Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
‘Meditasi: Berdoa dengan Fokus yang Lebih Khusus Sikit’“Kita akan bercakap tentang meditasi, meditasi pada Tuhan, sudah tentu. Sesetengah orang panggilnya doa; sesetengah orang panggilnya tafakur; sesetengah orang panggilnya masuk ke dalam; sesetengah orang panggilnya menghubungkan diri dengan Tuhan. Tetapi meditasi ialah suatu kemestian. Tanpa meditasi, hidup kita tidak begitu lengkap, tidak begitu ceria dan tidak begitu memuaskan hati sebagaimana yang kita inginkan. Sesetengah orang berkata bahawa mereka pergi ke gereja dan berdoa di rumah, itu seharusnya sudah cukup, jadi mengapa harus kita sebut tentang meditasi? Meditasi merupakan sejenis doa juga tetapi lebih khusus sikit dengan di mana kita harus menumpukan perhatian untuk mendapat hasil yang kita inginkan. Ini bermakna untuk kita berkomunikasi secara langsung dengan Tuhan, kita mesti tahu cara berdoa dengan fokus yang lebih khusus sikit.‘Apabila Anda Jumpai Kunci yang Betul’Kita ingat berhubung dengan Tuhan ialah sesuatu yg tidak dapat dibayangkan, sesuatu di luar pahala kita, sesuatu yang luar biasa, sesuatu yang tidak dapat kita lakukan, hanya Santo pada masa dahulu dapat melakukannya, hanya Buddha, hanya Nabi Isa, hanya Santo Peter, Santo Thomas dll. Tidak, tidak, tidak! Setiap daripada kita dapat berhubung dengan Tuhan kerana kita semua sama merupakan anak-Nya. Ya, kita semua adalah sama. Kamu tidak perlu percayai saya. Keluarkanlah Bible dan bacanya. “Kita semua ialah anak Tuhan” ada dinyatakan di dalamnya. Buddha berkata begitu juga: Kita semua mempunyai Sifat Buddha dan semua orang boleh menjadi Buddha. Baginda tidak pernah berkata Baginda ialah satu-satunya orang dan tiada orang lain yang dapat jadi Buddha. Nabi Isa juga bersabda, “Apa-apa yang saya lakukan, kamu dapat lakukan dengan lagi baik. Kamu dapat lakukannya juga.”Semua Guru pada masa lalu telah beritahu kita bahawa kita ialah anak Tuhan dan kita sama dapat mencari Tuhan jika kita mahu. Sudah tentu, sesetengah drpd kita mahu dan sesetengah daripada kita tidak mahu. Itu soal yang lain. Sesiapa yang ingin mencari Tuhan akan menjumpai Dia. Kerana kita sudah adanya, cuma kita telah lupa di mana hendak carinya. Sama seperti jika kamu terlupa bahawa sesuatu ada di dalam kocekmu, kamu bergegas ke merata tempat, bertanya, “Di manakah cermin mata saya? Di manakah cermin mata saya?”Jadi akhirnya apabila anda jumpai kunci yang betul, kaedah yang betul, cara yang betul – Tuhan muncul.‘Gunakan Kuasa Penuh Kita’Kita telah cipta begitu banyak benda. Andai kata kamu bermeditasi dan gunakan lebih banyak kecerdasan otak, sudah tentu kamu akan menjadi lebih cerdik! Orang biasa hanya gunakan hingga sepuluh peratus daripada kecerdasan otaknya. Itu suatu fakta yang diketahui oleh setiap daripada kita. Itu terbukti secara saintifik. Jadi di mana kita letak 80 atau 90 peratus lagi itu? Ia dibazirkan. Sebab itulah kita bukan makhluk yang lengkap. Kita tidak rasa lengkap. Kita berasa kecewa dan lemah kerana tidak gunakan kuasa sepenuh kita. Jadi meditasi, kita juga boleh gambarkan dengan satu lagi cara, adalah memanfaatkan kuasa penuh kita. Itulah tujuan meditasi. Jadi mengenali Tuhan adalah mengenali diri kita sendiri sepenuhnya. Apabila kita mengenali diri sendiri sepenuhnya, kita mengenali Tuhan.‘Mengapa Kaedah Ini Tidak Dibincangkan dalam Bible?’Semasa inisiasi, tiada percakapan, hanya senyap saja, dan ada kuasa senyap yang akan turun daripada Tuhan dan membantu anda buka kuasa anda sendiri. Dia hanya gunakan saya, contohnya, sebagai ‘tiang’ elektrik utk salurkannya. Kamu akan berkomunikasi secara langsung dengan Tuhan sejak itu. Ini tidak perlukan kos: dari sekarang hingga kemudiannya, sebelum dan selepas kamu mati, tidak perlukan kos! Ajaran saya semuanya percuma. Kamu tidak wajib utk menjadi apa-apa atau membuat apa-apa untuk saya. Hanya bermeditasi setiap hari untuk dirimu sendiri, di rumahmu sendiri. […] Kononnya kaedah yang akan kami beritahu kamu bukanlah kaedah. Itu hanya beritahu kamu cara duduk supaya kamu selesa, di mana hendak bertumpu supaya kamu dapat lihat Tuhan dgn lebih jelas, pada masa bila kamu harus bermeditasi, bila lebih tenang untuk fikiranmu dan berapa jam sehari paling baik untuk anda. Itu saja.Ini tidak benar-benar ialah kaedah sebenar. Ia hanyalah arahan supaya kamu lebih selesa dan tahu cara duduk. Jika tidak, kaedah ini adalah senyap, kaedah ini tidak bertulis dan kaedah ini tidak meninggalkan kesan. Sebab itulah kamu tidak temuinya dalam mana-mana bible atau kitab, sama ada agama Buddha, Kristian, Islam, Sikhisme atau Jainisme – tiada apa-apa pun. Mereka bercakap tentang Tuhan tetapi tidak beritahu kamu cara mencari Tuhan kerana mereka tidak dapat beritahu.Ini perlu ditransmisikan melalui ‘tiang’ hidup. Sejak zaman dahulu lagi, macam itu. Mengapa Dia memilih satu ‘tiang’ dan bukan tiang lain, jangan tanya saya! Dia buat apa yang Dia mahu. Tetapi kita semua boleh menjadi ‘tiang’ kemudiannya jika kita kenali diri sendiri sepenuhnya. Mungkin suatu hari nanti, Tuhan akan berfirman, “Engkau.” Kemudian meskipun kamu tidak mahu menjadi ‘tiang’ hidup, kamu tidak dapat terlepas daripadanya. Jika itu takdirmu, Kehendak Tuhan sentiasa dilaksanakan kerana pada masa itu kita tiada kehendak sendiri lagi. Kita tiada ego lagi untuk menentang, berkata ya atau tidak kepada apa-apa saja yg Tuhan mahu kita lakukan Kita sentiasa berkata ya. Perlu ada transmisi hidup, itu saja. Kemudian kamu akan jadi tuan sendiri. Kamu tidak berhutang apa-apa kepada saya lagi, apa-apa pun!”