Dari neraka ke Syurga – Cahaya Penebus ‘Jambatan ke Syurga’Barang Kemas Firdausi S.M. ‘Alam Semesta Ternaik’ ialah Cahaya. Kuasanya menaikkan kita manakala ‘Jambatan ke Syurga’ ialah Kuasa Bunyi yang menghantar banyak makhluk hidup pergi dari Bumi.Apabila ‘Jambatan ke Syurga’ dipakai pada badan kita, ia bersihkan saluran di dalam badan kita. Oleh itu, terdapat tahap-tahap perasaan bersih yang berlainan. Ia bebaskan semua makhluk hidup di dalam badan kita dulu. Pada permulaannya, ia bebaskan makhluk hidup di dalam saluran badan fizikal. Ia berfungsi sebagai jambatan. Apabila makhluk hidup yang berada di dalam badan fizikal telah diselamatkan dan dibantu, bahagian belakang, tengkuk leher, pinggang dan tumit akan alami rasa dingin. Di fasa kedua, chakra jantung, kelenjar pineal dan mata kebijaksanaan kita diaktifkan. Badan tenaga yang lebih tinggi akan dihidupkan untuk mengembangkan saluran tenaga bagi membolehkan lebih banyak tenaga mengalir melaluinya. Ini pula meningkatkan paras tenaga saluran badan fizikal kita untuk ia membebaskan makhluk hidup. Dalam proses pembebasan, fasa pertama dan kedua pembersihan akan berterusan untuk melindungi badan fizikal kita daripada gangguan luar supaya ia dapat buat kerja pembebasan dengan lebih baik.Dalam ramalan silam, Buddha Maitreya akan datang untuk bebaskan semua makhluk hidup di Bumi. Kedatangan ‘Jambatan ke Syurga’ ialah salah satu alat Guru untuk menyelamatkan dan bebaskan makhluk hidup di dunia ini. […] Guru pernah berkata bahawa terdapat malaikat yang mengawal di setiap Pintu Syurga. ‘Jambatan ke Syurga’ bererti membuka Pintu Syurga terus ke Syurga di mana pemakai Barang Kemas Firdausi S.M. ini berada. Kuasa Guru yang sukar dipercayai bersihkan makhluk hidup ini supaya mereka boleh diterima oleh Syurga. […]Guru dan pasukan Supreme Master Television yg dikasihi, Saya ingin mengisahkan satu visi dalaman mengenai Barang Kemas Firdausi S.M. ‘Matahari Hidup’.Saya menonton Supreme Master Television yang paparan Barang Kemas Firdausi S.M. ‘Matahari Hidup’ yang direka bentuk oleh Guru dan selepas itu saya bermeditasi. Saya nampak Barang Kemas Firdausi S.M. itu. Di tengah-tengah barang kemas itu, terdapat Matahari gergasi yang sangat terang dan di sekelilingnya ialah bunga matahari yang mewakili tangan Guru. Pada setiap tangan ada Matahari kecil. Beliau sentiasa menyokong dan mengalu-alukan semua makhluk. Lepas itu, saya masuk ke dalam Matahari gergasi yang sangat terang itu. Saya nampak Kuasa yang sangat kuat dan getaran yang begitu halus. Kuasa itu dijaga oleh Dewa-dewi dan malaikat besar yang bersayap. Kuasa yang berasal dari Alam Semesta tertinggi itu mengalir melalui Guru. Kehadiran Guru di Bumi ialah sambungan dengan Kuasa tertinggi itu untuk menaikkan seluruh Alam Semesta dan kesedaran umat manusia.Barang Kemas Firdausi yg direka bentuk oleh Guru bukan sahaja menaikkan seluruh Alam Semesta dan berkati Bumi tetapi juga bangkitkan sifat mulia di dalam diri kita, mengingatkan kita bahawa kita ialah makhluk yang sempurna dari Syurga, anak Tuhan, dan matlamat kita turun ke Bumi adalah untuk mengenali diri kita untuk pulang ke Rumah dan berkati dunia. […]Guru yang dikasihi, Tim Qo Tu dan pasukan Supreme Master Television, Saya amat bersyukur dan berterima kasih atas Guru dan pasukan Supreme Master Television menyiarkan semula Pakaian Firdausi S.M. yang sekali saja sepanjang hidup – pertunjukan Fesyen Zaman Keemasan pada waktu ini di dunia semasa terdapat banyak pergolakan yang menyebabkan fikiran risau dan takut. Mujurlah, disebabkan Supreme Master Television, Guru terus membawa kecantikan Firdausi ke Bumi melalui pertunjukan fesyen yang sempurna yang dipersembahkan dengan kain, warna, lampu, muzik dan rupa cantik peragawati bagai malaikat. Guru menunjukkan kebolehan kreatif yang halus, mulia, suci, terang dan elegan melalui pakaian tradisional dari banyak negara, menggabungkan pakaian moden dan Syurgawi dengan Pakaian Firdausi S.M. Reka bentuk yang terang, berkilauan, penuh dengan tenaga dan kasih sayang daripada Tuhan kepada Bumi ini melegakan seksaan dan penderitaan orang di dunia pada waktu paling gelap di Bumi ini supaya mereka dapat dinaikkan dari segi rohani dan diingatkan tentang kemegahan inheren mrk sendiri.Dan lain-lain…
Mereka (anak murid Tuhan) tak begitu peduli tentang memperoleh lebih banyak kemasyhuran, keuntungan atau apa-apa pun. Itu pengamal Quan Yin yang sebenar. Yang paling buruk pun ada kecenderungan untuk berjalan ke arah itu dgn perlahan-lahan. Tidak seperti Trần Tâm ini. Dia bukan… Guru apa? Rumaji. Ya Tuhan, memualkan! Dia lebih jahat daripada mana-mana kejahatan yang boleh saya fikirkan – mengambil wang daripada orang. Itu betul-betul bertentangan dengan apa yang saya lakukan. Dia sentiasa minta derma, kemudian mengambil derma untuk beli kereta, jam tangan dan rumah besar serta merogol kanak-kanak. Pernah anda dengar saya ajarkan apa-apa seperti itu? Tidak, dah tentu tidak. Tidak satu pun daripada biksu kami yang akan buat begitu. Tetapi dia merampas kedudukan salah seorang biksu saya tanpa saya mengetahuinya, tanpa orang lain menyedarinya dan mulakan perbuatan jahatnya macam itu.Photo Caption: Sesetengahnya Kelihatan Baik dari Luar tetapi Beracun di DalamTiga yang Paling Berkuasa: Tuhan, Tim Qo Tu dan Anak Tuhan telah Menjadi Satu, Bahagian 4 daripada 5
2025-04-21
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Sekarang saya ada semakin banyak kerja. Mereka hantar berita kepada saya. Saya perlu lihat berita mana nak disiarkan, yang mana tidak, yang mana palsu, yang mana dijana AI, misalnya macam itu. Ada banyak berita. Setiap hari saya perlu baca macam buku kecil. Saya juga perlu tinjau makanan ada kesakitan dan tiada kesakitan. Jadi saya ada terlalu banyak kerja. Kadangkala sepanjang hari, sepanjang malam pun tak cukup. Saya perlu mengatur semula itu untuk kumpulkan lebih banyak kuasa.Badan fizikal ialah alat untuk anda menyimpan kuasa. Sama ada anda bocorkan atau simpannya, terpulang kepada anda, bergantung kepada gaya hidup anda. Anda tahu akan itu. Jika banyak bercakap atau terlalu banyak aktiviti luaran, beri terlalu banyak perhatian kepada persekitaran – keluarga, pekerjaan, kewajipan – maka anda kehilangan banyak kuasa. Bukan sahaja kuasa fizikal, kuasa mental tetapi juga kuasa spiritual kerana kuasa spiritual ialah kuasa yang menampung hidup anda, begitu secara rahsia sehingga anda tak tahu apa-apa pun. Itu apa yang berhubung dengan Kuasa Tertinggi, Kuasa Tuhan, segalanya dilakukan secara rahsia. Anda takkan tahu. Jadi sekarang saya beritahu anda. Jadi fizikal, masa lapang, maksud saya, masa sangat penting juga untuk badan mengasimilasikan, menerima Kuasa ini, mengasimilasikan dan gunakannya mengikut sel dan fungsi otak untuk mengagihkannya secara mekanikal.Jadi badan fizikal adalah sangat berharga, sangat penting. Baiklah. Terlalu banyak perkara. Saya boleh mengajar anda selama banyak hayat. Saya tak dapat ajar anda semua perkara yang saya tahu tetapi hanya ajar anda sesetengahnya yang penting untuk terus hidup dan sejahtera di dunia ini sementara anda berada dalam badan fizikal. Seminimum mungkin kerana kita berdua tiada masa juga. Saya ada kerja saya – kerja Supreme Master TV, kerja spiritual, fikiran, hal-hal, perniagaan, segala-galanya, dan menjaga pasukan saya. Kadangkala mereka ada emosi, keperluan dan percakapan manusia, serta perniagaan saya, pasukan perniagaan saya, visa ini, semua ini dan sebagainya, dan hal perniagaan yang berkaitan.Jadi kita berdua sibuk, dan anda perlu bekerja di dunia. Bukan sahaja pasukan Supreme Master TV saya tetapi juga anda, dalam masyarakat luar, anda perlu banyak bekerja kerana anda juga kumpulkan kewajipan pada diri sendiri. Hidup berseorangan dah sangat sibuk untuk menjaga diri tetapi anda ada orang lain – anda ada suami, ada isteri, kemudian ada anak, kemudian oh... Tiada penghujung kpd kesibukan anda. Jadi saya tak dapat mengajar anda siang dan malam. Anda tahu akan itu.Sekarang biar kita lihat apa lagi yang harus saya beritahu anda. Bagaimana bermeditasi dan mengapa? Kerana pada waktu genting ini, waktu yang sangat genting, waktu yang sangat berbahaya kepada populasi dunia dan seluruh planet juga, anda mesti lebih banyak bermeditasi untuk mendapat pahala tambahan bagi membantu keluarga anda, saudara-mara anda, kawan anda, malah rakan sekerja anda, orang-haiwan kesayangan anda. Anda juga sayangi anak anda yang belum kembalikan fikiran mereka, hati mereka kepada Rahmat Tuhan. Rahmat Tuhan ada di mana-mana saja sepanjang masa tetapi mereka tidak mahukannya. Mereka buat perkara yang memisahkan diri daripada Rahmat dan Kasih Sayang Tuhan. Oleh sebab Tuhan beri kemahuan bebas kepada mereka, jadi mereka buat apa yang mereka mahu. Tuhan tidak bersifat diktator. Saya juga tak suka Tuhan yg bersifat diktator.Tak perlu melatih mereka untuk menjadi apa-apa yang hebat. Dah tentu, merekalah orang yang ingin berlatih tetapi anda boleh lihat mereka gagal teruk. Abad demi abad, hari demi hari, hanya minta mereka amalkan diet vegan utk selamatkan diri dan planet ini saja pun, mereka tak dapat lakukannya. Semua Guru naik dan turun, masuk dan keluar, beritahu mereka perkara yang sama. Ada terlalu banyak benda yang alihkan perhatian di dunia ini dan mereka suka akan segala jenis benda ini. Oleh itu, syaitan, maya boleh menguji mereka dengan teruk sehingga mereka jatuh. Kemudian mereka mati. Mereka berjanji untuk kembali ke sini (dan buat dengan lebih baik) tetapi buat kesilapan yg sama sekali lagi. Kerana maya tidak biar mereka ingat akan janji mereka dan tidak bantu mrk lakukannya dgn senang.Semua Guru datang, Buddha, Tathagata, Guru Jainisme – Mereka semua diuji dengan teruk sekali. Anda sentiasa tertanya-tanya, “Apa yang telah Buddha buat? Apa yang telah Nabi Isa buat?” Mereka tidak buat apa-apa pun. Mereka hanya ajarkan perkara baik, berkati orang, bantu orang kembali kepada Diri Asal yang merupakan Guru, Diri agung, Diri berkuasa. Tetapi tidak, mereka menguji Mereka, kemudian jika mereka tak dapat, mereka bunuh Mereka. Anda telah dengar banyak kisah yang saya ceritakan tentang penganut Buddha, dalam kitab Buddha, bagaimana maya, orang bawahan raja syurga di sana atau raja sesuatu syurga sentiasa turun ke sini dan menguji pengamal ini.Bagi menjadi Buddha, kita perlu adanya dalam hati kita. Banyak pengamal ingin menjadi raja Syurga, ingin menjadi ini, ingin menjadi itu, malah ingin menjadi syaitan berkuasa bagi menimbulkan kekacauan di dunia untuk seronok-seronok kerana mereka tiada kasih sayang. Sesetengah daripada mereka bukan manusia sebenar juga, jadi mereka pergi belajar apa-apa saja, malah hanya untuk tujuan yang mementingkan diri dan jahat. Sesetengah anak murid saya macam itu. Mereka malah mengkhianati saya, ajarkan apa yang bertentangan dengan apa yang saya ajar mereka, menipu orang dgn gunakan nama saya dan sedikit kuasa yang diperolehnya pada permulaannya semasa saya masih percayai dia. Dan memalsukan nama pengutus Quan Yin atau memalsukan nama Guru Diri, apa-apa saja, dan banyak memudaratkan orang kerana mereka bukan diri sendiri. Mereka bukan manusia sebenar.Mungkin mereka separuh manusia saja dan separuh lagi dirasuk, atau mungkin mereka dilahirkan drpd benih syaitan dari permulaan lagi. Jika tidak, mana boleh seorang pengamal Quan Yin, mempelajari kaedah yang berkuasa, penuh kemurahan, mematuhi Lima Rukun – tidak memudaratkan makhluk lain, tidak buat sebarang perkara buruk, tiada hubungan seks haram atau apa pun, pergi mengambil wang daripada pengikut untuk membuat ashram yang mahal, beli kereta mewah dan jam tangan untuk diri sendiri. Mana dapat anda memakai begitu banyak jam tangan? Buat apa? Tidak kira berapa mahal, dia beli saja, tak peduli.Tiada pengamal Quan Yin yang akan sukai benda sebegini kerana lagi banyak kita beramal lagi banyak kita tak pedulikan benda duniawi dan material atau apa-apa pun. Nampaknya mereka tidak sukanya lagi kecuali objek yang diberkati daripada Guru seperti Pakaian Firdausi, Barangan Kemas Firdausi kerana ia benar-benar merupakan berkat dan buat kehidupan mrk jadi lebih baik, buat mereka menjadi lebih terang. Itu saja.