Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Baginda Raja Buddha Pow Alam Wos, Bahagian 4 daripada 4

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
“Tuanku Raja Segala Raja Segala Raja Segala Raja, jika mana-mana makhluk di Bumi ini ingin merasa Nektar Sungai Kasih Sayang TUHAN, Lautan Kebijaksanaan, pertama sekali, mereka harus menyucikan diri dengan bertaubat atas segala dosa atau kesilapan yang dibuat oleh mereka, sama ada mereka mengetahuinya atau tidak mengetahuinya secara sedar, sama ada mereka ingat daripada hayat lampau atau hayat ini atau telah lupa akan semuanya. Mereka harus bertaubat dan memohon ampun TUHAN setiap hari, pada bila-bila saja ada masa – malah pada bila-bila saja dalam sehari – dan meminta Kurniaan Pembebasan daripada penderitaan di neraka dan penderitaan kitaran lahir dan mati yang berterusan.

Sentiasa ingat akan TUHAN, berdoa kepada TUHAN dan elakkan sebarang jenis kesalahan yang akan cederakan makhluk lain seperti pemakanan daging dan darah makhluk lain, dan apa-apa saja yang merupakan milik makhluk itu. Pembunuhan memang, memang tak boleh. Tak terhingga tak boleh. Tak terhingga kali tak boleh. Dan ambil bahagian dalam sebarang hasil pembunuhan juga tak terhingga kali tak boleh. Adalah sangat sukar untuk diselamatkan dari neraka jika mereka ambil bahagian dalam sebarang hasil pembunuhan mana-mana makhluk.

Yang tidak berperasaan pun, kelihatan macam begitu, seperti pokok, tumbuhan dan semak, kebanyakannya ada perasaan sakit, sedih dan gembira. Sesetengahnya tiada ini tetapi jika engkau tak tahu yang mana, lebih baik jangan sentuh mereka, beri sebarang jenis kesakitan kpd mereka. Jika engkau perlu menebang mana-mana semak atau pokok, berlututlah di atas tanah dan berdoa kepada TUHAN agar engkau boleh ada intuisi yang mana ada kesakitan, yang mana tidak. Jika engkau tiada intuisi yang dikurniakan kepada engkau ini, sekurang-kurangnya engkau doakan pengampunan dan berkati mereka dengan apa-apa saja yang boleh, jika engkau ada berkat, dan buat perbuatan baik untuk menebus dosamu. Maka apa-apa yang engkau doakan akan menjadi kenyataan.”

Jika anda berdoa untuk dilahirkan di Alam Wos Baginda Raja Buddha Pow pun, doa anda, hasrat anda akan menjadi kenyataan. Anda akan disambut, dibawa dan diterbangkan ke Alam Baginda Raja Buddha Pow dan dialu-alukan oleh seluruh rakyat-Nya, makhluk suci di planet yang ada kemegahan spiritual, kegembiraan dan kebahagiaan selama-lamanya itu. Sesetengah roh yang berperingkat tinggi dan tertinggi di Kerajaan Buddha-Nya pun dapat dengar doa dan hasrat anda untuk dilahirkan di sana. Mereka akan mengangkat anda dengan cara yang sangat tak dapat dibayangkan, sukar dipercayai. Dari begitu jauh pun, mereka dapat hantar sinar Cahaya yang kuat untuk menaikkan anda dan melindungi anda dalam Cahaya yang kuat itu untuk bawa anda ke alam mereka, ke alam istimewa mereka.

Jadi ingatlah akan itu. Ingat akan satu lagi lebuh raya bertuah anda menuju pembebasan serta ketenangan dan kegembiraan selama-lamanya. Ingatlah akan nama agung Raja Buddha ini, Pow, Buddha Pow, Raja Buddha Pow, dan doakan bantuan.

Ingatlah akan itu – sangat penting, hanya satu perkara penting: Kecuali membunuh syaitan dan mengurung mereka di penjara khas, tempat khas supaya mereka tidak mudaratkan manusia, sebarang cara membunuh atau mencederakan mana-mana manusia ialah perbuatan berdosa nombor satu selain perbuatan lain yang dilarang sepenuhnya seperti membunuh atau mencederakan Buddha, Santo atau Orang Suci, membunuh atau mencederakan ibu bapa. Membunuh mana-mana manusia sudah pun dosa terbesar, kedua selepas membunuh ibu bapa, dan ketiga selepas membunuh atau mencederakan Buddha, Santo atau Orang Suci.

Sekarang, membunuh haiwan ialah dosa kedua terbesar. Membunuh mana-mana orang-haiwan ialah dosa yang kecil sikit daripada membunuh manusia. Jadi ingatlah akan itu. Berdoa kpd TUHAN, memuja TUHAN. Taat kepada ibu bapa. Jangan menyakiti, mencederakan atau membunuh mereka dengan sebarang cara. Jangan bunuh mana-mana manusia jika anda tahu mereka ialah manusia sebenar dan sengaja bunuh mereka. Jangan bunuh mana-mana makhluk yang kedua berharga selepas manusia. Sangat mudah: Hanya tidak membunuh. Boleh? Meskipun anda membunuh syaitan, anda mesti ada kuasa yang mencukupi untuk memusnahkan mereka. Jika tidak, mereka akan musnahkan anda.

Saya tanya Baginda Raja Buddha Pow, “Beritahulah kami lebih banyak tentang Pengetahuan Alam Semesta.” Tetapi Baginda bertitah bahawa kebanyakan manusia takkan berapa menerima dan faham, jadi itu saja yang Baginda nak beritahu mereka kerana ia merupakan prinsip tertinggi di Alam Semesta, jadi jika mereka ingat akan itu, itu dah cukup, dan disebabkan sifat baik tidak membunuh, berbelas kasihan dan menghormati Prinsip Alam Semesta itu, dengan perlahan-lahan atau cepat mereka akan menjadi cukup suci supaya akan ada lebih banyak pengetahuan yang disambungkan dengan mereka dan mereka akan tahu dengan semakin banyak.

“Satu lagi perkara penting: jika mereka dapat cari Guru Bermakrifat sepenuh untuk beri inisiasi kepada mereka, bermakna memindahkan kepada mereka keturunan Orang Suci Bermakrifat, hidupkan semula keturunan TUHAN sebelum mereka dilahirkan di dunia fizikal dan menjadi terperangkap dalam segala jenis perbuatan berdosa, memusnah.”

Selepas ini, Baginda Raja Buddha Pow ucapkan selamat tinggal kepada kita untuk kembali ke stesen supaya Baginda dapat balik dari sana bersama pengiring-Nya ke alat terbang ajaib, menakjubkan, hebat, keajaiban terbang mereka. Kembali ke stesen, bermakna ke stesen peralihan supaya dari sana mereka boleh balik ke kapal angkasa mereka. Stesen ini ada kawasan teranjur ke jenis stesen lebih kecil yang lain yang bertindak sebagai stesen peralihan yang disambungkan dengan kapal angkasa. Ah, rumit! Saya harap anda faham. Jika tidak, tak mengapa.

Kami menyusun sepuluh jari untuk menghantar Baginda Raja Buddha dan pengiring rapat-Nya kembali ke stesen, kemudian balik ke alat terbang – saya tak dapat namainya pun – keajaiban terbang mereka. Terima kasih, Tuan, kerana melawat kami Terima kasih, Tuan, atas Kebijaksanaan-Mu yang dikongsi, dan lebih-lebih lagi, Berkat ajaib-Mu yang dikongsi dengan planet dalam kesusahan ini. Terima kasih secara berulang kali. Kita juga bersyukur kepada TUHAN Yang Maha Berkuasa kerana izinkan ini berlaku. Syukur kepada Engkau, TUANKU. Semoga Engkau diberkati, TUANKU. Semoga Engkau diberkati, Tuanku Raja Buddha Pow, pengiring-Mu di sini dan rakyat-Mu di Kerajaan Buddha spiritual-Mu. Selamat jalan, Tuan. Jika Engkau rasa boleh, lawatlah kami lagi, sekurang-kurangnya sebelum Engkau tinggalkan planet kami. Terima kasih, Tuan. Semoga Engkau diberkati, Tuan. Semoga pengiring-Mu diberkati. Semoga rakyat-Mu diberkati.

Raja Buddha Keamanan beritahu saya bahawa MAPA hendaki saya berada di sudut meditasi dan tidak keluar. Jadi itu bermakna saya tak dapat buat banyak dengan kerja Supreme Master Television hari ini. Raja Buddha Keamanan beritahu saya bahawa saya perlu berada di sini sepanjang masa, sepanjang malam dan tidak keluar sama sekali. Saya harap mungkin esok awal pagi jika saya tiada kerja lagi dengan MAPA dan Raja Buddha Keamanan, saya dapat bantu Supreme Master Television menyemak, membaca pruf dan mengedit semua rancangan di mana-mana saja perlu. Sekarang saya memohon izin untuk berehat sikit sebelum kami membuat kerja lain di bawah Perlindungan dan Bimbingan TUHAN. Amin. Terima kasih, Raja Buddha Keamanan. Syukur kepada Engkau, MAPA.

Saya perlu berkata bahawa itu suatu kejutan besar bagi saya, kejutan besar, kerana saya tidak jangkakan jenis pertemuan dengan Raja Buddha ini lagi. Sebelumnya, TUHAN berfirman kpd saya bahawa tiada lagi Raja Buddha yang boleh datang melawat dunia kita kerana Kuasa Mereka sudah terlalu besar. Jadi jika lebih banyak Kuasa lagi, mungkin struktur fizikal planet ini tak dapat menahannya. Jadi saya tidak jangkakan lebih banyak lagi lawatan daripada Raja Buddha. Tetapi semalam mengejutkan saya – mengejutkan tetapi gembira, gembira, riang. Terima kasih, Tuanku. Terima kasih, Raja Buddha Keamanan kerana masih bersimpati dengan planet ini dan benarkan Raja-raja Buddha datang membantu aku – maksudku membantu kami, membantu dunia. Terima kasih, Tuanku. Terima kasih dengan tidak terhingga. Terima kasih, Raja Buddha Keamanan, bapa kandungku pada zaman dahulu. Kasih sayang-Mu tidak mengenal sempadan, masa, ruang. Aku amat tersentuh dengan diriku begitu Engkau kasihi, begitu dikasihi oleh TUHAN Yang Maha Berkuasa. Aku orang yang paling bertuah di Alam Semesta. Syukur kpd Engkau, TUANKU, MAPA. Terima kasih, Tuan, Papa.

Photo Caption: “Selamat Pagi, TUHAN BERKATI Musim Bunga Roh”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (4/4)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-11-23
2238 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-11-24
1971 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-11-25
1469 Tontonan
4
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-11-26
1346 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-11-28
2 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-11-28
2235 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-11-28
57 Tontonan
Lagu, Gubahan, Puisi dan Persembahan Mahaguru Ching Hai (vegan)
2026-11-28
53 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-11-28
66 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-11-27
1002 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-11-27
919 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-11-26
303 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun