Butiran
Baca Lebih Lanjut
Aku pernah berada di sisimu Pada waktu petang, dengan daun dan bunga yang menyapa Awan musim luruh berasa megah di puncak gunung Angin musim luruh bernyanyi dgn girang di padang rumput bukit.Beberapa hari bersama, aku rasa ia akan kekal selama-lamanya. Kesunyian lama dilupakan Macam tiada hari esok...Semua orang ada zaman persekolahan. Setiap orang alami kesedihan dan kegembiraan di penghujung tahun persekolahan apabila cuti musim panas bermula dan kesedihan berpisah dengan kawan dan guru tersayang. Langit biru, bunga semarak api yang terang, lagu ratapan reriang dan kebimbangan dalam hati yang murni: semuanya ialah lukisan hidup yang menggambarkan masa muda dengan jelas.Adakah engkau mengenangkan suatu awal musim panas Bunga semarak api memenuhi langit bagai darah hidup masa muda Berjalan-jalan bersama rakan sekelas di halaman sekolah Berlengah-lengah pada waktu hendak berpisah, alahai!Separuh gembira, separuh teragak-agak hendak berpisah Sekuntum bunga merah jambu untuk saling menghiasi rambut kita, ekspresi kasih sayang kita! Selepas kepulan debu pemergian, seratus hari yang panjang menyusul Korus reriang dalam kesedihan bagai ucapan selamat jalan ikhlas kita.Engkau bertolak ke sawah yang subur dan perairan biru-hijau Di mana anak sungai dan tasik bernyanyi bersama-sama untuk menyambut kenalan Di atas feri, saudara perempuan kecil menyeberangi sungai besar Pulang ke kampung kecil yang ada ibu dan ubi kayu.Kapal saudara lelaki buat perjalanan menyeberangi lautan biru dan pasir putih, Pokok dedalu menjalin lagu merdu yang lembut Kereta saudara perempuan masuki tanah tinggi Di mana awan gunung meneduhi senyuman yg mempesonakan...Aku kekal berada di bandar berangin dan berhabuk sini, Mengira bunga yang layu sambil menunggu cahaya matahari musim panas menjadi kelam Menunggu selama seratus hari, menunggu pelukan mesra semula Menunggu untuk berjalan-jalan di bawah teres teduh sekolah.Jangan lupa, sayang, hari-hari gembira kita, Kawan karib, guru yang dihormati dan hubungan yang dihargai.Angin sepoi-sepoi keemasan menaburkan bunga semarak api merah ke sekeliling dinding Dalam hatiku, hari-hari dan bulan-bulan berlalu secara senyap... Rindu dengan begitu dalam bagai halaman sekolah yang sepi Rindu selama seratus hari umpama seabad berlalu secara senyap!Orang sering mendapati diri mereka asyik dengan tuntutan dunia yang bergerak pantas. Tetapi dengan tafakur yang dalam boleh datangnya kesedaran yang terang. Biar kita hargai hidup kerana setiap saat di Bumi ialah anugerah daripada Pencipta kita.Terima kasih atas jam-jam. Terima kasih atas hari-hari. Terima kasih atas saat-saat. Terima kasih atas malam-malam.Semua masa yang kita habiskan bersama Masih bermain dalam fikiranku. Gunung dan sungai Ialah syurga kita!Berapa lama ia akan bertahan? Kita tanya diri sendiri Jawapannya ada di sana, Di sesuatu tempat yang aku tidak tahu.Kita bersama musim luruh, Kayu keemasan yang cantik, Memetik raspberi Gembira seperti pada zaman kanak-kanak.Kita bersama alam semula jadi, Berjalan sejauh berbatu-batu. Masa depan adalah jauh Di ufuk yang tidak diketahui.Berapa lama ia akan bertahan? Kita tanya diri sendiri Jawapannya ada di sana, Di sesuatu tempat yang aku tidak tahu.Apabila jantung bergema mengikut irama dan melodi percintaan, seluruh ciptaan juga naik turun mengikut jiwa orang yang bercinta. Empat musim, siang dan malam tidak lagi berfungsi mengikut garis masa alam semesta tetapi menjadi cerminan perasaan dalam hati seseorang. Kita hanya dapat lihat bunga yang mekar dan keindahan alam semula jadi di bawah langit berkilau yang diwarnai dgn warna kebahagiaan.Apabila Musim Bunga bermula Aku pasang cinta kasih pada sayap rama-rama Terbang naik menuju ke alam tak terhingga Di mana ada seseorang, cantik bagai mimpi!…Apabila Musim Bunga bermula Cinta kasih pertama segar bagai halaman baharu Rangkap-rangkap puisi tidak terkawal Terbang di atas bukit desa terpencil Hatiku menjadi suatu perayaan…Selepas Musim Panas tibanya Musim Luruh Masa telah pergi ke mana? Seluruh dunia ditinggalkan!… Musim Sejuk tiba dengan lembut Hidup sentiasanya Musim Bunga Burung menyanyikan lagu pikat Angin mendendangkan lagu tarian diraja yang mengusik jiwa… Subuh, warna perhubungan cinta Senja, warna cinta kasih Musim Panas, musim perhubungan cinta! Musim Luruh, musim cinta kasih!…Apabila Musim Bunga bermula Kita saling mencari dalam setiap nafas Sekuntum mawar baru mekar Di taman penuh keharuman cinta…











