Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Tiga yang Paling Berkuasa: Tuhan, Tim Qo Tu dan Anak Tuhan telah Menjadi Satu, Bahagian 3 daripada 5

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Tolonglah, dengar kata-kata saya! Tolong dengar kata-kata saya, tolonglah, utk satu kali. Menjadi vegan! Berdoa kepada Tuhan. Jika anda tak rasa ada Tiga Yang Berkuasa, berdoalah kepada Tuhan. Pada masa ini, berdoa kepada mana-mana santo kecil, guru spiritual kecil dan Buddha tunggal tak begitu banyak membantu lagi. Maka berdoalah kpd Tuhan Yang Maha Berkuasa, berdoa kepada semua Guru bersama. Ubahlah diri anda menjadi orang suci di planet ini untuk bantu makhluk lain.

Jika anda tak pedulikan hidup dan mati, saya tahu ada keadaan sebegini. Saya tak peduli juga. Tetapi anda perlu pedulikan orang lain. Mereka lebih lemah. Mereka lebih mudah terdedah kepada bahaya. Mereka tak tahu banyak, terutama kanak-kanak, orang tua dan wanita lemah lembut. Tolonglah mereka. Selamatkan planet ini untuk mereka. Selamatkan mereka daripada kematian yang dahsyat ini. Tolonglah! Jika saya boleh mati utk mereka semua, saya akan buat begitu dgn serta-merta. Tuhan tahu akan ini. Saya tak berbohong kepada anda. Anda tahu saya tiada sebab. Tolong selamatkan planet ini.

Saya berterima kasih kepada anda semua yang suci yang merupakan orang yang bermeditasi. Tidak kira kaedah apa yang anda pilih, bersikap ikhlaslah, kenali diri anda di dalam, buat diri anda kekal suci di luar. Saya berterima kasih kepada anda semua yogi, biksu, biksuni, paderi yang ikhlas dan bertumpu dlm doa untuk diri sendiri dan makhluk lain kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa. Dan buat segalanya yang anda boleh utk bantu makhluk lain dan diri sendiri. Saya berterima kasih kpd anda semua. Meskipun anda belum lagi vegan, anda hanya tak tahu faedahnya.

Saya berterima kasih kpd anda semua yang cuba bersungguh-sungguh untuk menjadi suci dan kekal bersama Tuhan. Saya ucapkan terima kasih kpd semua orang vegan di seluruh dunia dan orang vegan baharu. Saya khususnya berterima kasih kpd anda orang vegan baharu yang telah banyak membantu saya jimatkan tenaga dan kuasa saya untuk uruskan hal lain. Jadi saya berterima kasih kpd anda semua Lagi banyak orang vegan yang kita ada lagi banyak tuah kita akan bawa ke dunia ini dan kita akan menyelamatkan planet ini.

Saya tak peduli sama ada anda pergi ke Syurga atau tak suka pergi ke Syurga, cuma sementara anda berada di sini, jika anda mati secara tiba-tiba tanpa mengetahuinya, anda tiada tempat untuk pergi dan akan menjadi mangsa semua syaitan dan entiti negatif yang masih bersembunyi dalam kegelapan, menunggu untuk menyerang anda dan anak anda, makan mereka hidup-hidup. Mereka suka makan kanak-kanak. Jadi semua kanak-kanak yang mati dalam banjir sekarang, atau dalam gunung berapi, gempa bumi, mereka makan mereka. Itu buat mereka menjadi lebih kuat dengan mendapat tenaga manusia. Dalam tenaga sebegini, tenaga yang dahsyat, mereka akan menjadi semakin kuat, kemudian akan bunuh anda semua. Itu saja yang saya khuatiri.

Saya tidak risau tentang kematian. Saya risau tentang selepas itu. Roh anda akan menjadi begitu bingung, begitu banyak menderita, dan mereka akan buat anda menjadi hamba. Tolonglah dengar kata-kata saya. Menjadi vegan! Berapa kurang lagi harus saya minta? Itu hanya bahagian manusia saya. Bahagian lain, saya masih bekerja untuk anda. Jangan risau. Saya hanya menangis disebabkan nasib anda. Saya bukan menangis kerana saya lemah atau risau tentang diri sendiri. Bukan macam itu. Tidak, tak pernah tentang diri sendiri.

Sekarang kita perlu bercakap dgn serius, orang saya. Tuhan beritahu kita supaya bermeditasi. Pada masa itu, belum ada Tiga Yang Berkuasa lagi – Tuhan, Tim Qo Tu dan Anak Tuhan. Sekarang Mereka menjadi Satu – Tiga kepada Satu. Pagi ini saja, Guru Tertinggi beritahu saya itu dan Tuhan memaklumi saya itu. Tapi Tuhan masih di sana sebagai Tuhan, begitu juga dengan Anak Tuhan, dan Tim Qo Tu yang berasal daripada Anak Tuhan sebagai satu lagi Anak Tuhan, masih sebagai Tim Qo Tu juga serta Raja semua Raja semua Raja semua Raja yg memerintah Alam Spiritual Baharu-Nya dan dunia ini dalam badan Manusia fizikal. Bukan senang nak jelaskan tetapi saya akan cuba dlm satu lagi percakapan apabila kita ada lebih banyak masa lapang!

Sebelum itu, saya, dah tentu, bermeditasi dan masih memanggil Mereka, “Tuhan yang dicintai, Tuan. Guru Tertinggi, Tuan.” Dan Dia beritahu saya, “Aku dan Engkau adalah Satu.” Saya kata “Ya, aku tahu akan itu tetapi kita masih berada di sempadan yang berasingan untuk membuat kerja yang berlainan.” Tetapi Mereka kata, “Tidak lagi. Itu tak cukup. Kita perlu Tiga dalam Satu.” Oh, saya begitu gembira! “Dah tentu. Dah tentu, Tuan, dah tentu. Aku cuma rasa aku orang yang terlalu rendah di dunia dan tidak cukup tapi jika Engkau perintahkan macam itu – ya ya, Tuan, dengan serta-merta.” Saya masih belum jadi biasa dengannya. Saya tahu akannya. Saya tahu secara teori sebelumnya tetapi tak dapat faham sepenuhnya. Tak apa, apa-apa saja.

Kami Bertiga. Jadi sekarang kami Bertiga akan lebih banyak bekerja bersama dan lebih efisien. Jadi anda ada harapan yang lebih besar untuk menyelamatkan dunia. Tetapi jika orang masih terus menjadi bukan vegan, itu akan ambil masa yang lebih lama, lebih sukar dan lebih banyak kerosakan akan dibuat terhadap dunia mereka. Cuma mungkin kita dapat menyelamatkan lebih banyak orang. Bermakna lebih 67% akan diselamatkan. Saya berfikir, hanya mengagak atau berharap macam itu. Kelihatan macam lebih cerah hari ini kerana sesetengah orang beralih kepada vegan. Jika lebih banyak orang beralih kpd vegan, 96%, ia akan dilakukan dengan senang sekali.

Sekarang masih ingat, anak murid Tuhan, saya beritahu anda bahawa anda dan saya perlu bermeditasi selama 11 jam setengah. Pertama kali pandang, saya berfikir, “Oh! Tidak, kita tak dapat.” Kerana kita sibuk bekerja, untuk Supreme Master TV juga. Tapi dah tentu, kita dapat. Saya terlupa. Setiap hari kita bermeditasi sebelum tidur. Saya juga buat begitu pd bila-bila boleh.

Jadi anda perlu gunakan waktu malam. Apabila anda sudah bermeditasi pada masa anda, kemudian anda pergi ke katil atau mana-mana saja anda berehat pada waktu malam di dalam khemah atau bilik, vila anda, sebelum anda berbaring untuk tidur, anda bermeditasi. Masih ingat? Masih ingat pada waktu inisiasi saya beritahu anda itu? Sebelum anda berbaring untuk tidur, anda duduk bermeditasi dengan cara postur duduk biasa.

Sebelum saya terlupa, anda perlu bermeditasi secara berkadar dengan Bunyi, Bunyi Syurga di dalam. Jadi anda menerima lebih banyak ajaran macam itu kerana itu ialah Ajaran secara langsung dari Syurga setinggi mungkin, apa-apa saja yang dapat anda terima di tahap makrifat anda, pada status tahap makrifat anda. Anda akan menerima dari Syurga yang tertinggi atau lebih tinggi, yang pertengahan atau yang lebih rendah dan paling rendah. Tuhan wujud. Ingatlah akan ini.

Anda duduk di atas katil sejurus sebelum anda benar-benar terlalu letih. Jika anda dapat duduk sepanjang malam, itu bagus. Jika tak dapat, anda boleh regangkan badan kadangkala di atas kusyen meditasi, kerusi atau di atas lantai. Jangan terlalu banyak di atas lantai. Jika rumah anda ada angin sejuk, pastikanlah anda tidak terkena angin sejuk. Anda boleh dapatkan salah satu benda yang saya reka bentuk atau anda sendiri mereka bentuk. Begitu senang, hanya sehelai kain, pasangnya di sekeliling katil anda, ikat semuanya dalam satu ikatan dan cangkukkannya pada siling, seperti khemah. Itu apa yang saya buat untuk diri sendiri. Ini akan menutupi katil, akan menghalang semua angin sejuk semasa anda tidur. Ini sangat mirip dengan khemah yang saya reka bentuk yang boleh anda gantungkan pada pokok, jenis bentuk itu dan sebagainya.

Anda boleh beli sehelai kain, kain lut udara, gantungkannya pada siling – ikat semuanya dalam satu simpulan pada siling dan pasangnya di sekeliling katil, kusyen atau beg tidur anda, atau hanya beli khemah, khemah orang Red Indian, jika rumah anda boleh adanya. Itu saja, dan anda duduk di dalamnya. Anda boleh duduk di halaman juga dalam cuaca panas. Jangan lakukannya dalam cuaca sejuk. Lebih baik tidak. Jika tidak, anda boleh gunakan dua buah, satu khemah di dalam khemah lain. Maka seharusnya cukup panas. Tetapi khemah ialah plastik, jadi saya tak pasti sama ada semua khemah sihat untuk anda berada di dalamnya setiap malam.

Jadi hanya bagi anda, (anggota pasukan Supreme Master TV) di rumah saya, anda boleh mintanya daripada syarikat Pakaian Firdausi saya, setiap orang mendapat satu secara percuma, dan biarnya dihantar kepada anda tapi secara berhati-hati. Jika anda tinggal di luar, tidak dekat dengan syarikat saya, bukan kawasan sama dgn syarikat saya, maka ia perlu dihantar secara berhati-hati seperti salah seorang saudara kita di luar supaya tiada sesiapa yang dapati anda tinggal di mana kerana kita berbuat baik untuk orang tetapi tak sentiasa selamat. (Lihatlah Elon Musk. Dia hanya buat kerja baik. Orang tetap tak faham dan cuba memudaratkan dia dan perniagaannya.) Anda faham itu?

Jadi sebelum anda tidur, anda duduk di sana dalam status meditasi. Jika anda benar-benar letih dan tiada apa-apa pun untuk bersandar, maka hanya regangkan badan dan tidur dalam jenis status meditasi ini. Maka anda akan bermeditasi sepanjang malam dan lakukannya selama 11 jam setengah, tiada masalah. Tetapi anda perlu lakukan Quan Yin (meditasi pada Bunyi Syurga dalaman) dulu kerana apabila berbaring, anda tak dapat lakukan Quan Yin. Kebanyakan masanya anda tak dapat kerana anda sudah tidur. Jadi Quan Yin adalah baik semasa anda duduk. Anda lebih jaga kerana anda boleh jatuh. Badan anda mungkin jatuh semasa anda lakukan meditasi lain. Tetapi Quan Yin, anda tak harus jatuh. Status itu adalah baik untuk anda duduk. Sekarang, itu saja.

Memang, saya lihat. Kadangkala saya benar-benar bermeditasi selama 15, 16 jam di antaranya, pada masa lapang. Kadangkala saya tiada begitu banyak rancangan untuk disemak seperti hari-hari lain, maka saya dapat lakukan selama banyak jam, lupakan makanan, lupakan apa-apa saja, hanya bermeditasi, kemudian macam itu sepanjang malam, tiada masalah. Jadi anda boleh cuba itu, cuma pastikan anda panas sepanjang malam kerana semasa bermeditasi, mungkin anda tidak sedar akan segala angin sejuk dan segala-galanya yang boleh buat anda rasa sakit kemudiannya selepas anda keluar daripada samadhi. Jagalah diri baik-baik. Jika terlalu panas, kemudiannya mungkin menjadi sejuk, maka anda letak lebih banyak selimut di sebelah anda, atau jaket di sebelah tempat anda tidur. Jadi apabila sejuk, anda boleh segera ambilnya dan letak pada anda atau letak pek panas di sebelah anda semasa cuaca sejuk. Anda akan memanaskan diri dengan serta-merta. Jagalah diri baik-baik. Jagalah anak baik-baik. Pastikan mereka faham dan buat apa yang mereka nak buat sementara membuat diri kekal panas.

Begitu kasihi anda semua. Pelukan kumpulan yang besar. Saya telah berjanji kepada anda untuk beritahu anda cara bermeditasi semasa ada jadual kerja yang sibuk. Tetapi kebanyakan masanya, saya tak dapat lakukannya selama 15, 16 jam macam itu kerana ada begitu banyak kerja untuk Supreme Master TV.

Ringkasnya, anda bermeditasi sebelum berbaring, jika perlu. Selepas melakukan meditasi biasa, anda boleh duduk di tempat tidur, teruskan dengan Semangat meditasi yang sama, kemudian berbaring dengan perlahan sementara masih dalam sikap ini. Macam ini, anda akan bermeditasi sepanjang malam, maka 11 jam setengah dapat dipenuhi. Jangan risau.

Photo Caption: Terus Hidup untuk Makhluk Lain!

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (3/5)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-04-18
3597 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-04-19
2708 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-04-20
2420 Tontonan
4
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-04-21
2306 Tontonan
5
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-04-22
2491 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android