Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Perbezaan antara Agama Buddha dan Kristian, Bahagian 8 daripada 15: Soal Jawab

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Dalam episod ini, Mahaguru Ching Hai menjelaskan jalan Cahaya dan Bunyi Syurga dalaman dan memberikan petua tentang cara mengenal pasti Guru sebenar.

(Saya datang lewat dan tak tahu sama ada Guru sudah jawab ini tetapi biar saya tanya soalan ini macam mana pun. Guru tahu tak Sant Mat atau Yoga Surat Shabd?) Ya, ya, saya tahu.

(Bagaimana dengan itu berbanding dengan apa yang Guru ajarkan dan apakah tanggapan Guru tentang itu?)

Mungkin hampir sama, cuma lebih meluas dalam khutbah saya, lebih meluas – pengetahuan dan penjelasannya. (Maka Guru berkata bahawa Guru ajarkan kaedah yang sama?) Saya rasa begitu, ya. (Okey. Adakah ini dijelaskan dengan lebih lanjut dalam buku Guru yang boleh saya dapatkan?) Ah! Tidak, ia tidak dijelaskan di sana kerana Kaedah Quan Yin tak dapat kita jelaskan. Kita hanya boleh transmisikannya secara senyap. Jadi apa yg saya jelaskan hanyalah sejenis falsafah. (Jadi kaedah meditasi Guru melibatkan Cahaya (Syurga) dalaman dan Bunyi (Syurga) dalaman?) Betul. (Okey. Terima kasih.)

(Tapi, maaf, lebih selamat juga dengan Mahaguru Ching Hai dan lebih berkuasa.) (Lebih berkuasa daripada Guru-guru India dalam keturunan Shiv Dayal Singh?) Tidak, kita tak harus mengatakan perkara macam ini. (Okey.)

Kita tidak cuba bandingkan apa-apa kerana orang ada afiniti-afiniti yang berlainan dengan Guru-guru yang berlainan. Jika kamu rasa Sant Mat menarik hatimu, itu jalan yang betul. Jika kamu rasa saya lebih menarik hatimu, maka kamu ada lebih banyak afiniti dengan saya.

(Apakah keturunan Guru? Siapakah Guru-Mu Guru kepada Guru-Mu dan sebagainya?) Ia di pergunungan Himalaya. Keturunan tidak datang daripada satu orang. Ia datang daripada Tuhan dan disalurkan melalui saluran-saluran yang berlainan.

(Adakah terdapat satu Guru saja di Bumi pada satu-satu masa, pada pendapat Guru, atau mungkin ada banyak?) Banyak. (Terima kasih.)

Kerana negara-negara begitu banyak. Satu Guru tak dapat memenuhi keperluan semua orang. (Ya) Badan fizikal ada hadnya juga. Jadi ketika Buddha masih hidup, ada seorang lagi Guru bersama Baginda. Kadangkala ada beberapa orang, kadangkala ada lebih banyak, bergantung kepada keperluan masa, tetapi kadangkala seorang Guru menjadi begitu terkenal sehingga Guru lain berada dalam bayang, atau lebih mantap. Itu saja. Contohnya, sekarang semua orang tahu akan Buddha kerana Baginda telah mengasaskannya sejak 2600 tahun dahulu. Semua orang tahu akan Christ. Jadi semua orang yang lain berada di bawah bayang Mereka. Sant Mat telah diasaskan selama banyak dekad sejak Guru Nanak atau sesuatu 500 tahun dahulu. Dah tentu, ia lebih mantap dan terkenal tetapi ini tak bermakna itu satu-satunya keturunan yang wujud. Jika tidak, dari mana Buddha mendapat keturunan itu? Dan dari mana semua Guru China mendapatnya, semua Guru Jepun dan sebagainya? Pada masa ini, ada lebih banyak Guru daripada biasa – pada masa ini. Pada zaman lain, mungkin satu, dua atau tiga saja. Pada masa ini, ada jauh lebih banyak.

(Bagaimanakah seseorang bezakan antara Guru-guru yang berlainan? Adakah terdapat gred-gred Guru yang berlainan?) Di jalan yang sama atau jalan yang berbeza? (Jalan yang berbeza.) Oh! (Bagaimanakah seseorang menentukan siapa ialah Orangnya?) Siapa ialah Orangnya? (Ya.) Ya. Adakah kamu mengikut Sant Mat? (Saya telah diinisiasi di Honolulu.) Dengan siapa? (Darshan Singh.)

Oh! Ya. Gurumu Kirpal Singh akan beritahu kamu bahawa ada banyak jalan menuju Tuhan tetapi jalan Cahaya (Syurga dalaman) dan Bunyi (Syurga dalaman) adalah yang paling selamat. Beliau tak kata itu satu-satunya. (Adakah Guru berkata bahawa Beliau tidak kata itu satu-satunya jalan?) Tidak, Beliau tidak. Beliau kata, “Yang paling selamat, paling pantas (Betul, ya.) dan paling baik.” Ya. Saya berkata begitu juga. Tetapi Beliau tak kata itu satu-satunya jalan. Kadangkala orang, melalui keinginan terhadap Tuhan, keikhlasan atau bakti selama banyak hayat, akan membuahkan hasil juga. Apa yang kita maksudkan adalah tanpa berhubung dengan Cahaya (Syurga dalaman) dan Bunyi (Syurga dalaman) ini, kita tak dapat pergi kepada Tuhan. Tapi itu bukanlah suatu kaedah kerana itu bukan suatu kaedah sebenarnya Itu hanyalah cara berhubung dengan Cahaya (Syurga dalaman) dan Bunyi (Syurga dalaman). Kamu curahkan sebarang usaha untuk masuk ke dlm Cahaya (Syurga dalaman) dan Bunyi (Syurga dalaman) – dan itu saja! Kamu bermakrifat. Tetapi jika kamu ada seorang Guru yang sudah berhubung dengan Cahaya (Syurga dalaman) dan Bunyi (Syurga dalaman), Dia bantu kamu dengan lebih cepat. Itu saja.

Itu langsung bukan suatu kaedah, hanya Kuasa Tuhan, keinginan dan bakti. Oleh sebab di dalam diri Guru ada keinginan besar, bakti besar dan kebaikan besar, jadi ia datang kepada kamu seperti kejutan, kemudian kamu terbuka. Tapi kamu tidak rasai kejutan sebenarnya. Ini hanya bermakna di dalam, suatu kejutan yang sangat senyap. Jika kamu sendiri cubanya, adalah sukar untuk berhubung dengan Cahaya (Syurga dalaman) dan Bunyi (Syurga dalaman). Itu saja.

Jadi sesiapa yang berhubung dengan Cahaya (Syurga dalaman) dan Bunyi (Syurga dalaman) serta begitu berbakti kepada Tuhan, lepas beberapa waktu, mereka menjadi Guru, kemudian dapat mentransmisikan yang sama ini kepada orang lain kerana di dalam diri mereka, sekarang mereka ada banyak Cahaya (Syurga dalaman), banyak Bunyi (Syurga dalaman). Contohnya, seperti kita ada banyak wang, kita boleh berikan kepada orang. Faham? (Faham.)

(Saya ada soalan yang pada asasnya berkaitan apa yang dikatakannya.) Yang pertama pada asasnya tentang apakah kriteria untuk memilih seorang Guru? Kerana seperti yang Guru katakan, sekarang ada banyak Guru tetapi ada banyak yang palsu juga.) Ya. (Kita buka surat khabar, kita akan lihat banyak guru spiritual yang diiklankan.) Betul. (Apakah kriterianya yang boleh orang seperti kami lihat dan memilih Guru? Dan yang kedua adalah, oleh sebab ada begitu banyak agama dan...) Pertama, katakan yang pertama, kemudian yang kedua. (Baiklah.) Satu demi satu. Orang tak dapat ingat akan semua ini, terutama saya.

Soalan pertama: bagaimana memilih seorang Guru? Jika kamu bermakrifat sikit, kamu akan segera tahu siapa mengatakan apa. Jika Guru itu mendakwa diri sebagai yang sebenar, maka Dia dapat beri kamu pengalaman Cahaya (Syurga dalaman) dan Bunyi (Syurga dalaman) Syurga atau sesuatu jenis Kediaman Syurga di mana Guru itu berada, berkongsi dengan kamu Kuasa-Nya dengan serta-merta. Itu apa yang kamu panggil Guru sebenar. Guru sebenar juga boleh muncul di mana-mana pada bila-bila saja tanpa cara fizikal, tanpa pengangkutan. Itu juga kriteria kedua. Tapi sebelum kamu sampai ke tahap itu, kamu mesti memilih seorang Guru mengikut khutbah-Nya. Adakah ia menarik hatimu atau tidak? Adakah ia logik atau tidak? Cukup bijak atau tidak? Adakah ia jawab semua soalanmu atau tidak? Dan lihat kebaikan Guru itu. Adakah Guru itu benar-benar tidak mahukan kemasyhuran dan nama, tiada keinginan? Itu sebelah luaran. kemudian sebelah dalaman adalah apabila kamu diinisiasi, kamu akan tahu sama ada Guru itu ada Kuasa Tuhan atau tidak. Kemudian apabila beramal, kamu akan lihat Guru muncul di mana-mana pada bila-bila saja untuk bantu kamu. Itu juga bagaimana kamu makin hari makin tahu. Baiklah (Agaknya ini...) Adakah itu okey? Adakah kamu rasa begitu? Kamu setuju? (Ya, ini kedengaran sangat mirip dengan... sama dengan...) Jika tidak, mana dapat kamu mengenal pasti Guru? Jika Dia tidak berikan wang kpd kamu, mana boleh kamu percaya bahawa Dia berduit? Jadi jika Dia bermakrifat, Dia seharusnya berikan Cahaya (Syurga dalaman) kepada kamu. Ini bermakna Dia buat kamu menjadi bermakrifat juga.

(Tetapi ada… selalunya orang sangat keliru dengan kuasa ajaib. Banyak daripada guru spiritual palsu ini akan beritahu kita banyak perkara, biar kita lihat banyak perkara (Ya.) dan kita pergi bersama dia. Kemudian lepas itu, seperti yang buku Guru nyatakan, kita kena rasuk.) Ya. (Kemudian seseorang perlu datang, orang seperti Guru untuk mungkin pilihkan mereka. Bagaimana kita mengetahui perbezaan tak ketara antara Guru yang sebenar, dapat menunjukkan Cahaya (Syurga dalaman) dan guru spiritual lain yang tidak dapat?) Oh! Kamu perlu lihat ke dalam hatimu untuk mencari Guru. Apabila pelajar dah sedia, Guru akan muncul. Ini bermakna apabila hatimu ikhlas dan suci, akan menemui seorang Guru yang ikhlas dan suci. Jadi lihatlah ke dalam hatimu untuk mencari seorang Guru dan bukan fenomena luaran, bukan iklan dalam akhbar. Lihat apa yang kamu mahukan. Adakah kamu mahukan Tuhan atau kamu mahukan fenomena? Adakah kamu mahukan Tuhan atau kamu mahukan kuasa psikik? Dah tentu, jika kita benar-benar mahukan Tuhan, kita berdoa. Jika kamu tak pasti, kamu berdoa kepada Tuhan, “Aku tidak kenali Engkau. Tolonglah, biar aku kenali Engkau dan memuja Engkau sahaja dan tidak biarkan orang lain menyesatkan aku.” Tuhan pasti akan dengar itu, dan akan memimpin kamu kepada Guru yang baik. Kesucian dan keikhlasan ialah jaminan untuk kamu temui guru spiritual yang baik atau buruk. Tidakkah kamu bersetuju? (Ya.) Guru ada di dalam hatimu.

(Baiklah. Sekarang ini soalan kedua.) Ya. (Kerana orang ada keterikatan-keterikatan yg berlainan.) Ya. (Sebab itulah ada banyak mazhab dalam agama Buddha dan ada begitu banyak agama selain agama Buddha.) Betul. (Bagaimanakah Guru menasihati orang supaya mengikut sesuatu mazhab, agama Buddha Zen, agama Buddha Tantra, agama Buddha Alam Suci dan agama Buddha Tiantai atau Kristian? Adakah terdapat sebarang nasihat yang boleh Guru berikan kepada orang di sini?) Saya tidak menasihati sesiapa supaya mengikut apa-apa. Begitu banyak mazhab adalah kerana ada begitu banyak Guru yang muncul pada tempoh-tempoh masa yg berlainan. Kemudian orang mengikut Guru itu dan menubuhkan satu lagi mazhab selepas Dia dah tiada. Ketika masih hidup, Dia langsung tidak menubuhkan apa-apa mazhab. Dia biarkan orang percayai apa yang mereka percayai dan tidak campur tangan dalam latar belakang, status sosial atau agama orang, maksud saya, agama asal, kerana Guru tahu bahawa semua agama datang daripada sumber yang sama. Ia ditubuhkan hanya selepas Guru Bermakrifat telah meninggalkan dunia ini. Orang berkumpul di sekeliling tokoh itu dan membentuk satu lagi mazhab. Contohnya, mazhab Tiantai adalah daripada Guru yang tinggal di Gunung Tiantai. Mazhab Lin Jih dinamai sempena nama Guru Lin Jih. Itu saja. Tetapi selepas Guru dah tiada, apa-apa mazhab pun tak berguna. Yang paling penting adalah mendapat makrifat melalui mana-mana Guru pun, sama ada Dia orang Muslim, Kristian, penganut Buddha, Tiantai atau Shingon, kita tak kisah kerana Guru akan mengajar kita kaedah yang sama dengan mazhab asal kita. Tetapi kamu mengetahui ini hanya selepas makrifat, atau mungkin kamu bermakrifat sikit, kemudian memahami impaknya. Kemudiannya kamu mengikut ajaran Guru itu dan kamu akan sendiri mengetahui segala-galanya.

Kamu akan faham bahawa tiada perbezaan antara mazhab dan agama. (Terima kasih.)

(Boleh Guru bercakap tentang meditasi? Saya tak tahu begitu banyak tentangnya seperti apa yang Guru fikirkan ketika bermeditasi atau…?) Apa yang saya fikirkan? (Ya, atau apa yang Guru lakukan?) Tahulah, (Baiklah.) mengapa Guru bermakrifat?) Baiklah, baiklah. Meditasi ialah sejenis pendengaran nasihat Tuhan, arahan Tuhan. Mengapa kita bermeditasi? Itu hanya bagi mengekhaskan masa untuk Mesej dalaman. Semasa kita sentiasa meminta sesuatu, mendoakan sesuatu, kita juga mesti mengekhaskan masa untuk dengar. Sama seperti kamu tanya saya soalan, sekarang kamu perlu berdiam untuk seketika dan cuba dengar apa yang saya katakan. Bukankah itu benar? Sekrg setiap hari kita berdoa kpd Tuhan, “Ya Tuhan. Ya Buddha. Tolonglah, berikan itu kepada aku. Tolong beritahu aku apa yang nak dibuat! Tolong apa, tolong itu…” Kemudian kita keluar, sentiasa sibuk, bising, bercakap dan tidak dengar. Jadi sebenarnya meditasi bukan apa-apa kecuali suatu proses ketenangan.

Hanya duduk di sana dan dengar utk lihat apa yang Tuhan jawab kepada doa kita dan apa yang Buddha arahkan kita lakukan. Itu saja. Itu perkara yang sangat mudah. Kamu tanya dan kamu perlukan jawapan. Jadi apabila kita perlukan jawapan, kita perlu berdiam dan dengar. Itu dipanggil meditasi, pada asasnya macam itu. (Tapi adakah Guru mengulang perkataan… atau apa-apa seperti ini?) Kita tak boleh mengulang apa-apa tetapi oleh sebab kebanyakan orang sudah pun mengulang sesuatu, kamu duduk di sana dan mungkin kamu mengulang kata-kata suamimu semalam, mungkin kamu teringat akan seseorang atau mungkin kamu memikirkan perniagaan, wang, kerisauan atau sakit hati kamu… jadi kadangkala Guru rasa adalah sesuai membiarkan kamu mengulang Nama Tuhan, Nama Buddha untuk menjadi tenang, hanya utk gantikan keterujaan yang kacau itu, tetapi mengulang Nama-nama tidak mendekatkan kamu kepada Tuhan. Keinginan, bakti kamu dan Kuasa daripada Gurulah yang membantu dalam meditasi. (Terima kasih.) Ada apa-apa lagi? (Tidak.) Tidak? Bagus.

Photo Caption: “Menerangi Dunia di Mana-mana Saja”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (8/15)
1
Kata-kata Hikmah
2026-06-08
2781 Tontonan
2
Kata-kata Hikmah
2026-06-09
2278 Tontonan
3
Kata-kata Hikmah
2026-06-10
2247 Tontonan
4
Kata-kata Hikmah
2026-06-11
1904 Tontonan
5
Kata-kata Hikmah
2026-06-12
1780 Tontonan
6
Kata-kata Hikmah
2026-06-13
1631 Tontonan
7
Kata-kata Hikmah
2026-06-15
992 Tontonan
8
Kata-kata Hikmah
2026-06-16
811 Tontonan
9
Kata-kata Hikmah
2026-06-17
592 Tontonan
10
Kata-kata Hikmah
2026-06-18
112 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Kata-kata Hikmah
2026-06-18
112 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-06-18
114 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-06-17
874 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2026-06-17
592 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-06-17
751 Tontonan
Filem Pendek
2026-06-17
441 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-06-16
8236 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-06-16
299 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-06-16
1037 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun