Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
“Mengetahui ialah Satu Perkara dan Membuat ialah Perkara Lain” “Kami ingin dengar apa itu kaedah Guru dan apa kandungan sebenar kaedah Guru kerana banyak perkara yang Guru sebut kami sudah tahu.” “Jika kamu ingin tahu, kamu perlu berada di sini lebih lama sikit selepas khutbah ini. Bukanlah saya boleh beritahu kamu, kemudian itu saja. Ini bukanlah kaedah bertulis. Ini ialah sambungan semula dengan Kerajaan Tuhan melalui ‘tiang hidup’, sama seperti tenaga elektrik. Hanya sambungkan semula, kemudian kamu akan mendapat tenaga elektrik. Meskipun saya duduk di sini dan bercakap sepanjang malam selama seratus tahun, kamu tetap tidak akan mendapat Kerajaan Tuhan. Tetapi jika kita duduk bersama dan ada sesuatu yang berlaku secara tidak nampak, kamu akan tahu. Maka barangkali saya akan beritahu kamu cara duduk supaya kamu lebih selesa, berapa jam sehari kamu harus berkomunikasi dengan Tuhan jika kamu mahu dan butiran-butiran ini. Sebenarnya ini bukanlah kaedah. Kaedah ini tidak dapat digambarkan. Ia tidak tertulis. Meskipun ia tertulis, ia bukan benda sebenar. Benda sebenar mestilah melalui tiang hidup daripada Tuhan, ditransmisikan daripada Tuhan melalui tiang hidup terpilih yang lain. [...] Benda sebenar ditransmisikan secara senyap. Apabila kamu sudah sedia, ia akan ditransmisikan kepada kamu. Meskipun saya tidak berada di sini, jika kamu mahu, saya boleh transmisikan kepada kamu dari Amerika atau malah dari Bulan, dan semuanya secara senyap. Itulah keajaiban Tuhan.” “Itu Soal Sudah Berapa Sedianya Kita” “Mengapa sekarang terdapat begitu banyak guru spiritual yang berikan khutbah di seluruh dunia dan menyebarkan ajaran mereka? Apakah yang menanti planet Bumi kita? Haruskah kita bersedia untuk perubahan penting yang akan mempengaruhi seluruh umat manusia?” “Agaknya ini kerana Tuhan pengasih, dan juga kerana sistem komunikasi sekarang sangat efisien, dan kerana pengangkutan sekarang sangat mudah, dan agaknya kerana kita lebih bertamadun, undang-undang melindungi Guru spiritual. Mereka tidak membunuh atau memaku Mereka pada salib lagi. Jadi Guru lebih bebas untuk menyebarkan mesej Kebenaran. Kita harus rasa gembira! Lagi banyak Guru lagi baik untuk kita. Saya ingin bawa semua Guru dari Syurga ke bawah sini tetapi Kehendak Tuhan perlu diikut. Itu juga bukan soal ada berapa banyak Guru. Itu soal berapa sedianya kita. Jika kita sudah sedia, satu Guru untuk seluruh dunia pun sudah cukup kerana Guru tidak perlu hadir di kawasan sekitarmu untuk beri inisiasi kepada kamu. ” “Berhubung dengan Tuhan dan Mengubah Sejarah Planet Kita” “Apakah pendapat Guru tentang Perang Dunia Ketiga, UFO dan perubahan iklim?” “Perang Dunia III tidak akan berlaku jika kamu lebih banyak bermeditasi, jika kamu lebih banyak berdoa dan jika kita lebih kenali Tuhan. […] Hanya makrifat dapat hancurkan kejahilan. Hanya kasih sayang Tuhan dapat hapuskan kebencian. Hanya persaudaraan sebenar dapat menyelesaikan konflik-konflik dan pendapat-pendapat yang berlainan dalam kalangan saudara kita. Jadi jika kamu dan saya tidak mahukan Perang Dunia III, maka bantulah saya. Bawa kasih sayang Tuhan ke planet ini. Bantu saya dengan berdoa bersama-sama secara senyap untuk mengenali Tuhan, membawa kasih sayang dan Kerajaan Syurga-Nya ke planet ini. Saya tidak hasratkan sebarang ganjaran daripada kamu atau Syurga. Saya hanya hasratkan apa yang kamu hasratkan, iaitu planet yang aman damai untuk anda dan saya juga. Demi itu, saya akan habiskan masa, wang dan tenaga saya untuk bantu membawa keamanan dan bukan habiskan tenaga, masa dan wang pada senjata dan pembunuhan. Menjadi guru diri sendiri, memenangi kelemahan kita sendiri, ego dan kecenderungan jahat kita ialah kemenangan terbaik daripada mana-mana peperangan. Sementara saya bercakap dengan kamu sekarang, saya juga bercakap dengan roh-roh di Yugoslavia dan semua negara yang masih cuba menyelesaikan konflik dengan cara ganas. Itu sebabnya saya di Eropah pada masa ini dan membuat lawatan ke seluruh Eropah, berharap dapat membawa mesej ini ke dalam jiwa saudara-saudara ini. Sudah tentu, ini juga disebabkan oleh permintaan saudara seamalan spiritual saya yang sangat penyayang. […] Saya ada perasaan yang sangat kuat bahawa segala niat baik daripada saudara kami, niat baik saya bersama dengan doa senyap kami dalam hati dan tenaga spiritual yang kuat dapat mengubah perjalanan sejarah dan minimumkan Perang Dunia III yang kamu takuti. Jadi jika kamu risau tentang Perang Dunia III, maka buatlah sesuatu. Ambil tindakan: Berjuang dengan kasih sayang Tuhanmu, berjuang dengan kuasa spiritualmu. Berjuang secara senyap dari sudut rumahmu. Berjuang bersama kami, iaitu dapatkan inisiasi, bermeditasi, berhubung dengan Tuhan dan mengubah sejarah planet kita.” “Saya Tidak Dapat Meyakinkan Kamu Kecuali Kamu Sendiri Makan Kek Ini” “Bagaimana Guru tahu bahawa jalan Guru ialah jalan yang benar? Terdapat banyak agama di dunia dan semuanya mendakwa mempunyai mesej benar. Siapakah yang kata jalan Guru berbeza? Saya rasa mungkin ini sama seperti gereja lain yang menjalankan sejenis kegiatan yang baik untuk umat manusia.” “Kamu perlu cuba sebelum kamu dapat menilai. Saya tidak dapat meyakinkan kamu kecuali kamu sendiri makan kek ini. Saya juga telah beritahu kamu bahawa apa-apa pun jalan yang kamu hendak pilih, jika kamu rasa yakin dengan jalan itu, maka pilihnya. Saya bukan di sini utk buktikan apa-apa. Saya di sini untuk beritahu kamu bhw kamu boleh buktikan apa-apa saja kepada diri sendiri. Saya tidak minta apa-apa pun drpd kamu: tidak ada yuran keahlian, tidak ada sebarang kewajipan. […] Jika saya ialah kamu, saya akan cubanya, kerana kamu tidak rugi apa-apa pun. Kamu hanya mendapat. Kamu mendapat seluruh dunia. Kamu mendapat segalanya yang pernah kamu bayangkan. Itu saja yg boleh saya janjikan kpd kamu. Untuk merealisasikan janji ini, kamu perlu mengikut jalan yang saya tunjukkan kpd kamu.” ‘Hubungan Langsung dengan Tuhan – Jalan untuk Capai Keamanan’ boleh dimuat turun secara percuma di SMCHBooks.com dan telah diterbitkan dalam bahasa Inggeris dan Âu Lạc (Vietnam).