah orang dalam audiens ada beberapa soalan sekarang. Boleh kita tanya soalan 1?) (En. Lyman telah buat saya terpegun. Terima kasih atas kasih sayangmu, datang ke sini hari ini untuk bersama kami. Nama saya Betska K. Burr. Saya presiden bersama Coaching & Leadership International. Kami ialah peneraju global dalam melatih jurulatih minda-badan-jiwa. Saya ada soalan yang sangat penting untuk kamu, iaitu: Haruskah kita kenakan cukai karbon ke atas daging (orang-haiwan)? Jika ya, bagaimana kita buat begitu?) Soalan pertama ialah: “Haruskah kita kenakan cukai karbon ke atas daging?” Jawapan kepadanya ialah: Ya. Soalnya ialah: “Bagaimana kita nak lakukannya?” Mudah saja. Jika kamu lihat seorang petani, penternak, pengusaha lot makanan generasi ke-4 dan saya dapat berubah menjadi seorang vegan tegar, adakah ini bermakna orang yang ambil berat tentang alam sekitar tak dapat? Tujuh puluh sembilan peratus daripada orang Amerika mendakwa diri adalah vegetarian. Jika kamu benar-benar mendakwa diri sebagai vegetarian, bagaimana dengan lakukan apa yang kamu katakan? (79%?) Jika kita nak mengubah ini, ia takkan berlaku di Washington D.C. Ia akan berlaku di sini. Lihatlah apa yang telah berlaku di West Hollywood, apa yang dapat mereka lakukan dalam komuniti ini. Kita perlu masuk ke dalam komuniti kita sendiri. Kita perlu mengatur, perlu lihat apa yang tidak tersedia. Jika ia tidak tersedia, kita perlu mulakannya. Jika ada perubahan yang perlu berlaku, kita perlu menjadi orang yang mulakan perubahan itu. Tugas kita adalah menjadi pemimpin supaya apabila kita lihat mata kanak-kanak, pada asasnya kita boleh berkata kepada mereka, “Saya tak dapat buat segala-galanya tetapi saya dapat buat segala-galanya yang dapat saya buat.” Jika kita tidak, takkan ada masa depan bagi anak dan cucu kita. Dapat kita lakukannya? Tentu sekali. Bila harus kita mulakan? Sekarang juga! (Kita ada soalan kedua tak?) (Terima kasih, En. Lyman.) Nama saya Daryl Cumberbatch. Saya seorang akauntan hijau dari Toronto, Kanada. Soalan saya kepada kamu ialah: Haruskah ada label amaran pada daging untuk bahan kimia, ubat-ubatan dan hormon yang menyebabkan kanser dan penyakit lain seperti diabetes?) Jika kita lihat apa yang seharusnya menjadi buku teks untuk jawab soalanmu, itu buku Dr. T. Colin Campbell ‘Kajian China’ – bukan sahaja bahan kimia yang kita gunakan dalam pengeluaran daging tetapi juga lihatlah hakikat bahawa protein haiwanlah yang merupakan punca utama penyakit jantung, kanser, diabetes dan obesiti – kajian diet terbesar yang pernah dijalankan dalam sejarah dunia. Adakah ia lagi buruk apabila ia berakhir dengan bahan kimia di dalamnya, hormon di dalamnya dan antibiotik di dalamnya? Tentu sekali! Tetapi jika kita nak jalani kehidupan yang panjang, sihat, sedarlah bahawa Pencipta kita tidak membuat sarap. Dia berikan badan yang luar biasa kepada kita, jika kita hanya makan mengikut apa yang kita direka bentuk. Itu bukan hamburger, stik tulang-T atau cop daging babi. Sepanjang 45 tahun dalam hidup saya, saya tak pernah lihat haiwan pergi ke rumah sembelih, hantukkan tumit dan berkata, “Hoh, yippee skippee, aku akan menjadi burger esok!” Mereka tak nak mati. Tugas kita adalah memastikan bahawa mereka dapat jalani kehidupan yang sepatutnya mereka jalani supaya kita juga dapat jalani kehidupan yang sepatutnya kita jalani. Photo Caption: “Jalan ke RUMAH LAMA adalah Lebih Pantas dan Lebih Dekat daripada yang Pernah Anda Jangkakan!”











