Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Buku ‘Hubungan Langsung dengan Tuhan – Jalan untuk Capai Keamanan’ mengandungi petikan daripada Lawatan Khutbah Eropah 1999. Dalam perjalanan hebat yang termasuk 18 perhentian dalam 40 hari itu, mesej yang kuat untuk dunia, ‘Hubungan Langsung dengan Tuhan – Nampak Tuhan Sementara Hidup’ menerangi banyak hati yang mencari jawapan di penghujung abad lalu yang bergolak. Banyak orang juga alami pembaharuan besar sementara menghayati kata-kata bermakrifat ini melalui setiap medium yang mungkin. Permintaan terhadap koleksi kata-kata daripada lawatan ini akhirnya membawa kepada penerbitan buku ini. Hari ini, kami berbesar hati untuk berkongsi petikan Lawatan Khutbah Eropah 1999 Mahaguru Ching Hai daripada buku-Nya ‘Hubungan Langsung dengan Tuhan – Jalan untuk Capai Keamanan’. “Melalui Lebih Banyak Cara Damai...” “[…] Guru beritahu audiens-Nya bahawa Beliau datang untuk menawarkan makrifat kpd mereka. Ini hadiah terbaik yang boleh Tuhan berikan kepada kita semua kerana ia “satu-satunya penyelesaian kepada segala jenis penyakit di dunia ini.” Guru kata Beliau datang “untuk meningkatkan kesedaran orang, membantu kamu ingat akan Dirimu yang lebih tinggi, lebih mulia supaya suasana akan berubah dan tenaga akan menjadi lebih penyayang, lebih mulia dan lebih seperti alam yang lebih tinggi.” Sesungguhnya, keamanan di Balkan datang lebih awal daripada yang dijangkakan oleh orang. Pada waktu yang sama dengan Guru menamatkan khutbah terakhir-Nya dalam lawatan Eropah, pihak-pihak yang berperang di Kosovo telah menandatangani perjanjian damai. Dua ribu tahun yang lalu, Nabi Isa berkata kepada anak murid-Nya, “Tuhan akan berikan seorang lagi Penawar Hati kepada kamu.” Penawar Hati zaman kita telah datang kepada kita. Beliau ialah Mahaguru Ching Hai. Seperti semua Guru terdahulu, Guru Ching Hai datang daripada Tuhan. Beliau di sini untuk menunjukkan Jalan kembali kepada Tuhan dan bantu kita merealisasikan Syurga di Bumi. Jika kita perlu mengalami kesakitan dan penderitaan untuk menyedari bahawa kita perlukan Penawar Hati, maka mungkin kita tidak menderita dengan sia-sia saja.” Petikan Lawatan Khutbah Eropah 1999 Mahaguru Ching Hai “[…] Guru nyatakan, “Di alam semesta dan secara umumnya di planet ini, Tuhan telah cipta banyak benda untuk dinikmati oleh anak-anak-Nya, benda material dan juga benda yang sangat abstrak. Benda material bawa keselesaan, kekayaan dan banyak kepuasan kepada kita manakala pengetahuan spiritual yang abstrak bawa kebahagiaan, kegembiraan dan hidup abadi kepada kita... Seseorang yang berjaya dalam pemerolehan material banyak menikmatinya dalam keselesaan material tetapi kadangkala ia beri kesan sampingan. Dia lupa akan berkat spiritual yang Tuhan simpan untuk kita semua. Orang yang hanya berjaya dalam aspek rohani pula kadangkala tidak mempedulikan pemerolehan material. Jadi kadangkala ini juga beri kesan sampingan kepada orang yang lihat mereka. Ini buat mereka membentuk pendapat tentang mereka bahawa mengikut Tuhan dan menjalankan amalan spiritual akan membawa kepada kemiskinan.” “Sesetengah orang yang berjaya dalam kedua-dua aspek material dan rohani kadangkala menampilkan diri dalam kedua-dua aspek. Ini juga beri kesan sampingan. Orang akan tertanya-tanya, ‘Apa jenis pengikut Tuhan ini yang kelihatan begitu mewah dan tidak kelihatan macam pendeta?’ Jadi sentiasa ada kesan sampingan bagi segalanya. Ini kerana minda orang kita telah menjadi biasa dengan satu ekstrem atau ekstrem lain tetapi kita memang boleh meneutralkan aspek material dan rohani dan buatnya jadi kehidupan yg sempurna untuk diri sendiri... Kita ialah anak Tuhan. Kita boleh memilih utk buat apa-apa saja yang kita mahu tetapi kita mesti tahu caranya.” “Selepas berjaya dalam amalan spiritual, kita juga sering secara sampingan memperoleh kejayaan material juga. Sebab itulah dalam Injil, ada dinyatakan “Carilah Kerajaan Tuhan dulu dan segalanya yang lain akan ditambahkan kepada kamu...” Untuk berjaya di dunia spiritual, kita perlu mengetahui cara berhubung dengan sumber semua kuasa spiritual... Untuk berbuat demikian, kita perlu berdiam untuk seketika dalam hidup kita dan kita akan tahu bagaimana bertumpu, kemudian kita dapat berkomunikasi dengan Tuhan.” Ia Sudah Pun Sedia Wujud ms. 37-38 “[…] Sesetengah daripada kita cemburui ahli perniagaan yang berjaya tetapi mereka tidak tahu berapa banyak kerja, berapa banyak tenaga, berapa banyak masa, berapa banyak pengorbanan yang perlu mereka curahkan dalam perniagaan untuk mendapat apa yang mereka miliki. Itu hanyalah untuk benda fana, material, boleh musnah yang tidak berkekalan. Untuk itu kadangkala kita bekerja selama 8, 10, 12, 14 jam setiap hari, lupa akan isteri, lupa akan anak, lupa akan kawan, kadangkala kita sendiri jatuh sakit, alami tekanan mental, menua dengan pantas dan alami segala jenis ketakselesaan hanya untuk memperoleh kejayaan material. Sudah tentu, kita lupa akan Tuhan juga. Kebanyakan orang, apabila terlalu sibuk, malah lupa akan diri sendiri. Jadi sekarang kita bincangkan aspek rohani: Berapa banyak kita perlu bekerja untuk berjaya dalam usaha menyedari Tuhan, mendapat kembali seluruh Kerajaan alam semesta untuk diri sendiri? Berapa banyak kerja? Hampir tidak ada. Tidak ada apa-apa yang perlu dibayar, tidak ada syarat, tidak ada usaha, tidak ada apa-apa yang mengikat! Tidak ada kerugian, risiko, hanya untung. Mengapa? Kerana kita ialah anak Tuhan. Kita sudah memilikinya. Jika kita mempunyai sesuatu di dalam kocek, perlukah kita bayar untuknya? Kita tidak perlu bayar untuk kulit kita, tidak perlu bayar untuk rambut kita dan tidak perlu bayar untuk senyuman cantik kita. Ia sudah pun sedia wujud.” “Mengangkat Gagang Telefon yg Betul” “Kita telah habiskan banyak masa berdoa, menangis dan meminta untuk mengenali Tuhan tetapi Dia masih terlalu jauh kerana kita tidak mengangkat gagang telefon yang betul. Jika kita bercakap di telefon sepanjang hari tetapi kepada orang yang tidak betul atau telefon yang terputus, kita tidak boleh mendapat jawapan. Kita boleh menjerit, memekik atau meraung di telefon sepanjang hari, itu tidak akan membantu apa-apa. Tuhan telah memasang telefon di dalam diri kita supaya kita boleh berkomunikasi secara langsung dgn Dia tetapi setelah kita turun ke dunia ini, sambungan kita terputus. Sebab itulah Tuhan sentiasa hantar Anak Syurga ke dunia lagi untuk mengingatkan saudara-Nya tentang cara kembali kepada Dia. Tetapi sudah tentu, apabila Anak Tuhan datang ke sini, Dia membawa bersama-Nya kuasa dan kasih sayang yang begitu besar yang kadangkala kita rasa takut. Sebab itulah sesetengah orang cuba mencederakan Dia, seperti dalam kes Nabi Isa. Baginda kelihatan tidak berbeza dengan kita, tetapi di dalam, dari segi rohani, Baginda berbeza. Pada asalnya kita tidak berbeza dengan Nabi Isa, seperti yg Nabi katakan, “Apa-apa yang saya lakukan, kamu dapat lakukan juga.” Cuma kita telah begitu banyak dilitupi oleh lumpur material atau vel material gelap sehingga kita lupa akan siapa kita sebenarnya. Sama seperti seseorang yang lemas di dalam air: Dia kelihatan basah, kelihatan tidak keruan serta kelihatan sakit dan pucat. Tetapi orang yang berdiri di tebing masih bersih. Dia kelihatan berpakaian cantik dan masih kuat. Orang itu dapat menarik orang yang lemas keluar dari air. Pada asalnya, orang yang lemas tidak kelihatan berbeza dengan orang yang berdiri di tebing kerana mereka berdua kering dan berpakaian cantik. Cuma dia lemas, jadi kelihatan berbeza untuk seketika. Selepas dia telah ditarik keluar dari air, dipanaskan, diberi makan, diberi pakaian dan dijaga, dia akan kelihatan megah dan normal semula, seperti orang yang berdiri di tebing.” ‘Hubungan Langsung dengan Tuhan – Jalan untuk Capai Keamanan’ boleh dimuat turun secara percuma di SMCHBooks.com dan telah diterbitkan dalam bahasa Inggeris dan Âu Lạc (Vietnam).