Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Mengapa Kaedah Ini Tidak Dibincangkan dalam Bible Sesi Soal Jawab ms. 58-59“P: Adakah meditasi datang kepada kita secara spontan atau ia memerlukan tempoh latihan yang panjang baru boleh kita mula bermeditasi?G: “Ia datang secara spontan dan juga memerlukan latihan. Ia tidak datang secara spontan sekarang kerana kamu tidak tahu caranya. Selepas kami tunjukkan kepada kamu, ia akan datang secara spontan. Tetapi ia memerlukan latihan, bukan kerana kamu perlu berlatih untuk bermeditasi, cuma kamu perlu bersenyap untuk dengar firman Tuhan. Itu apa yang kita panggil meditasi. Kerana kebanyakan masanya kita suka bersibuk. […] Kemudian kita tiada masa untuk Tuhan. Jadi kita perlu melatih diri supaya bersenyap utk beberapa waktu dlm sehari maka kita dapat berhubung dgn Tuhan. Kita dapat dengar apa yang ingin Dia beritahu kita. Tetapi itu hanya pada permulaannya. Kemudiannya ia datang secara spontan.”Satu-satunya Syarat untuk Meditasi: Vegetarianisme (Veganisme) Sesi Soal Jawab ms. 60-62P: Guru bercakap tentang satu-satunya syarat untuk meditasi: tidak makan daging dan menjadi vegetarian (vegan). Soalan saya adalah sama ada rokok dan arak berkaitan dengan meditasi.G: “[…] Daging, arak, rokok, dadah dan sebagainya buat kita menjadi lebih agresif, lebih resah, lebih gelisah dan kita tidak dapat bertenang. Apabila kita tidak dapat menenangkan segala-galanya, sukar untuk menerima mesej daripada Tuhan. Itu saja. […] Tenaga daripada orang-haiwan adalah sangat resah serta penuh dengan ketakutan dan kebencian. Jadi jika kita makan daging, di dalam diri kita, ia ganggu medan magnet kita dan buat kita berasa sangat gelisah. Kadangkala ia kaburkan penglihatan kita jadi kita tidak dapat lihat Tuhan dgn jelas tidak dapat dengar firman-Nya dgn jelas.[...] Tetapi jika kita ingin menaik semakin tinggi kepada frekuensi getaran yg lebih halus, kemudian yg paling halus kita tidak boleh membawa segalanya yang kasar ini bersama kita terutama tenaga orang-haiwan. Tenaga vegan lebih ringan dan lebih senang untuk diuruskan.”P: Bagaimana saya dapat lihat Tuhan dan apa itu jalan spiritual? Boleh saya lihat dgn jelas mulai sekrg? Bila dan apa ialah waktu yang baik untuk meditasi? Apa yg perlu saya buat utk kenali Tuhan? Bilakah Dia sentiasa hadir? Adakah Dia menerangi saya dari semua segi dan semua ahli keluarga saya yang dekat dan jauh?G: “Adakah termasuk anjing dan kucing? […] Ya, Tuhan ada di mana-mana saja, sudah tentu, tetapi ini bergantung kepada berapa banyak kita dapat menenangkan fikiran, kita boleh berapa senyap, berapa ikhlasnya kita dan berapa banyak kita ingin mengenali Dia. Dia akan muncul pada bila-bila sesuai untuk kamu. […] Ini berkat yang amat besar bagi semua orang, malah bagi kucing dan anjing kamu. Saya tidak bergurau! Kawan kamu, kekasih kamu, sesiapa saja yang kamu fikirkan atau ambil berat, berkat akan mengalir melalui kamu ke orang itu setelah kamu menjadi terang. Jadi jika kamu begitu sayangi ahli keluarga seperti yang kamu tanya dan termasuk semua orang, cepatlah buat sesuatu, mengenali Tuhan!”Seorang Santo Mesti Mengikut Perkembangan Zaman! Sesi Soal Jawab ms. 63-65P: Apakah ilham untuk bermeditasi? Untuk lihat Tuhan, tahu bagaimana benar-benar adanya dan rasai Dia dalam hati kita?G: “Ya, sudah tentu. Bagi mengenali Tuhan dan ada kepuasan dalam hati kita, itu matlamat kita. Kamu akan ada kepuasan dalam hati. Itu saya janjikan kerana saya sendiri telah alaminya. Tiada apa-apa yang lebih baik. Dalam Bible ada dinyatakan, “Apa gunanya seorang memperoleh seluruh dunia tetapi kehilangan rohnya sendiri?” Saya boleh buktikannya. Saya lebih rela kehilangan seluruh dunia daripada kehilangan Tuhan lagi. Tetapi itu saya. [...] Kamu masih boleh ada seluruh dunia tetapi ada Tuhan pada masa yang sama. Itu apa yang seharusnya. Sekarang kita hanya ada dunia tetapi tiada Tuhan. Sayangnya, kerana kita boleh ada kedua-duanya.[...] Tetapi setelah kita ada Tuhan, kita ada segala-galanya. Carilah Kerajaan Tuhan dulu dan segala-galanya yang lain akan datang kepada kamu. Itu janji yang Tuhan buat kepada kita sebelum kita dilahirkan lagi tetapi kita telah lupa akannya. Sayangnya bagi kita. Kita harus menuntut balik hak kita, menuntut balik kemegahan kita, menuntut balik segalanya yang kita ada kerana kita miliki seluruh alam semesta. Jadilah Santo dan nikmati dunia pada masa yang sama. Menjadi Santo yang cantik, kaya.Ketika saya bermakrifat sikit, saya mengikut jejak langkah banyak Santo zaman dahulu. Saya meninggalkan segala-galanya. Saya tidak pedulikan apa-apa pun. Saya tidak mahukan apa-apa pun kerana ia tidak menarik hati saya lagi. Tetapi Tuhan berfirman kepada saya, “Engkau mesti ada segala-galanya. Aku akan berikan segalanya kpd Engkau, segala-galanya, lebih daripada yang Engkau mahukan, lebih daripada yang Engkau perlukan. Engkau perlu menunjukkan kpd dunia bahawa Aku ialah Bapa dan Aku boleh beri Engkau apa-apa saja dan kesedaran spiritual. Engkau tidak perlu tinggalkan apa pun untuk mencintai Aku kerana Aku kasihi Engkau, apa-apa pun Engkau ini.” Dia beritahu saya bahawa saya perlu lakukannya. Saya perlu lakukannya dgn cara megah. Saya kata, “Baiklah, Bapa, apa-apa saja yang Engkau hendaki.” Saya lebih suka menjadi lebih sederhana, kerja yang kurang. Tetapi Dia sukanya macam ini. Baiklah! Lagipun, kamu suka saya cantik, kan? Kelihatan lebih menyenangkan mata.Saya berkata kepada Dia, “Tetapi Bapa, Santo zaman dahulu seperti Buddha dan Nabi Isa berjalan berkaki ayam. Mereka memakai pakaian sederhana dan pergi meminta makanan. Mengapa Engkau mahu aku ada semua benda ini? Akankah itu berhasil?” Kerana kebanyakan orang di dunia ini jangkakan atau telah biasa dengan jenis Santo yang meninggalkan segala-galanya, yang tiada apa-apa pun, yang kelihatan miskin dan yang berjalan berkaki ayam. Dia berfirman, “Tidak, tidak! Sekarang zaman yang berbeza! Menjadi moden! Engkau perlu menjadi moden untuk mengikut perkembangan zaman.” Jadi saya ada segala benda yang saya tidak peduli pun.”‘Hubungan Langsung dengan Tuhan – Cara Mengecap Kedamaian’ boleh dimuat turun secara percuma di SMCHBooks.com dan telah diterbitkan dalam bahasa Inggeris dan Âu Lạc (Vietnam).